View: 19751|Reply: 160
|
[Dunia]
Orang ke tiga punca penceraian Ustaz Somad
[Copy link]
|
|
Edited by Boomibulat at 9-12-2019 07:49 PM
Abdul Somad, Mellya berpisah kerana ada ingin jadi 'permaisuri'
GLOBAL | Sedikit demi sedikit kisah di sebalik perceraian Abdul Somad Batubara Bakhtiar dengan Mellya Juniarti terkuak. Kali ini wanita terbabit memberikan bayangan bahawa lebih banyak maklumat akan didedahkannya tidak lama lagi.
Menggunakan media sosial, Mellya, 29, mengisyaratkan bahawa kegagalan rumah tangga mereka bukanlah disebabkan kesalahannya malah kehadiran orang ketiga. Melalui hantaran di Instagram semalam Mellya memuat naik dua slaid dengan masing-masing memaparkan ceramah Abdul Somad mengenai nikah sirri (bernikah secara rahsia dan tak berdaftar), dan kata-kata berbahasa Inggeris bermaksud: "Hanya beberapa hari saja lagi hal yang lama tertangguh akan menjadi rasmi. Semoga Allah memperteguhkan ikatan kita, secara rasmi hingga ke syurga."
Dalam slaid pertama itu Abdul Somad, 42, mengingatkan wanita agar jangan mahu menerima seseorang lelaki melalui pernikahan rahsia. "Jangan mahu nikah sirri, nanti kalau kau bercerai, tak bisa menuntut apa-apa kerana tidak ada hitam di putih (tidak ada hitam putih). Yang sudah terjadi, apa boleh buat, tahi kambing bulat-bulat. Hanya bisa melapor (membuat aduan) kepada pengadilan agama (mahkamah syariah) untuk dibuat akad baru, supaya ada suratnya. kalau tak ada suratnya jangan mahu!" kata Abdul Somad di majlis yang tidak diketahui lokasi dan waktunya.
Slain kedua itu pula hantaran seseorang yang disyaki wanita yang didakwa dinikahi Abdul Somad.
Mengiringi hantaran berkenaan Mellya menulis dengan kata-kata yang tidak jelas maksudnya namun dipercayai memberikan bayangan ia ditujukan kepada Abdul Somad.
"Bismillah, masya-Alah tabarakaAllah. Bersabarlah hati, takkan lama lagi. Dua tahun bukan waktu sebentar untuk menanti, dan ucapan tahniah pun mengiringi bertubi dari pencinta sejati, tanpa memikirkan hati yang tersakiti, dia yang terzalimi dibilang provokasi, sekalian saja bilang radikalisasi, ketika hak berbicara pun dilarang setelah ada klarifikasi. Untukmu hati yang berada diseberang negeri.
"Slide kedua kutipan hati di bio seorang yang ingin menjadi permaisuri yang menyalahkan wanita yang tak bisa dididik ini," katanya. Anak tutup mulut
Pada 4 Dis lalu seorang peguam mewakili Abdul Somad menyatakan, pelbagai usaha dibuat oleh penceramah terbabit bagi menyelamatkan rumah tangga mereka.
Antara langkah yang diambil mengikut saranan agama itu termasuklah memisahkan tempat tidur sehingga tidak lagi tinggal bersama. Abdul Somad - atau lebih dikenali dengan inisial UAS - bernikah dengan Mellya Juniarti pada 20 Okt 2012. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Mizyan Haziq Abdullah.
Menurut Hassan Basri walaupun tidak lagi tinggal sebumbung Abdul Somad, 42, tetap memperuntukkan waktu - di sebalik kesibukannya berdakwah - untuk melayani Mizyan Haziq serta memberikan nafkah kepada Mellya, 29.
"Beliau tetap bertanggungjawab memberikan nafkah bulanan dan kemudian untuk Mellya serta anak mereka. "UAS selalu menyediakan waktu khusus dalam kesibukan dakwahnya untuk tetap bersama, menemani, bermain, berjalan-jalan dan lain-lain, sesuai dengan sifat bapa yang selalu sayang serta mendidik anaknya," kata peguam terbabit.
