CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1855|Reply: 18

[Tempatan] Persatuan insurans gesa hospital swasta telus caj rawatan

[Copy link]
Post time 13-12-2019 07:16 AM | Show all posts |Read mode
Persatuan insurans gesa hospital swasta telus caj rawatan
Bernama -
December 12, 2019 10:33 PM


KUALA LUMPUR: Pemain-pemain industri insurans dan takaful menggesa semua hospital swasta mengamalkan ketelusan harga dalam caj-caj perubatan bagi menggalakkan persaingan sihat di samping menawarkan kadar harga rawatan yang berpatutan kepada orang ramai.

Persatuan Insurans Hayat Malaysia (Liam), Persatuan Insurans Am Malaysia (Piam) dan Persatuan Takaful Malaysia (MTA) dalam kenyataan bersama hari ini berkata ketelusan harga amat penting kepada syarikat insurans dan juga pelanggan, dalam membuat keputusan yang lebih bermaklumat semasa membuat pilihan rawatan.

“Kami menyambut baik langkah Kementerian Kesihatan memberikan mandat kepada pendedahan bayaran rundingan terlebih dahulu dan kami percaya ia seharusnya diperluaskan kepada caj-caj prosedur perubatan biasa di semua hospital swasta.

“Ini akan membantu orang ramai membuat keputusan yang lebih bermaklumat berhubung kos rawatan. Dalam perkara ini hospital-hospital swasta perlu mempamerkan kos purata sebenar mereka, sebagaimana yang diamalkan di beberapa negara luar.

“Ketelusan dalam caj-caj perubatan akan menggalakkan persaingan dan diharapkan ia akan membantu untuk mengawal harga dalam jangka masa panjang,” menurut kenyataan itu.

Pada 6 Dis, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengumumkan keputusan Kabinet untuk menyelaras semula bayaran rundingan doktor di klinik dan hospital swasta.

Dalam kenyataan hari ini, persatuan-persatuan berkenaan berharap Kementerian Kesihatan akan mengkaji kemungkinan menetapkan penanda aras kepada harga ubat dan bekalan farmasi.

Menurut kenyataan itu, jumlah perbelanjaan untuk kesihatan pada tahun lepas menjangkau RM60.147 bilion di mana 52% dibiayai oleh kerajaan dan bakinya dibayar oleh isi rumah sendiri (35%), insurans swasta (7%), perbadanan (4%) dan lain-lain agensi (2%).

Mereka berkata sekiranya kos penjagaan kesihatan tidak dikawal, peningkatan dalam premium bagi insurans perubatan dan kesihatan tidak akan dapat dielakkan lagi.

“Sekiranya insurans perubatan tidak mampu lagi diperoleh ramai, ia akan menjadikan lebih ramai pesakit mendapatkan rawatan di hospital-hospital kerajaan, dan bagi sesetengahnya pula mereka masih mendapatkan rawatan di klinik-klinik swasta, tetapi pada kos yang tinggi,” menurut kenyataan itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2019 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Apakata syarikat insurance Pon Telus dalam mewartakan struktur premium yg dibayar utk tujuan insurance.

Setiap ringgit premium, berapa persen pergi kpd ejen. Berapa persen pergi kepada agency. Berapa persen Belanja pengurusan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2019 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
korang pun tak telus
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2019 10:02 AM | Show all posts
asyik asyik insurance agent show off pergi holiday free sana sini
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2019 10:05 AM | Show all posts
klkl replied at 13-12-2019 10:02 AM
asyik asyik insurance agent show off pergi holiday free sana sini

banyak komisen mungkin mreka. jika kita bayar RM500 sebulan, RM250 komisen sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2019 10:09 AM | Show all posts
pot calling the kettle black
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-12-2019 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
white_musk replied at 13-12-2019 10:05 AM
banyak komisen mungkin mreka. jika kita bayar RM500 sebulan, RM250 komisen sahaja

Mak aiii bnyk nyer
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2019 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Huh betul ni. Mentang2 pakai medical card ada kuota 100k setahun, dia pegi bantai sampai kuota tu tinggal 20- 30k. Kalau dah hujung2 tahun, ok lah nak bantai pun kan.. ni tahun masih berbaki lama... Dari medical card n company imsirans terutama staff petronas la yg paling dorang suka sekali.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2019 02:40 PM | Show all posts
insurans pun cas orang harga yahudi mabuk
banyak cite plak
pastu bile nk claim mcm2 hal plak
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2019 03:01 PM | Show all posts
baghal_bortuqal replied at 13-12-2019 07:19 AM
Apakata syarikat insurance Pon Telus dalam mewartakan struktur premium yg dibayar utk tujuan insuran ...

ejen dapat komisen untuk 5 tahun yang pertama sahaja ya. Tahun ke-6, komisen dapat kat company induk. Kecuali untuk beberapa kes, macam investment portion contohnya, ejen akan terus dapat dalam 2.5% tak silap, selagi ejen tu masih dalam kontrak. Untuk kekal dalam kontrak, tahun pertama kena lepas target sekian2. Tahun ke-2 up sikit, dan seterusnya. Kalau tak capai, di terminate lepas beberapa warning letter.

