Viral di media sosial apabila satu rakaman aksi kejar mengejar antara beberapa buah motosikal dengan sebuah kereta jenis Perodua Myvi di Jalan Tun Razak petang tadi.
Myvi berkenaan dilihat melarikan diri dari dicekup orang ramai apabila pemandu Myvi itu didakwa telah menyamun seorang Orang Kurang Upaya (OKU) di Jalar Alor.
Orang ramai cuba menahannya, namun suspek bertindak agresif dengan melarikan diri menggunakan kereta.
Menerusi Twitter Afnan Syahir, rakaman video dari salah seorang penunggang motosikal yang mengejar suspek, suspek dilihat cuba melarikan diri dalam keadaan jalan raya yang sangat sesak.
Beberapa buah kenderaan lain turut dilanggar atas cubaan untuk meloloskan diri.
Lebih kurang 20 buah kenderaan yang telah dilanggar suspek sebelum dia berjaya diberkas orang ramai.
Selepas berjaya diberkas orang ramai, suspek kemudiannya dibelasah di tempat kejadian.
Orang ramai bengang dengan tindakan suspek yang cuba melarikan diri dengan merbahayakan pengguna jalan raya yang lain.
Ada segelintir orang awam yang cuba mengawal keadaan sebelum suspek diserahkan kepada pihak berkuasa.
Keadaan kereta suspek yang remuk selepas melanggar beberapa kenderaan lain apabila cuba melarikan diri dari ditahan orang ramai. Suspek tidak dapat meloloskan diri kerana kereta yang dipandunya telah rosak akibat pelanggaran, dan tayar keretanya juga meletup.
Rata-rata netizen berterima kasih terhadap penunggang motosikal yang bekerjasama mengejar dan menahan suspek dari melarikan diri.
Post time 14-12-2019 06:57 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku tgk videonya smlm
Mmg geram selamba je langgar kete2 yg tgh brenti sebab jam sebab dia nak lalu jg celah tu
Tp video xjln sampai abis
Ada muka melaun tu x?
Aku nengok video tu viral kat FB memang musibat betul.. padan muka kene hentak... lagi satu nak mergut kat KL tengah2 jalan jamm.. mendapat ko lahanat...