CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1703|Reply: 14

[Tempatan] Pendapatan PM lebih 100k sebulan

[Copy link]
Post time 10-12-2019 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 10-12-2019 02:05 PM

Pendapatan Mahathir lebih RM100,000 sebulan

News  |  Diterbitkan Hari ini 12:39 tengahari  |  Dikemaskini Hari ini 12:41 tengahari

Pendapatan Dr Mahathir Mohamad naik 31 peratus kepada lebih RM100,000 sebulan.

Ini berdasarkan rekod di laman web pengisyhtiharan harta dan pendapatan SPRM.

Mahathir pada 19 Oktober 2018 mengisyhtiharkan pendapatan bulanan sebanyak RM75,861.57 bagi dirinya dan isteri Dr Hasmah Mohd Ali.

Kemas kini pada 14 November menunjukkan pendapatannya sebanyak RM100,004.32, bagi beliau seorang saja.
Ini bermakna berlaku peningkatan pendapatan sebanyak RM24,142.75 atau 31.82 peratus.Laman web SPRM bagaimanapun tidak menjelaskan sebab perubahan berkenaan.

Menurut Akta Ahli Parlimen (Imbuhan) 1960, gaji perdana menteri dibayar sebanyak RM22,826.65 sebulan manakala ahli Parlimen dibayar RM16,000 sebulan.
Ini tidak mengambil kira pelbagai elaun yang diberikan kepada mereka.

Laman web itu juga menunjukkan bahawa aset Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi, yang kedua tertinggi di kalangan Ahli Parlimen yang disenaraikan sebelum ini telah susut sedikit.

Sebelum ini aset perdana menteri diisytiharkan sebanyak RM32,357,900, namun, telah dikemas kini kepada RM32,217,131.71 pada 14 Nov.
Ini menunjukkan penurunan jumlah sebanyak RM140,768.29 atau kira-kira 0.44 peratus.

Aset Azizah, Anwar juga berkurang

Sementara itu, aset milik Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan suami Anwar Ibrahim juga turut berkurangan.
Sebelum ini jumlah aset diisytiharkan pada 17 Okt 2018 sebanyak RM1,141,562.32, bagaimanapun aset mereka berjumlah RM672,392.63 pada 11 Nov tahun ini.

Ini menandakan penurunan sebanyak RM469,169.69 atau 41.1 peratus. Sekali lagi, laman web SPRM tidak memberikan alasan berhubungnya.
Walau bagaimanapun gaji bulanan yang diterima Wan Azizah kekal pada RM59,048,33.
Mengikut Akta Ahli Parlimen (Imbuhan) 1960, timbalan perdana menteri dibayar RM18,168.15 sebulan.

Wan Azizah yang juga bekas presiden PKR adalah Ahli Parlimen Pandan.
Aset Isnaraissah, Steven Sim meningkat 2 kali ganda

Senarai SPRM bagaimanapun menunjukkan aset milik Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Isnaraissah Munirah Majilis meningkat dua kali ganda pada tahun lalu.

Jumlah asetnya direkodkan sebanyak RM120,025 pada 25 Okt 2018, namun asetnya sekarang berjumlah RM280,025 sehingga 13 Nov.
Ini menunjukkan kenaikan sebanyak RM160,000 atau 133.31 peratus.

Isnaraissah, Ahli Parlimen Warisan Kota Belud, juga mencatatkan kenaikan gaji sebanyak 5.87 peratus kepada RM42,262.88 sebulan daripada RM39,917.84.
Sementara itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim mencatatkan peningkatan aset sebanyak dua kali ganda.

Tanpa perubahan gaji, aset untuknya dan isteri melonjak daripada RM329,000 (9 Okt 2018) kepada RM658,000 pada 30 Oktober tahun ini.
Juga tiada alasan disertakan untuk perubahan itu.

Tiada perubahan diperhatikan membabitkan menteri dan timbalan menteri lain berdasarkan laman web rasmi berkenaan.
SPRM mula menerbitkan data pengisytiharan pendapatan dan aset ahli Parlimen pada tahun lepas.

Pada tahun ini, Pakatan Harapan (PH) cuba membuat pengisytiharan aset wajib bagi semua Ahli Parlimen dengan membentangkan usul di Dewan Rakyat.
Walaupun diluluskan, majoriti ahli Parlimen pembangkang tetap enggan berbuat demikian.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2019 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Jujurnya sbf peedana menteri, dia layak utk nilai tu.

Lebih Pon takpa. 500k sebulan ka.


Tapi bila begitu jahanam negara... Mmg Tak layak la. Patut paycut.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2019 01:31 PM | Show all posts
Negara nak bengkrap katanya...
Gaji tak sangga meriah..
Cut la gaji + elaun tu kalau negara bengkrap.. menteri2 tu layak gaji RM4,000 je kot..
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2019 01:34 PM | Show all posts
melayu malas katanya sambil bg kontrak juta2 kt anak
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2019 01:35 PM | Show all posts
najib888 replied at 10-12-2019 01:31 PM
Negara nak bengkrap katanya...
Gaji tak sangga meriah..
Cut la gaji + elaun tu kalau negara bengkr ...

bak kato ahcai PeeH sekor dongan den...BIASO LA BEB...wakakakakakakakakakkakaka
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2019 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku nak apply jadi MenHan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-12-2019 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Gaji org bawah tolak rm40 saja cari marah marhaen
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2019 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
SPRM ni first time buat modul isytihar harta...aku cam tak yakin accuracy nya... typical gomen sector wat new policy musti ada cact celanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2019 02:15 PM | Show all posts
Kalau dah gaji PM7 sebulan RM100k, bolehlah bayang pendapatan PM6.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2019 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
kebangga didolgemok
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2019 02:18 PM | Show all posts
muka ada siiinyummm
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2019 02:25 PM | Show all posts
xde org meroyan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2019 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Jd x salah tok jib bg hadiah mahal kat tin mah
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Tgk boleh percaya jgn, mukhriz Tu biliyunwan tapi declare lagi sikit Dari santhara hehehe hehehe hehehe jgn igt Datuk Seri tak hafal hahaha hahaha hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 08:04 AM | Show all posts
Kena fikir bagaimana untuk mengurangkan jurang pendapatan antara golongan B40 dan PM.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:28 AM GMT+8 , Processed in 0.071707 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list