Tiga hari lalu Mellya memuat naik gambar dia bersama Mizyan. Melalui gambar itu kelihatan tangan kanak-kanak terbabit menutup mulut Mellya. Mengiringi hantaran tersebut ialah kata-kata seolah-olah Mellya yakin apa saja yang disembunyikan tetap akan terdedah pada waktunya.
"Genderang itu telah tuan tabuh, pelan ataupun kuat tetap akan berbunyi. Terlihat ataupun tersembunyi tetap bergema, terlebih lagi sang penabuh besar gaungnya (gemanya).
"Apalah dayaku ketika tangan kecil itu menutup mulutku, dengan manusia berilmu tuan giring opini (pendapat), hingga jutaan mata memandangku dengan arang hitam yang tuan beri," tulisnya.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jaman setaddd mendoniaa.. fuhh nasib baik aku kawin dgn bkn setadd... |
|
|
|
|
|
|
|
Sedih nya tulis an wife dia..
Politicians n ustazs dah duk sama level.. X boleh di percayai |
|
|
|
|
|
|
|
bile malon sibuk mengurus hal negare orang lain |
|
|
|
|
|
|
|
Iols dulu igtkan UAS xkawen lg.. sedihnya luahan hati dia nasib baik ada anak sorang terubat lah sikit |
|
|
|
|
|
|
|
Ustaz ramai peminat.... |
|
|
|
|
|
|
|
Sbb tu aku selalu dengaq orang pompuan kata 'asal hati baik dan tak tinggal solat cukuplah'. Mmg ramai yg takut nak kawin dgn lelaki 'alim' sebenaqnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Jiddin replied at 9-12-2019 08:49 PM
Sbb tu aku selalu dengaq orang pompuan kata 'asal hati baik dan tak tinggal solat cukuplah'. Mmg ram ...
A'ahhh betul iols tambah sikit setia dan adalah duit untuk hidup selesa sama2.. byk sgt yg acah2 alim tp zalim.. |
|
|
|
|
|
|
|
Wah....kes seterusnya yg akan di follow up.....Tapi.....bahasa indo....susah nak faham.... |
|
|
|
|
|
|
|
LuvAurora replied at 9-12-2019 08:52 PM
A'ahhh betul iols tambah sikit setia dan adalah duit untuk hidup selesa sama2.. byk sgt yg acah2 a ...
Setuju sangat. |
|
|
|
|
|
|
|
bahasa indon ni.. payah nak paham |
|
|
|
|
|
|
|
ayyoooo.. ni memang musim setad2 mendonia ke |
|
|
|
|
|
|
|
Knp bini dia tak mahu bermadu?
|
|
|
|
|
|
|
|
Agak sukar nk faham...cer sinopsis sikit |
|
|
|
|
|
|
|
umisha replied at 9-12-2019 08:47 PM
Ustaz ramai peminat....
Ntahnya. Setad asal kelas blakang pon ramai peminat. Most setad (bukan keluaran KPM/IPTA/IPTS), paderi, pastor, sami, Ayah Pin, masa skolah dok kelas blakang. Then tamat SPM/sekolah tinggi, sebab tau result hansuang, opt pi blaja agama karna tahu bpaja agama tak perlu requirement tinggi. Then bila poplar dalam bidang diceburi, confirm akan buat dajjal. Konferrrmmmm tak kira hapa agama. Jarang hada yang remain humble down to earth staying true to his calling/passion for God. |
|
|
|
|
|
|
|
Puitis betul ex nya. Baca banyak kali baru faham.
Ermm. Isteri muda bergetah, anak dah dapat lelaki seorang. Tapi gatal juga cari betina lain. Perempuan ni patut dimuliakan dalam Islam. Tapi dah penat beranak, kena tinggal macam tu je. Golongan agamawan yang banyak buat macam tu. Patut lah mak den nasihat jangan sekali2 kahwin dengan para tabligh dan ustaz. Kecenderungan di madu atau ditinggalkan terkontang kanting tinggi. |
|
|
|
|
|
|
|
ustad2 yg buat perangai ni .. setakat ni semuanya off specs .. hahaa |
|
|
|
|
|
|
|
tinggi lah saham badboy pas ni..
set2 ostad lebai konon.. asik mencureng je kejenya... |
|
|
|
|
|
|
|
Sorry off topic, iuols just curious as to why tulisan dlm tered ini bold belaka? |
|
|
|
|
|
|
| |
|