CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8624|Reply: 59

Penerbit kesal filem 'GARANG' kurang sambutan

  [Copy link]
Post time 9-12-2019 04:56 PM | Show all posts |Read mode
"Sedih Bila Hanya OKU Tengok Filem OKU" - Penerbit Filem Garang
Penerbit filem Orang Kurang Upaya (OKU), Garang, Dakshina Muriti meluahkan rasa kesal terhadap sambutan filem pertamanya yang kurang mendapat sambutan.

Kata Dakshina, lebih menyedihkan apabila penonton yang berkunjung ke pawagam untuk menonton filem Garang majoritinya terdiri daripada OKU sahaja.

"Saya sedih apabila majoriti yang menonton filem berkisarkan OKU ini dalam kalangan OKU saja,” luahnya.

Dakshina ketika dihubungi berkata, dia berasa terkilan apabila sambutan filem yang diinspirasi daripada kisah benar itu menerima jumlah penonton yang rendah.

"Inisiatif filem ini adalah bagi mencari dana untuk membina sebuah asrama baru untuk pelatih OKU di Bengkel Sampul Surat di Batu Pahat, Johor.

"Bagaimanapun sejak ditayangkan 5 Disember lalu, tidak ramai yang menyokong filem ini sedangkan filem ini mempunyai misi yang besar untuk membantu golongan OKU.

"Malah jalan ceritanya juga cukup menarik apabila ia mengisahkan kisah hidup seorang bekas atlit paralimpik kebangsaan, Izam dalam acara sukan lumba kerusi roda," kata penerbit Sakti Films Sdn Bhd itu lagi.

Sementara itu, salah seorang pelakon OKU Osman Omar yang kali pertama berlakon filem menyeru sokongan daripada semua pihak terutamanya Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membantu mempromosikan filem Garang ini.
"Jika selama ini warga OKU menyokong filem orang normal, mengapa tidak kali ini masyarakat Malaysia menunjukkan sokongan kepada filem OKU yang memberi banyak mesej dan pengajaran ini.

"Filem ini bila-bila saja boleh dihentikan tayangan sekiranya tiada sambutan daripada penonton. Jika ia dihentikan maka terbantutlah misi untuk membantu golongan OKU.

"Saya juga mohon sokongan daripada pihak kerajaan untuk membantu filem ini kerana perjalanan yang kami tempuh untuk menyiapkan filem ini bukan mudah," katanya.

Filem yang menelan belanja  sebanyak RM1.5 juta termasuk pembikinan dan  pemasaran itu dibintangi barisan pelakon hebat seperti Pablo Amirul, Ahmad Maembong (OKU Fizikal), Osman Omar (OKU Fizikal), John Elijah (OKU Fizikal), Chacha Maembong, Wan Hanafi Su, Jalil Hamid, Izam Abdul Hamid (OKU Fizikal) dan Shukur Abd Hamid (OKU Fizikal).

Garang mengisahkan tentang Izam, seorang atlit paralimpik yang banyak mewakili negara dalam acara sukan lumba kerusi roda.

Satu insiden yang berlaku pada Izam telah menimbulkan sengketa antara Jasmin dan Reza sehingga memaksa Jasmin mendapatkan pertolongan dari tiga sahabat lamanya iaitu Kamal, Rashid dan Macha.

Filem Garang telah mula ditayangkan pada 5 Disember lalu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-12-2019 04:57 PM | Show all posts
Nak cari dana pgi la kutip derma..buat filem abis duit je la..
btw x pnh tau pun ada citer ni..
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2019 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak penah dgr pulak cite ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2019 05:06 PM | Show all posts
nyampah plak iols dgan meleis tiap kali buat pilem sedeyyy sedeyyy x dpt sambutan merajok la hapa bagai....

eh, sebelum ko buat filem xde business plan ka??? tak emphasize pd marketing target audience bagai ka???
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2019 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Promosi kurang kot.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2019 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
meniaga..meme la lagu ni..kadang boleh jual..kadang x bleh...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-12-2019 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
selalu dgr dekat suria fm, tapi serious takde terlintas nak tengok
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2019 06:10 PM | Show all posts
MAAF.... xtau pun cite ni ada,...mungkin promosi kurang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2019 06:21 PM | Show all posts
xpenah dengar pun pasal filem ni
promosinye kurang kot...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2019 06:39 PM | Show all posts
Orix replied at 9-12-2019 05:06 PM
nyampah plak iols dgan meleis tiap kali buat pilem sedeyyy sedeyyy x dpt sambutan merajok la hapa ba ...

Dakshina tu meleis ke..
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2019 06:56 PM | Show all posts
Boomibulat replied at 9-12-2019 04:57 PM
Nak cari dana pgi la kutip derma..buat filem abis duit je la..
btw x pnh tau pun ada citer ni..

betul tu uols..mintak derma terus kan senang. org lg sanggup bagi derma rm5 seorang drpd bayar tiket wayang, katakan rm13. dh kena keluar duit extra dan masa lagi. dana yg dikumpul tolak modal tinggal berapa je
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2019 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat meletop aritu ade promo pelakon not bad gakla ade wan hanafi su
Adik emma maembong yg oku tu pelakon utama rasanya
Makin kurus dah dia.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2019 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
1.aku xtau pun filem ni. Jd aku anggap promosi kurang la kot
2. Pelakon pun sedeh. Sapa je nak bayar utk tgk pablo amirul dgn chacha maembong. Chacha tu xpayah bayar, free pun org bleh tgk pakai bikini lg pablo amirul pun aku xkenal
3. Org xminat cerita mcm ni. Terimalah kenyataan. Xpayah la susah payah buat filem
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2019 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
matchstick replied at 9-12-2019 05:39 PM
Dakshina tu meleis ke..

Nama mcm dak2 bangsa Cina sis..
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2019 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak pernah dengar.....
Lagi satu....kos buat filem pun dah 1.5 juta...pertama kali pula tu buat filem...lepas tu sentap...kau dah knp....
Daripada kau buat filem....baik kau buat advertising derma je...boleh keluar hari2 kat tv tu...dapat duit...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2019 07:21 PM | Show all posts
takpenah dgr title pun..aku rasa promo tak cukup kuat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2019 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
X penah dgr filem ni sorry
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2019 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Lerrrrr.... x buat study dulu ke?
Citer mcm ni tunjuk kat TV jer lah.
Lepas ni mesti nak salahkan cakap melayu nak jatuhkan melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2019 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila xde ilmu buat bisnes mne nk dtg untung besarrrr
I yg x de wat market research pun tahu dah apa kehendak penonton terhadap movie tempatan

Klu xde bajet nk amik zul ripin ke, remy sehak ke, mira pijah ke, pajura ke, patah amin ke, takyah la ko nk berangan org nk bg full support kt movie ko

Pastu i bc ringkasan jln citer tu pun mcm xde tarikan langsung. Klu pelakon pun x menarik, kena laa cipta jln cerita yg sgt kreatif.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2019 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
I tau psl filem ni sb skrol2 list kat tgv, tgk trailer erkkk ada bab gaduh2 alahai xsk plak lagi2 tgk 3 bradik kembong blakon, lg laa xminat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.718645 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list