CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3673|Reply: 55

[Tempatan] Silat masuk senarai warisan kebudayaan Unesco

[Copy link]
Post time 13-12-2019 11:18 AM | Show all posts |Read mode
Silat masuk senarai warisan kebudayaan Unesco

https://www.malaysiakini.com/news/503480

Diterbitkan Hari ini 10:42 pagi



Seni mempertahankan diri silat berjaya disenaraikan di bawah kategori Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).

Pengiktirafan itu diberikan pada persidangan mesyuarat sesi ke-14 Intergovernmental Committee for the Safeguarding of Intangible Cultural Heritage yang berlangsung di Bogota, Colombia dari 9 hingga 14 Dis.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Mohamaddin Ketapi dalam satu kenyataan hari ini, berkata perkara itu diputuskan oleh badan dunia itu yang dianggotai oleh 24 ahli jawatankuasa yang bermesyuarat, terdiri daripada negara-negara anggota yang dipilih untuk mengisi kerusi jawatankuasa itu untuk tempoh enam tahun.

"Penyenaraian di peringkat Unesco merupakan pengiktirafan bertaraf dunia ke atas satu daripada khazanah warisan negara bagi warisan kebudayaan tidak ketara.

"Penyenaraian ini juga akan memperlihatkan komitmen Malaysia dalam melindungi warisan dunia dan secara tidak langsung akan mendapat perhatian pelbagai pihak dan dunia," katanya menerusi kenyataan, hari ini.



Pencalonan silat di bawah senarai itu dan dokumen berkaitan telah dihantar kepada Unesco di Paris pada 30 Mac tahun lepas dan ia mendapat kerjasama dan bantuan yang baik daripada pelbagai agensi kerajaan persekutuan dan negeri.

Mohamaddin berkata pengiktirafan kali ini amat bermakna selepas Malaysia mendapat pencalonan dunia kali pertama iaitu ‘Mak Yong’ dalam kategori Masterpieces of the Oral and Intangible Cultural Heritage of Humanity (Originally Proclaimed 2005) semasa persidangan sesi ke-3 jawatankuasa itu di Istanbul, Turki pada tahun 2008.

Ia diikuti kejayaan kali kedua apabila Malaysia mendapat pengiktirafan ‘Dondang Sayang’ dalam kategori Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity semasa persidangan sesi ke-13 di Port Louis, Mauritius pada tahun 2018.

Jelasnya, pengiktirafan itu sekali gus akan mengukuhkan hubungan jaringan dengan kebanyakan negara anggota yang secara langsung akan membantu memudahkan Malaysia mengangkat lebih banyak pencalonan warisan kebudayaan tidak ketara pada masa akan datang.

Delegasi Malaysia ke persidangan itu diketuai Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara Mesran Mohd Yusop dan turut disertai antaranya Timbalan Perwakilan Tetap Pejabat Perwakilan Tetap Malaysia ke Unesco Zuraini Abidin selain turut dihadiri Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) Mohd Ali Mohd Rustam.

-Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2019 11:22 AM | Show all posts
lepas ni ada la yg datang claim...
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2019 11:45 AM | Show all posts
Warisan under which country? jaga2, ramai yg memerhati
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2019 12:00 PM | Show all posts
mari kita tunggu puak claim muncul dengan sepantas kilat.......
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2019 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka makyong.. Suka gila.. Tapi aku tak boleh tgk lama2..dengar lagu makyung ka.. Menora ka..  Mek mulung ka.. Aku rasa sakit kepala sangat
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2019 02:50 PM | Show all posts
silat melayu ke
silat endon?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-12-2019 02:59 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 13-12-2019 03:04 PM
Zack8hunter replied at 13-12-2019 11:45 AM
Warisan under which country?  jaga2, ramai yg memerhati

Hahahaha ... Woow ..... begitu pandainya putar balik berita dari Bernama ...
Kasihan betol ...X ada nama Malaysia disebut-sebut oleh UNESCO sebagai asal mula pencak Silat  ...

Ini berita yang sebenarnya ,,,
[size=13.3333px]
Pencak Silat martial art has been identified as the world’s cultural heritage during UNESCO’s 14th session of the Intergovernmental Committee for the Safeguarding of the Intangible Cultural Heritage.

Permanent representative to UNESCO, Surya Rosa Putra, confirmed the news which was announced during the session held in Bogota, Colombia, on December 9-14, 2019. A total of 42 cultural practices were proposed by participating members to be encrypted as part of the Representative List of the Intangible Cultural Heritage.

"encak Silat teaches us to be able to establish a good relationship with God, humans, and the environment. Albeit it introduces attacking techniques, most importantly, it teaches us to have self-control and maintain harmony," said Surya.

The martial art is a typical Indonesian tradition that has been existing for generations. Originated in West Sumatra and West Java, it is then developed throughout the archipelago with unique movement and music that accompanied it in each region.


