CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1582|Reply: 13

[Tempatan] RON95 gred tinggi dijual bulan depan

  [Copy link]
Post time 13-12-2019 11:22 AM | Show all posts |Read mode
RON95 gred tinggi dijual bulan depan

https://www.malaysiakini.com/news/503449

Diterbitkan 12 Dis 2019, 11:10 malam



Petrol gred RON95 yang berkualiti tinggi dengan spesifikasi standard bahan bakar Eropah EURO4M (E4M) akan mula diperkenalkan di stesen minyak seluruh negara Januari 2020.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Muez Abd Aziz, berkata E4M - yang merupakan petrol berkualiti setanding RON97 - akan menggantikan standard E2 yang sedang digunakan.

Beliau berkata pihak industri bersedia untuk melaksanakan penjualan RON95 gred tinggi itu dengan kerja-kerja di peringkat depoh dan stesen minyak telah dan sedang dijalankan.

Menurutnya, tidak banyak negara yang mempunyai standard E4M dan antara negara yang menggunakannya ialah United Kingdom dan Australia.

"RON95 E4M adalah tinggi kualitinya dan tahun hadapan pengguna akan dapat menikmatinya," katanya kepada Bernama dalam temu bual.

Muez berkata antara kebaikan RON95 E4M adalah aspek penjagaan kualiti alam sekitar kerana penggunaannya dapat mengurangkan pengeluaran asap serta penjagaan enjin lebih bersih.

Beliau berkata KPDNHEP mendapatkan kerjasama syarikat petrol seperti Shell, Petronas dan Petron bagi pelaksanaan inisiatif itu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Saifuddin Nasution Ismail sebelum ini dilaporkan berkata pengenalan kualiti bahan api yang lebih tinggi adalah salah satu usaha untuk mencapai matlamat Dasar Teknologi Hijau Negara 2009 iaitu mengurangkan pencemaran alam sekitar serta kesan kepada kesihatan orang awam.

Matlamat itu juga, katanya, menjadi janji ke-39 manifesto PH iaitu mengimbangi pembangunan ekonomi dengan perlindungan alam sekitar.

Muez berkata mana-mana syarikat yang didapati melanggar arahan tersebut boleh diambil tindakan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Pada 18 Ogos 2014, kerajaan bersetuju dengan pelaksanaan spesifikasi kualiti bahan api petrol EURO4M dan EURO5 iaitu Petrol RON97 EURO4M pada 1 Sept 2015, RON95 E4M (1 Okt 2018), Diesel EURO5 (1 Sept 2020) dan Petrol EURO5 (1 Sept 2025).

Namun pada 5 Okt 2018, Saifuddin Nasution berkata kerajaan memutuskan tarikh pelaksanaan RON95 E4M ditangguhkan dari 1 Okt ke 1 Jan 2020 bagi menjajarkan perubahan harga kos produk bagi RON95 E4M dengan permulaan kerja-kerja transisi kepada produk RON95 E4M di peringkat depoh minyak dan stesen minyak.

- Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2019 12:48 PM | Show all posts
kalu gred tinggi harga kira camne tu?da la setiap minggu naik 1 sen..
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2019 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Org nak minyak murah dia tlg capitalist jual minyak mahal aper nyer bodoh menteri ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2019 01:20 PM | Show all posts
next year its gonna be a more
challenging year more than this current year.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2019 01:25 PM | Show all posts
jika tangan kita telah mengundi PH kita hendaklah menyokong segala usaha murni yang dilakukan kerajaan demi kemaslatahan ummah
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2019 04:13 PM | Show all posts
alasan nak bagi naik harga minyak Ron95
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-12-2019 04:18 PM | Show all posts
taktik nak naikkan harga la tu. sama la dulu ron92.. ron93... ni dia cakap ron95 gred tinggi pula.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2019 04:26 PM | Show all posts
Hari ini berita mengenai petrol RON95 Euro 2M akan digantikan dengan petrol RON95 Euro 4M yang setanding dengan petrol RON97.

Kenyataan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Muez Abd Aziz itu mendapat respon "geleng kepala tepuk dahi" dari industri automotif dan juga syarikat petroleum.

Saya sendiri geleng kepala kerana dari merdeka sampai ke sudah, cif cif besar ini masih tak nak buat kajian dan menghafal dengan betul sebelum terus membuat kenyataan kepada media.


Bila salah, akan ada dua benda terjadi:

1. Mereka-mereka di agensi terbabit terpaksa memastikan ia akan berlaku. Contohnya jika menteri kata ada 100 orang menerima anugerah sedangkan cuma ada 10, agensi itu akan cari jalan untuk beri 100 anugerah juga.

2. Jika itu tidak boleh dilakukan, contohnya KP kata bulan itu merah dan kos untuk mengecat bulan terlalu mahal serta roket pun tak siap masih bertapa di Georgetown, maka mereka akan kata "media misquote saya" atau pihak media tidak buat laporan tepat.
Walaupun usaha itu memang baik dan Malaysia bakal menerima enjin-enjin yang lebih modern, berkuasa dan bersih, pemahaman berkaitan industri oleh seorang Ketua Setiausaha itu merunsingkan kerana mereka berada di tampuk pimpinan untuk menentukan halatuju negara.

Di bawah ialah keterangan ringkas dan mudah berkaitan RON dan Euro.

Apa itu RON?

RON bermaksud Research octane Number, iaitu satu sukatan yang mengukur tahap tahan ketukan (anti knocking resistance) di dalam enjin-enjin yang menggunakan palam pencucuh.

