CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1580|Reply: 13

[Tempatan] Kadar harga program RTM tak disemak 33 tahun dulu. PH umumkan kenaikan

[Copy link]
Post time 10-12-2019 06:38 PM | Show all posts |Read mode
Kerajaan lulus kenaikan kadar harga program RTM

KUALA LUMPUR: Penantian pengkarya seni kreatif selama 33 tahun untuk menikmati kenaikan kadar harga bagi karya yang disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) menjadi kenyataan apabila cadangan itu diluluskan kerajaan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, dalam satu kenyataan media berkata, kadar kenaikan itu akan dilaksanakan bermula April tahun depan.

Katanya, kadar kenaikan yang diluluskan itu berdasarkan kategori rancangan iaitu 20 hingga 60 peratus bagi telefilem, 30 hingga 60 peratus (drama bersiri), 10 hingga 30 peratus (penerbitan dokumentari/majalah) dan 30 peratus (animasi bersiri).

“Usaha itu dibuat sebagai satu langkah penambahbaikan industri kreatif tempatan selepas mendengar keluhan penggiat seni, berikutan kadar harga semasa yang ditetapkan pada 1986 tidak pernah dikaji semula selama 33 tahun.

“Cadangan kajian semula kadar harga itu dikemukakan menerusi Jabatan Penyiaran Malaysia. Dalam menentukan kadar, RTM melaksanakan perbandingan dengan pihak ketiga untuk memastikan kadar ditawarkan kompetetif dengan pasaran semasa,” katanya.

Gobind berkata, kadar baharu itu akan terpakai mulai April 2020, tertakluk kepada kualiti produk, selain merujuk garis panduan perolehan rancangan iaitu setiap terbitan perlu melalui proses kelulusan dan piawaian yang ditetapkan dengan persetujuan RTM serta syarikat terbabit.

Katanya, di samping kenaikan kadar harga, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) juga akan menambah kepelbagaian rancangan seperti Extreme Gameshow (30 minit) di bawah kategori Variety Show; Muzikal Hiburan Bersiri (60 minit) dan Kapsul/Trailer/Promo (1 hingga 3minit).

“KKMM sentiasa prihatin terhadap cadangan dan syor pelbagai pihak berkepentingan untuk membantu pemain industri kreatif tempatan berdaya saing dan meningkatkan kualiti penghasilan karya seni.

“Inisiatif mengkaji semula kadar harga program RTM ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menambah baik industri kreatif tempatan.

“Kerajaan juga menyempurnakan peralihan daripada TV analog kepada digital, baru-baru ini. Usaha ini menambah bilangan saluran yang dinikmati secara percuma oleh rakyat, di samping meningkatkan keperluan kandungan tempatan untuk disiarkan,” katanya.

Gobind berkata, usaha pendigitalan dan kenaikan kadar harga RTM turut memberi penggiat seni lebih peluang untuk menerbitkan produksi bermutu, di samping meraih pendapatan lebih tinggi bagi karya mereka.

“KKMM juga sedang berusaha menambah baik susunan rancangan atau ‘belting’ sedia ada, selain mengkaji proses ‘pitching’ dan perolehan kandungan serta proses pemasaran RTM.

“Usaha ini akan memberi lebih peluang kepada industri kreatif dan pemasaran tempatan serta meningkatkan ketelusan proses sedia ada.

“KKMM akan memastikan kebajikan pemain industri kreatif tempatan sentiasa dipelihara dan dilindungi,” katanya.

Gobind berkata, langkah menambah baik kadar harga RTM yang dilaksanakan hanya dalam masa 19 bulan pentadbiran baharu, menunjukkan kesungguhan Pakatan Harapan (PH) untuk memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama memberi manfaat kepada semua segmen masyarakat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2019 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Bullshitla..tau tak brp bayaran diterima artis2 ni?
Itu salah 1 punca kos produksi tinggi.
Gaji mengalahkan doktor pakar
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2019 11:34 PM | Show all posts
adm7 replied at 10-12-2019 08:17 PM
Bullshitla..tau tak brp bayaran diterima artis2 ni?
Itu salah 1 punca kos produksi tinggi.
Gaji me ...

