CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 950|Reply: 5

[Tempatan] Ekonomi era PH: Empat balai polis komuniti DITUTUP

  [Copy link]
Post time 15-12-2019 11:14 PM | Show all posts |Read mode
Balai polis komuniti di Kajang ditutup selepas kajian Bukit Aman
Bernama -
December 15, 2019 10:26 PM


KUALA LUMPUR: Arahan penutupan 4 balai polis komuniti di Kajang dibuat selepas Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menjalankan kajian daripada pelbagai aspek, kata Ketua Polis Daerah Kajang Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff.

Empat balai polis komuniti di daerah itu yang akan ditutup bermula Jan depan ialah Taming Jaya, Bandar Teknologi, Sungai Tangkas dan Bandar Damai Perdana.

“Penutupan 4 buah balai komuniti dalam daerah Kajang itu adalah berdasarkan justifikasi berikutan kewujudannya secara ‘ad-hoc’ dan tanpa kajian dari segi lokasi, bangunan, jarak di antara balai dan perjawatan.

“Penggunaan rumah kedai adalah tidak selamat serta didapati tidak memenuhi spesifikasi di bawah garis panduan dan peraturan bagi perancangan bangunan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Dzaffir berkata penutupan balai komuniti itu bukan hanya melibatkan daerah Kajang tetapi melibatkan balai komuniti di seluruh negara.

Beliau berkata penugasan anggota polis di kawasan balai masih berjalan seperti biasa untuk membuat rondaan pencegahan jenayah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2019 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
BP komuniti kat rumah kedai macam tempat anggota polis kena bunuh dulu ke? Tak silap kt kota damansara. Arwah berjaga sorang2. Sebab dibunuh konflik keluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2019 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam Balai di TBS yah? So takda pihak berkuasa nak pantau pergerakan immigrants a.k.a PRC
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2019 11:53 PM | Show all posts
kerajaan PeeH teluih...tak dak rasuah...yang ada hanya lantikan politik..mengikut ahcai2 "BIASA LA BEB" lantikan politik bukan rasuah...wakkakakakakakakakakakakaa
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul tu balai polis komuniti tk sesuai kat kedai. Patut buat kt kawasan rumah. Amek corner lot. Baru betul dlm komuniti
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2019 03:08 AM | Show all posts
sharlenetexas replied at 15-12-2019 03:31 PM
BP komuniti kat rumah kedai macam tempat anggota polis kena bunuh dulu ke? Tak silap kt kota damansa ...

bukan kota damansara. rasanya subang jaya / USJ .
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:13 PM GMT+8 , Processed in 0.331248 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list