CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1882|Reply: 5

[Tempatan] Beli kereta secara ONLINE melalui Lazada

  [Copy link]
Post time 12-12-2019 02:24 AM | Show all posts |Read mode
Zaman sekarang.. beli kereta pun dalam talian!
Disember 12, 2019 00:33 MYT

SUATU masa dahulu, segala proses jualan dan pembelian berjalan secara berhadapan. Sekarang, semuanya mampu diuruskan dalam talian.

Sebulan berlalu bermacam rekod jualan dicatat melalui jualan dalam talian 11.11, kini tiba pula jualan hujung tahun  yang popular melalui sebutan 12.12 bertepatan dengan tarikh hari penjualan yang jatuh pada 12 Disember.
Bagi peminat jenama Korea Hyundai, kereta berprestasi tinggi 'hot hatch' 5-pintu i30 N menjadi tumpuan pembeli di Malaysia sempena jualan hujung tahun 12-12.

Apa yang menarik, hanya 20 unit i30 N ditawarkan di pasaran Malaysia melalui portal jualan Lazada. Ya, kereta pun ada….dibeli melalui Lazada!
Namun, mungkin ada sudah terlambat jika menunggu hari ini (12 Disember) untuk bertindak membeli kerana penawaran di bawah skim 'Chup Dulu’ sudah berjalan sejak 2 Disember dan berakhir pada tengah malam 11 Disember.

Pembeli dibawah skim 'Chup Dulu' hanya membayar separuh dari bayaran cengkeram sebanyak RM2,000 melalui pasaran dalam talian Lazada sementara baki 50 peratus lagi dibayar antara 12 hingga 14 Disember.

Selepas dilunas bayaran seterusnya (i30 N berharga RM298,888 – atas jalan tidak termasuk insuran); pembeli yang sah layak menyertai lawatan eksklusif ke Korea dan mengambil bahagian dalam sesi pandu-uji di litar Namyang, 40km dari Seoul.

Apakah ciri menarik i30 N dipilih Hyundai-Sime Darby Motors – bahagian permotoran kumpulan Sime Darby untuk gimik penjualan 12-12 di portal Lazada?

Abjad 'N' dalam jenama i30 N menunjukkan model ini hasil keluaran bahagian permotoran prestasi tinggi keluaran pusat penyelidikan dan inovasi syarikat Hyundai yang berpengakalan di dua lokasi – Namyang di Korea dan Nurburgring di Jerman.

Hyundai tidak ketinggalan mengikuti perkembangan industri permotoran, di mana syarikat seperti Toyota, Honda dan Renault memilih untuk mewujudkan jenama sampingan (sub-brand) dalam usaha menyuntik ciri prestasi tinggi perlumbaan bertujuan menarik pembeli muda.

Bagi 20 pembeli yang berjaya menembusi talian Lazada pada jualan mega 12.12, mereka sudah tentu akan menyambut tahun baharu nanti dengan penuh gaya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2019 08:56 AM | Show all posts
yea lah harap dapat la kereta di idamkan.. jgn byk plak problem yg dapat. harga maiantain lbh mahal dari kereta bli kedai
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
beraninya tanggung risiko purchase bnda2 mhal gtu. i klau msuk lazada bkn suka bli brang but suka cuci mata tgk bhgian womens wear pastu bca review2 brgmbar. xmmpu nk kesian sbb mmg xlogik hrga murah nk dpt konon sbjik dlm gmbar. dlm gmbar bju kemain cntik yg best hrga pasar mlm tp bila dpt mcm bju kuntilanak.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 01:36 PM | Show all posts
kita nak harga kereta turon
bukan boleh beli kereta online

Turonkan harga Kerata (bunyikan hon tanda setuju)
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 03:25 PM | Show all posts
AbukRokok replied at 12-12-2019 01:36 PM
kita nak harga kereta turon
bukan boleh beli kereta online

yang ni aku setuju..hmmm

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 03:42 PM | Show all posts
AbukRokok replied at 12-12-2019 01:36 PM
kita nak harga kereta turon
bukan boleh beli kereta online

pooonnn!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:30 AM GMT+8 , Processed in 0.060248 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list