realiti bahawa pihak hospital mengenakan caj tak masuk akal kepada pemegang kad insurans memang tak boleh disangkal lagi ya, lebih2 lagi hospital P****i yang suka2 caj bendah kecik2 pon mahal, orang kata harga yahudi.

iols cakap berdasarkan pengalaman yach...
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2019 03:06 PM | Show all posts
renko replied at 13-12-2019 02:40 PM
insurans pun cas orang harga yahudi mabuk
banyak cite plak
pastu bile nk claim mcm2 hal plak

sebelum beli sesuatu insurans, baca betul2 semua terma dan syarat yang membolehkan kita buat tuntutan, termasuklah tulisan2 kecik dalam polisi. Kebanyakan pemegang polisi memang malas membaca, lepas tu semua nak serah bulat2 kat ejen macam la semua duit insurans tu dapat kat ejen, padehal ejen dapat sikit bahagian je (ikut jenis pelan insurans).

Lagi satu, individu yang buat tuntutan dan sangkut ni biasanya jenis tak hantar dokumen2 yang diperlukan dengan lengkap. Tu yang jadi lambat. Tuntutan ada tempoh menunggu (grace period), kalau semua dokumen lengkap dan mudah dapat kerjasama daripada pihak penuntut claim, cepat je dapat duit claim tu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2019 03:09 PM | Show all posts
klkl replied at 13-12-2019 10:02 AM
asyik asyik insurance agent show off pergi holiday free sana sini

yang dapat pegi holiday tu sebab diorang dah dapat capai target yang tinggi ok. Maksudnya dia cemerlang buat sales. In return, dia dapat la reward daripada pihak company. So yang tu memang hak diorang lah. Bukan senang ya nak buat sales, dan lagi susah nak capai target dalam keadaan ekonomi yang sekarang ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2019 03:11 PM | Show all posts
ejen tak selamanya dpt komisen
tu sebab dia akan cari downline sebanyak mungkin
dan juga prospek baru
aku pernah sembang ngan ejen
setiap hari target call/jumpa sekurang-kurangnya 10 customer
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2019 03:13 PM | Show all posts
white_musk replied at 13-12-2019 10:05 AM
banyak komisen mungkin mreka. jika kita bayar RM500 sebulan, RM250 komisen sahaja

hahaha overlah tu....diorang dapat ciput je untuk medical card. Kalau investment, yes, dalam 35% untuk tahun pertama tak silap. Tahun seterusnya turun ke 20%, 15%, 15%, 10%, pastu 0% hingga tarikh matang (atau mungkin ada kiraan dia sendiri, iols pun dah tak ingat). Tarikh matang investment mungkin at least 10 tahun. Nama pun investment khuens. Win-win lah...ejen dapat komisen, orang yang melabur pun dapat untung.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2019 03:16 PM | Show all posts
R2D2 replied at 13-12-2019 03:11 PM
ejen tak selamanya dpt komisen
tu sebab dia akan cari downline sebanyak mungkin
dan juga prospek b ...

ya. memang betul sangat.

ejen kena cari downline untuk dapat komisen atas komisen. Downline buat sales, dia dapat la SIKIT portion.

pastu kalau polisi tu dah nak masuk tahun ke-6, ejen2 ni akan propose pelan insurans baru kat pemegang polisi tu. Biasanya diorang galakkan investment lah sebab dapat banyak sikit komisen. Tapi takdela banyak mana. Kalau dapat ramai customer, dapatla lebih. Sama je macam konsep sales yang lain, tapi tak sama la macam Dr. Az***n
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2019 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada medical card? Trus charge maximum charge la.. ni semua permainan dan komplot agen, doktor dan hospital..  sepatutnya siasat juga agen2 insurans ni. Kowtim baik dengan doktor pakar... demam biasa boleh warded 4 hari, gila
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2019 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 13-12-2019 03:01 PM
ejen dapat komisen untuk 5 tahun yang pertama sahaja ya. Tahun ke-6, komisen dapat kat company ind ...

Sepital pantat tu mmg melampau.

Masuk sakit perut Pon kalau Kita benarkan, habis ecg bgai dia nak soh buat.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2019 05:13 PM | Show all posts
hyie replied at 13-12-2019 03:16 PM
ya. memang betul sangat.

ejen kena cari downline untuk dapat komisen atas komisen. Downline bua ...

DrA...n tu dah kenapa? dia buat direct selling ke? kawan2 biz akak pun tak minat dng dia... caj coaching harga tak masuk akal... business ni gambling.. untung kaya... klu tak laku habis rugi... dia pulak mintak coaching harga
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2019 05:20 PM | Show all posts
cadarblogsot replied at 13-12-2019 05:13 PM
DrA...n tu dah kenapa? dia buat direct selling ke? kawan2 biz akak pun tak minat dng dia... caj co ...

Dr A punya style bisnes, antara ayat dia...

"disebabkan permintaan yang tinggi, kami terpaksa restock bla3..."

"hanya tinggal 2 stok. bla3.."

dan macam2 lagi lah...dia konsep reverse psychology gitu. Padehal orang beli pon tak agaknya   tapi mana yang baik tu boleh je dijadikan panduan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:15 AM GMT+8 , Processed in 0.419109 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list