CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1549|Reply: 12

[Dunia] Kanak-kanak 9 tahun terima tawaran PHD di universiti Amerika Syarikat.

[Copy link]
Post time 16-12-2019 01:15 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 15-12-2019 09:16 AM

Kanak-kanak 9 tahun terima tawaran PHD di universiti Amerika SyarikatFMT Reporters -

December 14, 2019 10:00 AM


Jika kita melihat anak kecil berusia lingkungan tiga ke 11 tahun, mereka akan hanya tahu bermain dengan rakan-rakan sahaja.

Sememangnya itulah dunia sebenar mereka yang penuh dengan keseronokan.
Namun bagi seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun, dia bakal menyambung pelajarannya untuk menjadi doktor falsafah (PhD) di Amerika Syarikat (AS) selepas ibu bapanya membuat keputusan mengeluarkannya daripada Universiti Belanda.

Menurut CNN, kanak-kanak lelaki dari Belgium, Laurent Simons ini memiliki tahap kecergasan minda (IQ) luar biasa.

Ibu bapa kanak-kanak genius itu memberitahu bahawa anak mereka akan menyambung pembelajaran tahap PhD di sebuah kolej di Amerika Syarikat dan akan mengambil jurusan kejuruteraan elektrik.

Simons sebelum ini mendaftar di sebuah universiti teknikal Belanda, Eindhoven University of Technology (TUE), tetapi ditarik balik selepas pihak universiti menolak untuk membenarkan Simons tamat pengajian pada waktu yang sepatutnya.
Bapa Laurent, Alexander Simon turut menyifatkan penarikan diri anaknya dari universiti itu adalah sebagai tindak balas terhadap percubaan pihak TUE untuk menghalang anaknya mendaftar di universiti di AS.

“Cara mereka (pihak universiti) melayan pelajarnya adalah tidak betul. Laurent bukan kepunyaan mereka,” katanya.
Bagaimanapun, pihak universiti TUE juga menjelaskan pertikaian di antara mereka dengan menyatakan kanak-kanak lelaki itu masih ditawarkan kursus pengajaran yang dipercepatkan dari tempoh sepatutnya.

“Kami tidak pernah menyekat para pelajar kami. Ia bukanlah suatu motivasi untuk menghalang seseorang.
“Pensyarah yang ditugaskan menjaga kanak-kanak itu sangat gembira dapat bekerjasama dengannya, bukan hanya kerana bakatnya yang besar, tetapi juga kerana dia seorang kanak-kanak lelaki yang baik dan penuh dengan rasa ingin tahu,” kata jurucakap TUE.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2019 01:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap nasib tak sama mcm Adiputra.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 02:12 AM | Show all posts
Edited by nusaraya at 16-12-2019 09:03 AM
sharlenetexas replied at 16-12-2019 01:40 AM
Harap nasib tak sama mcm Adiputra.

Beza .... Laurent masuk species Homo Sapiens .. sedangkan Adiputra species Homo Malaynesis yang lebih pintar dan maju .. tetapi amat disayangkan Adiputra hidup di lingkungan Homo Sapiens sehingga bakat dan genius-nya X dapat bersinar terang ...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
nusaraya replied at 16-12-2019 02:12 AM
Beza .... Ia Homo Sapiens .. sedangkan Adiputra species Homo Malaynesis yang lebih pintar dan maju ...

Bila indogsial menyibuk konon2 nak perli hal negara org lain.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Klu di msia beli jer sijil. Menteri2 ramai buat
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 10:44 AM | Show all posts
gifted..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-12-2019 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Pulak..
Ingatkan ummah Melayu Melesis yg dapat...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 10:50 AM | Show all posts

emak ayah budak ni kerjanya nak pecah rekod jer .. kesian anak. Nak lawan dgn rekod budak amerika.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2019 11:58 AM | Show all posts
Macamanalah kehidupan awak dik, kesiannya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
nusaraya replied at 16-12-2019 02:12 AM
Beza .... Laurent masuk species Homo Sapiens .. sedangkan Adiputra species Homo Malaynesis yang le ...

Jangan menyibuk.

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
nusaraya replied at 16-12-2019 02:12 AM
Beza .... Laurent masuk species Homo Sapiens .. sedangkan Adiputra species Homo Malaynesis yang le ...

Cakap2 dr negara pprt kepala isi taik.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah ni betul2 real life Sheldon Cooper
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 03:31 PM | Show all posts

kalau di paksa, bukan gifted tu.. terseksa jiwa mental.. dia je tahu.. huhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:31 PM GMT+8 , Processed in 0.506194 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list