Edited by Boomibulat at 10-12-2019 10:12 AM
Lapan masih hilang, termasuk rakyat Malaysia: polisBeberapa pengunjung sempat merakamkan keadaan gunung berapi yang meletus di Whakaari atau White Island di New Zealand. Foto Reuters WHAKATANE: Lapan individu dilaporkan masih hilang selepas sebuah gunung berapi meletus secara tiba-tiba di New Zealand, mengakibatkan lima mangsa maut. Terdahulu, wujud kekeliruan mengenai jumlah pengunjung di White Island ketika gunung berapi itu tiba-tiba meletus, semalam.
“Seramai 41 orang disahkan berada di pulau itu dan kini kami boleh mengesahkan bahawa lima mangsa maut, 31 lagi sedang dirawat di hospital, lapan masih hilang dan tiga individu sudah dibenarkan keluar (dari hospital),” kata pegawai polis, Bruce Bird.
Pelancong yang hilang adalah dari Australia, Amerika Syarikat, Britain, China dan Malaysia, selain warga New Zealand sendiri yang bertugas sebagai pemandu pelancong.
Bird berkata, helikopter sedang memeriksa kawasan di sekitar pulau itu, yang popular dalam kalangan pelancong, bagi memastikan sama ada masih ada pengunjung yang terselamat.
“Kami percaya tiada lagi mangsa yang terselamat dalam kejadian itu.
“Kami akan bekerjasama dengan sekumpulan pakar untuk memastikan keselamatan anggota kami sebelum kembali ke pulau itu untuk mencari mangsa yang masih hilang,” katanya.
Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern turut menyampaikan ucapan takziah kepada kesemua mangsa, bagi pihak rakyat negara itu.
“Kepada mereka yang kehilangan rakan atau ahli keluarga, termasuk yang masih belum dijumpai, kami berkongsi kesedihan akibat kejadian yang tidak dijangka ini bersama-sama dengan anda,” katanya.
Dalam pada itu, Perdana Menteri Australia, Scott Morrison, berkata tiga rakyat negara itu yang berada di White Island, dikhuatiri antara mangsa yang disahkan maut dalam nahas berkenaan.
“Kami percaya tiga daripada lima mangsa yang maut adalah rakyat Australia, tetapi sehingga kini, ia masih belum disahkan lagi,” katanya kepada wartawan di Sydney. - AFP/Reuters
BERITA TERKINI
At least one Malaysian confirmed among fatalities in New Zealand volcano eruption
The High Commission of Malaysia in Wellington has confirmed that at least one of the fatalities in the White Island volcanic eruption is a Malaysian.
"This morning at 9.30 am local time, the High Commission was informed by NZ authorities that at least one deceased is Malaysian. Further details are being obtained as the investigation progress," it said in a Facebook post.
"We are working closely with the local authorities and will continue to update from time to time. We would like to urge the public to contact us if they have information on any Malaysians being in the area."
The High Commission can be contacted via telephone +64-43852439 / +64-210440188 (after hours) or email mwwellington@kln.gov.my.
|