CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15862|Reply: 127

[Tempatan] Anak Samy Vellu saman bapa isu kesihatan mental

[Copy link]
Post time 9-12-2019 01:30 PM | Show all posts |Read mode
Anak Samy Vellu saman bapa isu kesihatan mental

https://www.malaysiakini.com/news/502949

Diterbitkan Hari ini 1:14 tengahari  |  Dikemaskini Hari ini 1:16 tengahari



S Vell Paari mengesahkan beliau memfailkan saman pemula terhadap S Samy Vellu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menentukan sama ada bapanya itu mempunyai masalah mental dan tidak mampu menguruskan hal ehwal sendiri.

“Kami tiada pilihan.

“Ia keputusan yang sukar buat anggota keluarga,” kata Vell Paari kepada Malaysiakini.

Vell Paari mengesahkan beliau mengarahkan peguamnya memfailkan permohonan itu pada 2 Disember lalu.

Katanya, tindakan itu juga diambil disebabkan dua perkara iaitu saman Meeriam Rosaline Edward Paul terhadap bapanya dan dan diagnos pada 2017 yang mendapati Samy Vellu mempunyai demensia akibat masalah Alzheimer.

Vell Paari berkata bapanya, yang juta berumur 82 tahun, tidak lagi mampu mengenali ramai kawan-kawan lama.


S Vell Paari
Walapun mampu membuat penampilan awam sekali-sekala, bapanya itu tidak dapat lagi berucap kepada khalayak.

Vell Paari berkata, bapanya juga lemah dalam mengingat apa yang berlaku.

“Takrif ‘masalah mental’ bawah Akta Kesihatan Mental 2001 selari dengan keadaan beliau,” katanya.

Vell Paari menamakan bapanya itu sebagai denfendan tunggal.

Vell Paari juga mahu bapanya diperiksa oleh perunding neuropsychiatri dan mahukan laporan perubatan berkaitan berkaitan.

Katanya, ibunya dan kakannya juga tahu tindakaknnya itu dan menyokong tindakan itu.

“Saya dan baya saya tiada masalah dan perbezaan dalam hubungan kami. Malah, menjelang 2017 lalu, bapa saya memberikan kebenaran pada saya untuk menguruskan kewangan dan hal ehwal peribadinaya demi kebaikan beliau dan keluarga,” katanya.

Difahamkan saman Meeriam di Mahkamah Tinggi Ipoh bernilai RM20 juta.

Samy Vellu berkhidmat sebagai anggota parlimen Sungai Siput selama lapan penggal berturut-turut dari 1974 ke 2008.

Dari tahun 1979 ke 2008 beliau berkhidmat sebagai menteir kerja raya dan menteri tenaga, telekomunikasi dan pos.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2019 01:55 PM | Show all posts
apa sudah jadi? wakakakakakakakakkaa
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2019 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah kenapa tak dibawa terus jumpa pakat psikiatri? Kenapa saman saman pulak? Apa punca? Dah org tu dementia, kau saman untuk apa? Mohon pencerahan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2019 02:00 PM | Show all posts
apa ni..aku x paham langsung   
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2019 02:09 PM | Show all posts
takleh bagi power of attorney je ke? nak saman jadah ape dah dementia...ehhhh pelik ler plak...yg pasti hakak nampak cam tak sabar jer tu anak banak?
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2019 02:13 PM | Show all posts
tiber kena sama dan2 sakit mental...
sapa ada popcorn lebey? saya sikit juga mau
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-12-2019 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Meeriam rosaline tu former mistress samy vellu kan?
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2019 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Sorry memang tak faham.. anak dia nak saman siapa sebenarnya ni baik saman diri dia sendiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2019 02:15 PM | Show all posts
Knowlee replied at 9-12-2019 01:57 PM
Dah kenapa tak dibawa terus jumpa pakat psikiatri? Kenapa saman saman pulak? Apa punca? Dah org tu d ...

pasai harta la apa lagi....hangpa tak tau ka rentung2 kat Malaysia ni kaya raya....yang tertindaih tu bukan sbb kuota Melayu tapi depa pemalaih..tak caya tanya pokaibanktoyol...wakakakakakakakakkakaa
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2019 02:16 PM | Show all posts
fliphair8 replied at 9-12-2019 02:09 PM
takleh bagi power of attorney je ke? nak saman jadah ape dah dementia...ehhhh pelik ler plak...yg pa ...

kalau dah tak waraih nak power of attorney pa dia....wakakakakakakakakakka
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2019 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Sape jaga atok samy sekarang?
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2019 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
JohnnySins replied at 9-12-2019 02:15 PM
pasai harta la apa lagi....hangpa tak tau ka rentung2 kat Malaysia ni kaya raya....yang tertindaih ...

Tau depa kaya raya. Cuma dah bapak tu dementia, bawak pi psikiatri terus je utk diagnose. Saman tu utk apa?
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2019 02:22 PM | Show all posts
duit segera.......
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2019 02:28 PM | Show all posts
ni msti pasal duit dan harta rasanya
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2019 02:28 PM | Show all posts
JohnnySins replied at 9-12-2019 02:16 PM
kalau dah tak waraih nak power of attorney pa dia....wakakakakakakakakakka

bukan court bole decide untuk family to appoint someone with power of attorney ke if the person proven incapable of making a decision due to mental health? sapa yg tahu sile beri pencerahan
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2019 02:32 PM | Show all posts
artikel itu direct translate dari paper tamil ke?
50% tak faham apa yang artikel itu tulis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2019 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Knowlee replied at 9-12-2019 02:21 PM
Tau depa kaya raya. Cuma dah bapak tu dementia, bawak pi psikiatri terus je utk diagnose. Saman tu ...

Nak dpt court order... so the son/family could acesss to his wealth. Gitu lah kot
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2019 02:43 PM | Show all posts
fliphair8 replied at 9-12-2019 02:28 PM
bukan court bole decide untuk family to appoint someone with power of attorney ke if the person pr ...

kalau ada POA...kalau belum ada POA boleh ka sammy dengan mental capacity dia execute POA? betui la anak dia buat tu...saman pemula..OS...mintak court order...kena bawak pi spitai gomen la suh doktor provide dokumen sokong affidavit...takkan la anak dia ni tak tau cari lawyer hang pun...wakakakakakkkakaa
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2019 02:45 PM | Show all posts
Knowlee replied at 9-12-2019 02:21 PM
Tau depa kaya raya. Cuma dah bapak tu dementia, bawak pi psikiatri terus je utk diagnose. Saman tu ...

cari jalan untuk takeover aset pak dia la...jumpa doktor tu kena jugak kalau nk dapat laporan perubatan untuk support saman dia...saya pun tau sikit2 sebab ada kawan saya dia ceghita dia ada buat benda2 ni...kaya dia tu...sepet la.....wakakakakakakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2019 02:47 PM | Show all posts
Mencabar minda, sebab masih kurang jelas permasaalahan family ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:19 AM GMT+8 , Processed in 0.372770 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list