|
Aww..memang comel aksi pelakon Tiz Zaqyah yang mandikan gajah. Malah, sebenarnya itu merupakan impiannya yang sudah sudah lama disimpan.
Pelakon cantik ini, Tiz, 31 memuat naik gambar tersebut menerusi laman Instagram.
Kredit foto:
“Sekali sekala mandi dengan gajah. Sebenarnya, dah lama sangat teringin nak main dengan anak gajah.
Akhirnya impian saya tercapai,” tulisnya.
Tidak dapat dipastikan lokasi gambar tersebut dirakam, namun ramai yang percaya ia berada di Krabi, Thailand.
Menerusi video itu, ia menujukkan seekor gajah bergitu seronok berendam di tepian pantai.
Aksi gajah itu 'tergolek' dalam air begitu menarik perhatian warganet.
Ramai yang berasa teruja dan turut mahu pergi 'berjumpa' dengan gajah itu.
Dalam pada itu, ada juga komen-komen nakal yang mengusik Tiz.
"Saya pun nak jadi gajah jugaklah," tulis seorang lelaki.
Amboi, macam-macam pula warganet. Apa pun, selamat bercuti buat Tiz.- CARI
|
|