View: 1636|Reply: 4
|
[Dunia]
Sukan SEA 2019 : Lepas Peluang Genggam Emas Demi Selamatkan Lawan Hampir Lemas
[Copy link]
|
|
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | | 8 Disember 2019
MANILA - Seorang peluncur air menerima pujian netizen kerana sanggup melepaskan peluang memenangi pingat emas demi menyelamatkan salah seorang pesaingnya daripada lemas.
Insiden yang berlaku ketika acara longboard lelaki Sukan SEA Filipina di La Union menyaksikan peluncur Filipina, Roger Casugay tidak berfikir panjang untuk menyelamatkan peluncur Indonesia, Arip Nurhidayat.
Ketika kejadian itu, tali papan luncur Arip dikatakan terputus menyebabkannya dihanyutkan ombak tinggi.
Seorang pengguna Facebook Jefferson Ganuelas berkongsi momen Casugay menyelamatkan Arip dan ia ternyata menyentuh hati ramai.
"Peluncur tempatan, @roger_casugay menyelamatkannya tanpa menghiraukan persaingan mengejar pingat emas.#pilipinoheart sangat baik!!!.Antara yang terbaik," tulis Ganuelas atas talian.
“Beginilah cara kita #WeWinAsOne,” tulis laman rasmi Sukan SEA 2019 yang memuji tindakan murni Casugay.
Rakan-rakan turut mengakui Casugay mempunyai hati yang baik dan media sosial kini dibanjiri pujian netizen terhadap pemuda berkenaan.- Agensi |
|
|
|
|
|
|
|
Bagusnya...dia menang di hati peminat dia..
|
|
|
|
|
|
|
|
Harap lah bukan gimik pinoys |
|
|
|
|
|
|
|
mesti tali putus sbb dia sendiri sepak muke lawan
pastu rasa bersalah dan acah2 selamatkan
penonton beli like, awww baiknya lahanat tu |
|
|
|
|
|
|
|
indon jika mau masuk ke negara orang baru dia ngga lemes...wakkakakkakakakakakaka |
|
|
|
|
|
|
| |
|