CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 407|Reply: 0

[Tempatan] Status negara tua dibangkit di Dewan Negara.

[Copy link]
Post time 12-12-2019 02:08 AM | Show all posts |Read mode
Status negara tua dibangkit di Dewan NegaraBernama -

December 11, 2019 8:22 PM


KUALA LUMPUR: Isu Malaysia yang bakal mencapai status negara tua menjelang 2030 mendapat perhatian beberapa senator Dewan Negara ketika sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2020 hari ini.

Senator Asmak Husin yang membangkitkan perkara itu ingin tahu sama ada kerajaan berhasrat berkolaborasi dengan pusat ibadat untuk memperbanyak Pusat Aktiviti Warga Emas (Pawe) bagi menyediakan pelbagai aktiviti khusus kepada golongan itu.

“Ataupun menubuhkan rakan Pawe yang bersifat mesra warga emas… Kalau ada rakan Pawe, maka kita akan mempunyai banyak pusat warga emas yang dapat menampung keperluan mereka,” katanya.

Mengikut unjuran Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Malaysia akan mencapai status negara tua pada 2030 apabila penduduk berumur 60 tahun dan ke atas mencapai 15% daripada jumlah penduduk.

Senator Ahmad Azam Hamzah pula menyarankan kerajaan agar mengadakan program kesihatan secara berterusan kerana terdapat perubahan dalam pola penyakit berkaitan gaya hidup rakyat dan populasi menua.

“Ia juga kerana perbelanjaan kesihatan awam (oleh kerajaan) bagi (rawatan) penyakit kronik amat tinggi,” katanya.
Persidangan Dewan Negara bersambung esok.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:36 PM GMT+8 , Processed in 0.053636 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list