[size=13.3333px]https://en.tempo.co/read/1283206/pen...tural-heritage


Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2019 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by QueenIsolde at 13-12-2019 06:14 PM
sarah82 replied at 13-12-2019 12:11 PM
Aku suka makyong.. Suka gila.. Tapi aku tak boleh tgk lama2..dengar lagu makyung ka.. Menora ka..  M ...


Satu lgi sarah “main teri”. Yg ni pun boleh tahan scary nya. Bila geng2 depa start ketuk alatan tradisional tu mmg meremang. Padanla sejarah mak yong, menora, main teri ni pun ada cmpuran hindu+siam, tu yg semacam
      Bab nak wartakan silat sbg warisan dunia tu UNESCO kena bincang hati ke hati ng indon dlu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2019 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
QueenIsolde replied at 13-12-2019 06:07 PM
Satu lgi sarah “main teri”. Yg ni pun boleh tahan scary nya. Bila geng2 depa start ketuk alatan  ...

Nanti skodeng.. Hahaha.. Mmg walaupun suka gila dgn menora, makyung dan mekmulung tapi bila tgk.. Mmg sakit kepala.. Rasa mcm diseru2..hahahaha.. Jadi utk elak dari yg bukan2 mmg x tgk.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2019 07:05 PM | Show all posts
nusaraya replied at 13-12-2019 02:59 PM
Hahahaha ... Woow ..... begitu pandainya putar balik berita dari Bernama ...
Kasihan betol  ...
Silat

Malaysia

Inscribed in 2019 (14.COM) on the Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity

Silat is a combative art of self-defence and survival rooted in the Malay Archipelago. Traced back to the early days of the Langkasuka Kingdom, Silat has evolved into a fine practice of physical and spiritual training also encompassing traditional Malay attire, Silat musical instruments and customs. There are many styles of Silat, inspired by the movements of human anatomy, nature and animals. For example, Silat Harimau involves an aesthetic rhythmic motion imitating the art of self-defence and attack of the tiger. In Malaysia alone, there are more than 150 known Silat styles whose names derive from natural elements such as animals and plants. Originally, Malay Silat was practised by warriors – as noble enforcers of justice – but nowadays practitioners consist of masters, gurus, teachers and students, who are responsible for maintaining the practice. Training sessions usually take place in the evening or at night in an open space such as a courtyard, led by the Master and ‘Jurukaka’. A large number of practitioners have been trained and nurtured, and an increasing number of training centres have been established in various regions. With this accelerated dissemination, the practice has increasingly transcended its status as a martial art to become a performing art; consequently, it is now a popular sport for health and leisure.

https://ich.unesco.org/en/RL/silat-01504

Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2019 07:07 PM | Show all posts
nusaraya replied at 13-12-2019 02:59 PM
Hahahaha ... Woow ..... begitu pandainya putar balik berita dari Bernama ...
Kasihan betol  ...
Tak ada pun putar belit nya ..

Memang info artikel dari BERNAMA camtu..seperti link yang @EJALTI bagi
https://www.malaysiakini.com/news/503480


Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2019 07:11 PM | Show all posts

Consent for Silat – Malay martial art for the nomination as Intangible Cultural Heritage UNESCO
© Department of National Heritage, Malaysia, 2018

Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2019 07:37 PM | Show all posts
Macamana indon nak klaim silat sebab silat dah ada kat nusantara sejak zaman Langkasuka. Langkasuka tu kat mana? Kat Kedah lah kan? So, konfirm silat asal Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2019 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
fliphair8 replied at 13-12-2019 04:00 AM
mari kita tunggu puak claim muncul dengan sepantas kilat.......

Dah ada diforum kaskus
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2019 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
nusaraya replied at 13-12-2019 02:59 PM
Hahahaha ... Woow ..... begitu pandainya putar balik berita dari Bernama ...
Kasihan betol  ...

ngomong2..silat jaka sembung,silat jaka geledek,silat si buta dari gua hantu,silat si pitung atau silat  wira sableng???
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2019 08:14 PM | Show all posts

sejarah merepek langka suka itu kerajaan khmer yang diklaim oleh melayu malaysia, tamadun melayu tak pernah wujud sebelum zaman islam lagi tulisan emlayu kuno sendiri pun tak pernah ade, jadi tak pernah ade kerajaan melayu zaman hindu budha dulu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2019 08:16 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 13-12-2019 07:11 PM
Consent for Silat – Malay martial art for the nomination as Intangible Cultural Heritage UNESCO
...

sama macam baju tradisional sumatra


Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2019 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
topfen replied at 13-12-2019 08:14 PM
sejarah merepek langka suka itu kerajaan khmer yang diklaim oleh melayu malaysia, tamadun melayu t ...

kok jaka sembung????
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2019 08:35 PM | Show all posts

jaka sembung itu dari komik bukannye legenda
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2019 08:42 PM | Show all posts
tanya sikit..silat dan indon..mana yang wujud dulu....terbaca sejarah silat ni berasai daripada china...betui ka? wakakakakakakakakkaak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:46 PM GMT+8 , Processed in 0.081367 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list