Dalam erti kata paling ringkas, sebuah enjin petrol mempunyai kadar RON minimum yang diperlukan. Kadar RON itu bergantung kepada pembuat enjin itu sendiri dan selalunya, sebelum sebuah kenderaan dilancarkan, enjin yang dipilih mesti mampu menggunakan petrol dengan kadar RON paling minimum yang dijual di dalam pasaran tersebut.

Contohnya jika Jenama A mahu menjual kenderaan di Malaysia, enjin petrol itu perlu mampu menggunakan bahan api dengan kadar RON95 kerana itu yang paling minima.

Ada juga enjin-enjin berprestasi tinggi yang hanya menerima kadar RON97 ke atas, tetapi tidak banyak kerana tidak ramai yang akan membelinya.

Penggunaan RON yang salah mampu memudaratkan. Contohnya jika enjin itu memerlukan petrol dengan kadar minimum RON100, ia boleh mengalami kerosakan dalam jangka masa panjang jika RON97 atau RON95 sering digunakan.

Jika enjin anda pula memerlukan RON95 sebagai paling minima, menggunakan RON97 tidak akan memberikan sebarang kesan.

Namun begitu, di Malaysia, petrol dengan RON97 atau tinggi sering diberikan aditif yang berlebihan agar memberikan impak prestasi yang lebih baik kerana harga bahan api itu lebih tinggi.

Jadi itu ialah RON - dan ia adalah keperluan teknikal untuk operasi enjin petrol.

Apa itu EURO?

Euro dalam bahan api merujuk kepada piawaian asap Eropah atau European Emission Standards.

Petrol atau diesel, kualiti bahan api memainkan peranan penting dalam kadar asap yang akan dihasilkan.

Tanpa piawaian Euro, asap dari kenderaan tidak akan terkawal dan pencemaran teruk akan berlaku.

Semasa bahan api Euro 1 diperkenalkan dalam tahun 1992 di Eropah, syarikat kenderaan di sana terpaksa memasang catalytic converter dan bahan api pula ditukar kepada tanpa plumbum (unleaded).

Ini agar kadar asap boleh lulus ujian piawaian Euro 1 ketika itu.

Kemudiannya ia meningkat kepada Euro 2 (1996), Euro 3 (2000), Euro 4 (2005), Euro 5 (2009), Euro 6 (2014) dan Euro 6d (2017).

Bahan api dengan kadar EURO yang lebih tinggi juga secara amnya boleh dikatakan lebih bersih.

Contohnya, bahan api Euro 5 mempunyai kadar sulfur yang jauh lebih rendah dari bahanapi Euro 2.

Bahan api yang lebih "bersih" ini membolehkan kita menggunakan enjin yang lebih modern dan berprestasi tinggi.

Jadi sekiranya enjin anda ditala untuk penggunaan bahan api Euro 2, menggunakan bahan api Euro 5 tidak akan memberikan sebarang kesan langsung, kecuali jika aditif ditambah untuk "efek" ekstra.

Untuk Malaysia, piawaian Euro yang digunakan sedikit berbeza dan tidak dapat difahamkan secara tepat.

Ini ialah kerana penarafan Euro 2M tidak sama dengan Euro 2 yang digunakan oleh negara-negara lain. Samada ia lebih rendah atau lebih tinggi, tidak ada jawapan tepat.

Sama juga dengan petrol RON95 Euro 4M yang bakal dilancarkan bulan hadapan. Tidak ada kepastian samada ia lebih tinggi dari Euro 4 atau lebih rendah.

Diharapkan pihak kerajaan mampu tampil dan bercerita akan perkara sebenar bagaimana huruf M itu digunakan dan cara Malaysia membeli bahan api secara pukal dari pasaran global.

Anda boleh baca mana-mana risalah atau laman web syarikat minyak dan semuanya akan berkata penggunaan bahan api petrol RON95 Euro 4M akan memberikan kadar sulfur yang lebih rendah dan kadar pelepasan asap yang lebih bersih - tidak ada kaitan dengan penambahan tenaga langsung.

Ini sangat berbeza dengan kenyataan oleh Datuk Muez Abd Aziz itu yang berkata petrol RON95 Euro 4M merupakan petrol berkualiti setanding dengan RON97. Mungkin beliau tersilap tetapi ini adalah satu kesilapan faktual yang sangat besar.

Diharapkan agar kerajaan mengambil langkah lebih serius sebelum membuat sebarang pengumuman atau sebarang janji-janji kerana rakyat perlu informasi yang lebih tepat datang dari pihak kerajaan.

sumber : https://careta.my/article/petrol ... -petrol-ron97-salah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2019 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
alasan penyedap hati rakyat.....
janji..tiap minggu naik 1 sen..

kencing....jgn tak kencinggggg
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2019 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti voter ph tersenyum bangga
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2019 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Hey babi! Org kesah plak ron tinggi ron rendah..janji boleh sumbat dalam tank kereta, harga dia murah. Ko perkenal ron tinggi harga mahal, org nak harga murah! Sialan punya kerajaan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2019 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
palmolive replied at 13-12-2019 04:26 PM
Hari ini berita mengenai petrol RON95 Euro 2M akan digantikan dengan petrol RON95 Euro 4M yang setan ...

marhaien cam iols mmg tak tahu.. tp menteri ni kena ambik tahu.. sapa punahsihat komisen 5% haha
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2019 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
dino replied at 14-12-2019 09:04 AM
marhaien cam iols mmg tak tahu.. tp menteri ni kena ambik tahu.. sapa punahsihat komisen 5% haha

Asal leh tunjuk aku paling hebat berkata2
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2019 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Tunggu jah batak2 babi politik politisize kan benda ni pula
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:29 AM GMT+8 , Processed in 0.129586 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list