CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4506|Reply: 32

[Tempatan] KEMASKINI AKAUN: Baki bank tinggal RM78

[Copy link]
Post time 8-12-2019 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Baki bank tinggal RM78 sekelip mata!
8 Disember 2019

KUANTAN - Seorang tukang urut terkedu apabila mendapati wang RM7,000 dalam akaun sebuah bank yang baru dibuka hanya berbaki RM78.


'Kehilangan' wang dalam akaun milik mangsa berusia 51 tahun dari Temerloh itu dipercayai dikeluarkan dua wanita dipercayai geng sindiket penipuan yang menyamar sebagai anggota polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, kejadian malang menimpa wanita itu susulan satu panggilan diterima daripada 'Suhaila' dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, 2 Disember lalu yang memaklumkan kad pengenalannya digunakan orang lain untuk urusan sewa kereta dan tujuan jenayah.

"Bagi tujuan siasatan lanjut, panggilan mangsa disambungkan kepada seorang 'pegawai polis' berpangkat inspektor bernama Aisyah dari ibu pejabat polis daerah itu dan mangsa diarah membuka akaun di sebuah bank dengan kemudahan kad pengeluaran wang automatik (ATM) kononnya bagi tujuan proses siasatan," katanya.


Mohd Wazir berkata, tanpa menyedari ditipu, mangsa akur apabila membuka akaun di sebuah bank seperti diarahkan dengan wang simpanan berjumlah RM7,000 dan menyerahkan maklumat termasuk tiga digit terakhir kad banknya

"Selepas urusan itu selesai, mangsa menyemak baki akaunnya dan mendapati wang yang tinggal hanya RM78, manakala hampir RM7,000 lagi lesap," katanya.

Beliau berkata, mangsa kemudian membuat laporan polis, semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2019 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya.. Penat kerja
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2019 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
kesian.. maybe die tak baca kes scam ni...
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2019 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Kecian.. harap2 boleh dpt balik duit lepas scammer kena tangkap.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2019 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
kenapa duit boleh hilang ?
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2019 05:02 PM | Show all posts
siannya dengar kes3 kena tipu ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-12-2019 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
ciwelireng replied at 8-12-2019 05:01 PM
kenapa duit boleh hilang ?

No kad ATM yg belakang tu.. Mangsa bagi.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2019 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Penatnya mengurut org.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2019 06:33 PM | Show all posts
kesiannya hasil usah titik peluh mengurut org
abis mcm tu jer..kerana terpedaya sindiket penipu ni..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2019 07:04 PM | Show all posts
makin hari scammer semakin agressive
dalam sebulan ni je dah dpt 2 panggilan scammer..yg last sekali mesin bahasa cina cingcongcingcong
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2019 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga scammer tersebut mampos dilenyek lori jahanam sungguh la yg tipu org tua kerja penat lelah
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2019 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya uncle. Sedih
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2019 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Siannyaa lahai pakcik ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2019 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadi siapa sebenarnya yang reveal data kita ke third parties? Dengan wujudnya data protection act pun makin aktif kerja scammer ni.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2019 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kejam betul penipu tu. Bayanglah urut orang rm60 seorang, berapa lama nak dapat 7k tu. Menakutkan bagaimana orang boleh mudah tertipu begitu, mana tahu satu hari ahli keluarga kita kena. Kenapa susah sangat nak benteras kegiatan mereka tu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2019 09:47 PM | Show all posts
Mohd Wazir berkata, tanpa menyedari ditipu, mangsa akur apabila membuka akaun di sebuah bank seperti diarahkan dengan wang simpanan berjumlah RM7,000 dan menyerahkan maklumat termasuk tiga digit terakhir kad banknya


AKu rase diorang maksudkan CVV, tiga digit kt belakang kad.
Tiga digit terakhir kad nak buat hape
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2019 12:58 AM From the mobile phone | Show all posts
jenis pemalasss!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2019 02:29 AM From the mobile phone | Show all posts
slyfynx replied at 8-12-2019 09:47 PM
AKu rase diorang maksudkan CVV, tiga digit kt belakang kad.
Tiga digit terakhir kad nak buat ha ...

klu dpt yg tu diorang buat camna?
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2019 07:27 AM | Show all posts
saya undi lori
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2019 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kamu terima apa-apa panggilan daripada individu yg mengaku sebagai pegawai polis dan kamu sangkut dalam kes jenayah ,baik kamu terus pergi ke balai polis untuk buat aduan.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:27 AM GMT+8 , Processed in 0.066597 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list