CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13909|Reply: 88

"Isteri Bukan Orang Gaji" -Netizen Tak Senang Tengok Siti Sarah Pakaik

  [Copy link]
Post time 16-12-2019 11:02 AM | Show all posts |Read mode
Sudah menjadi lumrah bagi anak seni, setiap apa yang dilakukan pastu menjadi perhatian ramai lebih-lebih lagi apa yang dimuat naik ke laman sosial.





Begitu juga dengan pasangan selebriti popular, Siti Sarah Raisuddin dan juga Shahmira Muhammad atau lebih dikenali sebagai Shuib Sepahtu yang tidak terlepas daripada kata-kata liar tentang rumah tangga mereka.



Kredit foto : Ig Siti Sarah




Baru-baru ini, Siti Sarah telah memuat naik video di akaun Instagram miliknya di mana dia memakaikan kasut kepada suaminya itu dengan kapsyen yang bernada gurauan.


"Pelakon sebenar Ombak Rindu."


"Izzah dan Tuan Haris! Babak pertama scene kasut. Seperti biasa Tuan Haris tak appreciate Izzah, yang pakaikan kasut. Tapi Izzah redha."


  



Gurauan Izzah itu disambut dengan gelak ketawa oleh pengikutnya di media sosial itu dan rata-rata menganggap pasangan merpati itu sebagai romantis.


Shuib manja, Siti Sarah isteri yang baik.


Bagaimanapun, apa yang lebih menarik perhatian apabila ada yang menegur Shuib untuk melakukannya sendiri kerana isteri bukannya orang gaji.


Teguran tersebut telah mengundang komen-komen lain daripada peminat yang tidak bersetuju dengan individu tersebut kerana ianya bukanlah perbuatan yang salah malah mampu mengeratkan lagi hubungan suami isteri.


Individu tersebut kemudiannya menjelaskan yang dia merujuk kepada karekter Tuan Haris dan Izzah yang dilakonkan oleh Aaron Aziz dan Maya Karin dalam filem Ombak Rindu dan bukannya kepada pasangan romantis itu. Chill ya semua.


Siti Sarah juga ada memuat naik video susulan bagi menjelaskan situasi sebenar kenapa dia dengan rela hati memakaikan kasut kepada Shuib.


  



Baru lepas dapat duit rupanya. Patutlah bukan main baik lagi. Haha!


Sweet sangat pasangan ni. Siti Sarah bukan main ye nak bodek Shuib. Shuib pun tak kedekut, isteri mintak duit baginya bukan sikit. Semoga hubungan mesra mereka kekal selamanya. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2019 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Gitu ye
Bankin kat aku sekali
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
uols klu x nak rebut ladang pahala melayan suami
jgn nak hasut netizen kata bini macam org gaji

apa2 yg di lakukan si isteri utk suami , tanpa paksaan dr suami , tu semua ladang pahala untuk isteri

bukan la sampai ko buat laki ko tu naik lemak tak uruskan rumahtangga ,
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 11:32 AM | Show all posts
Mereka ni mcm attention seeker kan.
Saja meminta untuk dikecam
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 11:36 AM | Show all posts
Actually sukati die la nk pakaikan kasut ke, kondom ke.
But.... diorang ni mmg attention seeker pun.
Ade org komen means tercapai le niat tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 11:36 AM | Show all posts
yg netizen sibuk jadah apa rumahtangga org, suka hati la bini dia nak boh kasut ka spenda ka.. sibukkkk je
tapi padanlah kapel ni pun semua pun nak tunjuk kat orang.

aku baca tajuk je sebenarnya, malas nak baca cerita kapel ni, tp tetap  nak komen
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-12-2019 11:41 AM | Show all posts
Ngah ok aje, isteri nak pakaikan baju, kasut suami, ke apa jelah.  Itu cara orang dah berkahwin bermanja. Husnuzon juga mungkin Soeb sakit pinggang ke.

Yang tak setuju, bertelekung tu Puan Sarah oiii.  Elok aje telekung tu berseret kat lantai, kena kasut bagai.  Orang akan kata tak nampak najis tak apa.  Tapi Ngah tetap tak setuju, cuba cerewet sikit Puan Sarah ye.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
okb ye.. okb..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2019 11:50 AM | Show all posts
siapa yg beriya-iya upkan gambar kat sosial media ????
apa tujuan ????
apa maksud upkan gambar tuh ???
apa yg sebenar dlam benak fikiran si tuan punya gambar ???
nak tunjuk kat semua rakyat Malaysia kena jaga laki ke ???
nak tunjuk kat semua orang cinta sampai hujung nyawa???

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Knpla pakai telekung...cuba la pakaian tu kemas sikit jgn dok selekeh mcm tu kat rmh...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 11:55 AM | Show all posts
ntah bagi aku biasa je layan manja - manja dengan laki..
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Eeewwww... gigih nak tunjuk loving couple... izzah konon
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 11:59 AM | Show all posts
biarlah dia...asalkan dia pakaikan kasut kat kaki laki dia, bukan kaki laki kau.

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 12:02 PM | Show all posts
tak salah pun.. sweet je nak bermanja
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 12:05 PM | Show all posts
Dah kata.... retis hardup sangat nak raih popular .... mangkin buang tebiat.

Tengok nie.....

  




#retisbuangtebiat



Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 12:07 PM | Show all posts
depa ni takde acc kat bank ke
depa ni tak reti pakai komputer ke
depa ni tak reti pasal online banking ke
ke duit tu dari sumber tak tentu
sbb tu tak letak dlm bank
nak elak income tax
ade lg ke bini nak duit minta mcm ni
i thought amik telepon tekan jah no acc and transfer or acc bersama
or laki terus letak dlm acc minik
minik g je tekan atm
No?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2019 12:08 PM | Show all posts
sek sek lapor
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 12:09 PM | Show all posts
pe masalah,tu cara diorg bermanja,sape yg meluat tu sbb dia x mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Gigihnya rakam semua pastu letak kt media sosial...mmg artis byk masa free camni ya....huhu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok,  lagi sorang pasangan romantis manissssss
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:11 AM GMT+8 , Processed in 0.582425 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list