CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40748|Reply: 212

Attention Kurex : Hafreez Adam & Zara Zya Confirm Putus!?

  [Copy link]
Post time 15-12-2019 10:53 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Themilo at 15-12-2019 03:07 AM

“SELEPAS bertunang baru jumpa dua kali iaitu pada hari pertunangan dan pada malam Anugerah Skrin.
“Kami putus bukan sebab orang ketiga. Ia lebih lebih kepada kami. Saya tak nak buka ruang tuding jari menyalahkan orang lain. Tidak mahu orang lain terbabit. Orang luar jangan spekulasi,” kata pelakon, Hafreez Adam sekali gus mengesahkan sudah putus tunang dengan pelakon Zara Zya sejak bulan lalu iaitu selepas sebulan bertunang.
Hafreez, 29, atau nama sebenarnya Hafreez Adam Aizat Zahalan berkata, itu adalah terbaik buat mereka selepas tidak lagi melihat sebarang perkembangan positif dalam perhubungan.

“Sejujurnya, kami putus bulan lalu. Saya lambat maklumkan perkara ini pun sebab Zara minta diberi masa. Jadi, kelmari kami putuskan untuk bercakap secara rasmi perkara ini. Saya tidak mahu terus menipu.
”Kami tidak gaduh. Kami berpisah secara matang. Ada isu yang terjadi tetapi biarlah antara kami saja yang tahu. Saya jumpa dia dan berbincang.
“Saya cakap apa yang dirasa, begitu juga dengan dia. Selepas apa dilalui, saya berasakan perkara lebih rumit akan berlaku jika perhubungan ini diteruskan. Jadi, putus adalah jalan terbaik. Dalam masa sama, tak nampak hala tuju,” katanya kepada Harian Metro.
Hafreez yang juga pelakon Mona Lisa berkata, dia sudah memaklumkan keluarganya mengenai perkara itu sejak dari awal mereka putus.
Malah, Hafreez menghadiahkan cincin dan hantaran yang diberi pada hari pertunangan mereka kepada Zara.
“Keluarga saya sudah tahu dari awal lagi. Mengenai cincin dan hantaran, saya hadiahkan terus padanya. Saya halalkan dan dia boleh simpan semuanya.
“Tipu kalau saya cakap tak ralat dan kecewa apabila putus. Sebab membabitkan air muka keluarga. Saya sayang dia. Saya bertunang dengan dia seminggu selepas arwah bapa meninggal.
“Apapun, kami anggap ini keputusan matang. Saya anggap bukan jodoh walaupun dulu yakin kami akan kahwin. Malah, sepatutnya masa bertunanang tempoh hari kami merancang nak kahwin terus. Ternyata ini dugaan yang Allah nak beri. Apabila terjadi, saya tahu ada hikmah,” katanya.
Sementara itu, usaha Harian Metro mendapatkan penjelasan Zara Zya gagal apabila panggilan telefon tidak dijawab.
Hafreez juga berkongsi, dia dan Zara merancang untuk berkahwin pada 10 Oktober 2020.
Terdahulu, pasangan yang berkenalan ketika bergandingan dalam drama Mona Lisa pada 2017 itu mengikat tali pertunangan pada 12 Oktober lalu.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2019 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Kecundang jua akhirnya.. Xpala zara, boleh dapat yg jauh lg bagus.. Good luck!

Bergembiralah kurex xperlu berkongsi lg
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2019 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
sayangnya... tp xpela... better pisah cara baik
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2019 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Alah putus dah ke. Semoga ada hikmahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2019 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Apooo bertunang macam nak lahwin pastu putus.. Korang xsayang duit ke..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2019 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru je bertunang, dah terputus. Apa2pun, semoga bertabah keduanya. Kalau ada jodoh, tak kemana. Kalau takde jodoh pon tak kemana jugak kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-12-2019 11:16 AM | Show all posts
beta_carotene replied at 15-12-2019 03:14 AM
Apooo bertunang macam nak lahwin pastu putus.. Korang xsayang duit ke..

Pelamin, baju ala-ala nikah, ayah lak baru seminggu meninggal pun still buat majlis.. serba-serbi tak kena kan cyst?
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2019 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Diri ini sedia mengubati duka lara di hati zara andai diberikan peluang..walaupun hanya saiz 2b yg mampu dipersembahkan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2019 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Adoi la..kemain gah bertunang ritu. Tak dan dapat balik duit spent dah putus
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2019 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
nampak macam laki ni tak sabar-sabar nak announce yang dorg dah putus.. hari tu statement pasal unfollow pun laki ni jgak yg buka mulut.. hope bertabahlah kedua-duanya
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2019 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Relax la reporter pn..nti dpt la tu kol zara...dia dlm tempoh bertenang la tu...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2019 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
beta_carotene replied at 15-12-2019 11:14 AM
Apooo bertunang macam nak lahwin pastu putus.. Korang xsayang duit ke..

Merealisasi kan hasrat sponsor2 kot... anggap mcm lakonan drama jer lah... bahasa eloknya, takde jodoh.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2019 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
kesian nya
x apa lah derita org lain teruk...seperti nora tu

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2019 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Plan kawen oct 2020 tu pun byi xlogik..paling lma 6 bln je tunang...sbb eager nk kawen tu kuat....tu klu btoi2 syg.statement hafez ni pasal syg tp senang redha mcm tu pun blh nmpk dia xserius. Menyampah la aku org bajet mcm ni.tp zara zya pun sm.melayan..pakai2 custom bagai..jns bbnu ni klu dilayan makin ngada2..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2019 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Ingtkan hafreez ni geng ...bukan rupanye
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2019 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
nampak sheols mcm sayang lagi semoga sheols cecepat jumpa jodoh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2019 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Punyalah siap dok kat pelamin... Baju lawa... Mekap cun... Sebulan jer tahan...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2019 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Bertabahla
Moga ada yg lebih baik menanti
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2019 11:52 AM | Show all posts
Retis malaysia dah mangkin banyak buang tebiat......





#edisipropakononbercinta
#edisibuangtebiat




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2019 11:58 AM | Show all posts
Boomibulat replied at 15-12-2019 03:18 AM
Diri ini sedia mengubati duka lara di hati zara andai diberikan peluang..walaupun hanya saiz 2b yg m ...

mohon ambil nombor giliran yaa.. giliran paling awal @Kurex dah reserved
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:18 PM GMT+8 , Processed in 0.243160 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list