CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4799|Reply: 28

[Tempatan] Lelaki hina Nabi Muhammad di Facebook didenda RM5,000

  [Copy link]
Post time 12-12-2019 12:33 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki hina Nabi Muhammad di Facebook didenda RM5,000

https://www.malaysiakini.com/news/503337

Diterbitkan Hari ini 12:25 tengahari  |  Dikemaskini Hari ini 12:27 tengahari



Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman denda RM5,000 kepada seorang pengguna Facebook kerana memuat naik hantaran bersifat menghina agama.

Mohd Zahrein Zakariah, 37, dijatuhkan hukuman itu setelah mengaku bersalah di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia, atas kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian secara sedar.

Dia didakwa menggunakan akaun Facebook "Zahrein Zakariah" untuk memuat naik hantaran yang berniat menyakitkan hati orang lain, yang dibaca di pejabat Unit Jenayah Komersial dan Siber, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, pada pukul 9.30 malam, 8 Julai lalu.

Ditahan pada 11 September lalu, Dia dilihat tenang ketika mengaku bersalah apabila pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh seorang juru bahasa di depan hakim M Edwin Paramjothy hari ini.

Ketika penghujahan untuk mitigasi meringankan hukuman, peguam Zahrein, LA Gomes meminta hanya hukuman denda dikenakan kerana tertuduh hanya memuat naik hantaran berkaitan Nabi Muhammad atas tujuan memulakan perbincangan.

"Tertuduh menyedari dia tidak sedar mungkin menyinggung perasaan orang lain. Kini dia sedar tentang perakra itu, dia sudah kesal. Dia memberi jaminan kepada mahkamah tidak akan mengulangi hantaran itu.

"Dia memuat naik hantaran untuk perbincangan dan tidak berniat menghina Nabi Muhammad. Dia memberi jaminan itu (menghina Nabi) bukan niatnya ketika memuat naik hantaran itu," kata Gomes, sambil menambah ia adalah kesalahan pertama dan tiada rekod jenayah.

"Dia mengaku bersalah ketika hari pertama dibawa ke mahkamah (hari ini). Ini menunjukkan dia menyesal dan menjimatkan masa pendakwaan dan mahkamah (daripada menjalankan perbicaraan).

"Dia juga telah menurunkan hantaran itu," katanya lagi.

Gomes merayu agar anak guamnya hanya didenda RM2,000, sementara timbalan pendakwa raya Annur Atiqah Abdul Hadi meminta denda yang tinggi sebagai pencegahan, atas dasar tindakan tertuduh telah mencetuskan kemarahan masyarakat Islam.

Menyifatkan denda RM2,000 sebagai terlalu rendah, Edwin kemudian mengenakan denda RM5,000 kepada Zahrein.

"Berikutan trend hukuman, saya tiada halangan untuk mengenakan denda, tetapi RM2,000 terallu rendah. Saya tidak mahu pendakwaan membuat rayuan," katanya.

Zahrein kemudian dibawa keluar mahkamah oleh polis dan keluarga dan peguamnya dilihat berbincang untuk menyelesaikan denda RM5,000 hari ini. Dia akan dibebaskan selepas denda dibayar.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2019 01:01 PM | Show all posts
Freedom to speech bukan bermaksud freedom tuk memperlekehkan semua benda

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 01:06 PM | Show all posts
budak ni aku rasa memang ada mental problem dan penyakit hati.
sakit hati betul dia dengan Islam.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 01:08 PM | Show all posts
Edited by brego at 12-12-2019 01:13 PM
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman denda RM5,000 kepada seorang pengguna Facebook kerana memuat naik hantaran bersifat menghina agama

denda 5000 sahaja.
budak ni owner syarikat projek million2.

elok la sapa2 di luar sana cari dia ni kasi ajar sikit.

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 01:11 PM | Show all posts
Moga jadi pengajaran buat yang lain agar berhati2 buat kenyataan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2019 01:12 PM | Show all posts
Edited by EJALTI at 12-12-2019 05:17 AM

Ini ke budaknya? Guna pocit google jew...








Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-12-2019 01:14 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Denda 5 ribu je? Terlalu ringan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2019 05:26 PM | Show all posts

dia orang bn atau ph ?
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Asdan replied at 12-12-2019 05:26 PM
dia orang bn atau ph ?

UMNO            
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
The DKK is strong with this one.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Asdan replied at 12-12-2019 05:26 PM
dia orang bn atau ph ?


dpt kontrak MPBJ.. confirm org PH
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 07:00 PM | Show all posts
Dah murtad ke...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
kuwangjaqnyaaaaa!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Acong ke tu?
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada sorang lagi mangkaq, shafiq halim ka pa nama dia.. geng mulhid acong.. ada video kat YouTube.
akhir zaman, islam kembali terasing.. biaq pi la kat hangpa.. ceredik tak kena gaya.. konon freedom le tu..
kurang ajaq pelaq.. kalau hang nak murtad ka, nak masuk hindu ka, keristian ka, mampuih pi kat hang la. Apasai nak hina agama orang? Nampak sangat bodo, kalau kejap ilmu jumpa debat la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2019 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Nama Mohd tapi hina Nabi Muhammad S.A.W...

Orang kurang ilmu... macam ni la jadinya...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2019 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
VioletsAre_Blue replied at 12-12-2019 01:17 PM
Denda 5 ribu je? Terlalu ringan

Setuju, denda 5k tu terlalu ringan. Pada aku kesalahan hina agama elok tidak dikenakan hukuman penjara tapi harus didenda dengan kadar yg tinggi so boleh tambah hasil negara. Penjara tu rugikan negara sebab belanja makanan banduan dan maintenance jail tu mahal.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2019 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kekonon abes urban liberal lettew duk hina islam dan nabi saw. Akhlak selari ng rupa
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2019 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Rahah replied at 12-12-2019 11:06 PM
Nama Mohd tapi hina Nabi Muhammad S.A.W...

Orang kurang ilmu... macam ni la jadinya. ...

Apa nak heran chuols, kan dah ada dlm hadis akhir zaman, hanya kafir totok akan menyaksikan kiamat wpon namanya sulaiman, ahmad, zakaria sekalipun. Paham sdiri la maksud hadis tu.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.361273 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list