Edited by FOTHER-MUCKER at 12-12-2019 03:51 PM
Wow… Hanya plaster dengan lukisan ‘Nike’ Rhea Bullos bolot 3 emasFMT Reporters -
December 12, 2019 3:53 PM
Apabila kita menghadapi sesuatu cabaran, pelbagai persediaan akan dibuat supaya dapat melalui cabaran tersebut dengan baik.
Persediaan itu juga dapat memberi keyakinan kepada seseorang untuk lebih berjaya dalam cabaran tersebut.
Namun sebaliknya berlaku kepada seorang atlit dalam Sukan SEA baru-baru ini apabila wanita muda yang dikenali sebagai Rhea Bullos memenangi tiga pingat emas walaupun tidak mempunyai “running shoes”.
Meskipun Bullos dilihat hebat dalam dunia sukan, namun ini hakikatnya.
Beliau sama sahaja dengan atlit Filipina lain di mana mereka sangat sukar mendapatkan sokongan daripada mana-mana pihak dalam menyediakan sebarang peralatan untuk Rhea beraksi pada Sukan SEA tersebut.
Ia bukan sahaja berlaku kepada Bullos, malah juga kepada atlit Filipina yang lain. Namun, ia langsung tidak menghalang mereka termasuk Bullos untuk mencapai kejayaan dalam bidang sukan.
Menerusi posting dalam Facebook Predirick B. Valenzuela, dia telah berkongsi gambar Bullos yang memakai plaster di sekeliling kaki dan membalut jari kakinya menggunakan plaster tersebut.
Malah lebih mendapat perhatian apabila plaster itu dilukis lambang “Nike” yang menggambarkan ia merupakan kasut kebanggaan yang dipakai Bullos pada sukan tersebut.
Ia membuktikan bahawa kemiskinan bukan bermakna dia tidak boleh berjaya seperti orang lain. Bullos sebelum itu telah memenangi tiga pingat emas dalam acara lari 400 meter wanita, 800 meter wanita dan 1500 meter wanita.
Dia merupakan seorang remaja berusia 11 tahun berasal dari Balasan dan bersekolah di Salvasion Elementary di kawasan tersebut.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/12/12/wow-hanya-plaster-dengan-lukisan-nike-rhea-bullos-bolot-3-emas/
|