tak tau la.. boleh bagi ke senarai harga2 artis Malaysia ni?
Yg aku tau, Jalil "ayam" Hamid cuma RM1,500.00 untuk pegang satu watak dalam drama apantah..

mind to share?
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2019 11:42 PM | Show all posts
Huhuhu, kalau penyanyi dtg bayau mahal.
Kalau golongan pendidik dtg, bayaran ikut gred.
Sejam rm80-120
Artis sejam beribu2
Walaupun dtg sekadar tunjuk muka.
Thats why ramai tergedik2 nk jd retis, x nk belajar.
Alasan kengkonon sbb MArk Zuckerberg leh bejaya je walau xde kelulusan tinggi.
Chait.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2019 11:22 AM | Show all posts
slyfynx replied at 10-12-2019 11:42 PM
Huhuhu, kalau penyanyi dtg bayau mahal.
Kalau golongan pendidik dtg, bayaran ikut gred.
Sejam rm80 ...

Haa dah ko cakap gini aku teringat Dayang  pernah datang buat show dalam majlis dinner VIP di USM. 2 buah lagu ja 20k kott.

"Dayang sayang kamu"~~~


Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2019 11:48 AM | Show all posts
Hizert replied at 11-12-2019 11:22 AM
Haa dah ko cakap gini aku teringat Dayang  pernah datang buat show dalam majlis dinner VIP di USM. ...

kalau time Dayang buat show kat tapak konvo, yang tu berapa ye diorang dibayar? btw, retis ni dia tinggi sebab melibatkan team, bukan untuk dia saja bayaran tu. iols rasa la..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-12-2019 12:39 PM | Show all posts
hyie replied at 11-12-2019 11:48 AM
kalau time Dayang buat show kat tapak konvo, yang tu berapa ye diorang dibayar? btw, retis ni dia  ...

Kalau dtg konsert tu lain cite.
Kalau tkt dtg nyanyi 1 2 lagu, pe mende nk team nye.
Make up? Bodyguard? Psychiatrist? Ate org lain pun leh je claim cmtu kan
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2019 01:35 PM | Show all posts
slyfynx replied at 11-12-2019 12:39 PM
Kalau dtg konsert tu lain cite.
Kalau tkt dtg nyanyi 1 2 lagu, pe mende nk team nye.
Make up? Bo ...

jap, bukan ke kalau artis sekalipun, rate diorang dikira rate gomen je? bayaran ciput je lah..ala2 ambik kat kaunter rtm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2019 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
najib888 replied at 10-12-2019 11:34 PM
tak tau la.. boleh bagi ke senarai harga2 artis Malaysia ni?
Yg aku tau, Jalil "ayam" Hamid cuma ...


@najib888 tgk minit 39:53 ke atas

Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2019 09:07 PM | Show all posts
hyie replied at 11-12-2019 01:35 PM
jap, bukan ke kalau artis sekalipun, rate diorang dikira rate gomen je? bayaran ciput je lah..ala2 ...

Rate pekerja government ikut grade. Retis nk ikut gred apekah?


Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 10:14 AM | Show all posts
adm7 replied at 11-12-2019 07:17 PM
@najib888 tgk minit 39:53 ke atas

Wow..sehari seribu ko. Kiteorang keje cam nak branak sebulan baru buleh dapat amaun tuh..

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 10:16 AM | Show all posts
slyfynx replied at 11-12-2019 09:07 PM
Rate pekerja government ikut grade. Retis nk ikut gred apekah?

Hehe...rasanya diaorg ni main letak je harga. Mane ade penanda aras bayaran diaorang ni. Kadang yang kureng glemer pun demand..

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 11:54 AM | Show all posts
Seribu sehari tu murah.
Suke aku dgr tu.
X yah belajar pandai2 kan.
Buat ape.
Buat research untuk alam sekitar pn x dpt bayaran camtu.
Tu sbb ramai despise diorang ni nk tuntut byk2.
But then again, ramai jgk yang agung2 kan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Senang sikit nak kick back engkorang Ni pun hehehe hehehe hehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:50 PM GMT+8 , Processed in 0.092453 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list