CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2214|Reply: 13

[Tempatan] Suasana muram ekonomi dan bursa saham di bawah pentadbiran PH mungkin jejas ASB

  [Copy link]
Post time 16-12-2019 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Adakah nobita & mahadey akan ulang skrip yg sama di atas kegagalan menteri2 sijil fake mereka?

https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2019/12/639096/suasana-muram-ekonomi-pasaran-saham-mungkin-jejas-asb


KUALA LUMPUR: Saban tahun pengumuman agihan pendapatan atau dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) sememangnya ditunggu-tunggu kerana ia sering memberi pulangan lumayan kepada pelaburnya.

ASB dijangka mengumumkan agihan pendapatan Rabu ini dan seperti biasa, pelabur pastinya mengharapkan keistimewaan daripada tabung yang ketika ini memiliki 10 juta pemegang unit.



AMANAH Saham Bumiputera (ASB).
Suasana muram ekonomi, pasaran saham mungkin jejas ASB

Oleh Bisnes BH
bhbiz@bh.com.my
Share

Tweet


KUALA LUMPUR: Saban tahun pengumuman agihan pendapatan atau dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) sememangnya ditunggu-tunggu kerana ia sering memberi pulangan lumayan kepada pelaburnya.

ASB dijangka mengumumkan agihan pendapatan Rabu ini dan seperti biasa, pelabur pastinya mengharapkan keistimewaan daripada tabung yang ketika ini memiliki 10 juta pemegang unit.


Persoalannya dalam persekitaran hari ini yang mana keadaan politik, ekonomi dan perdagangan di dalam dan luar negara amat berbeza berbanding 20 tahun lalu, adakah ASB yang melabur kira-kira 70 peratus dananya dalam pasaran ekuiti masih mampu memberi pulangan yang sama seperti dahulu?

Sepanjang lima tahun yang lalu, dalam keadaan di mana KLCI memberi pulangan negatif pada 2014, 2015, 2016 dan 2018, ASB kekal memberi pulangan tahunan purata sekitar tujuh peratus berbanding pulangan purata deposit tetap sebanyak 3.6 peratus untuk tempoh simpanan setahun.

Justeru, dalam keadaan di mana pasaran saham tempatan masih terus mencatatkan aliran negatif tahun ini, adakah ASB mampu memberi agihan pendapatan seperti diharapkan pelabur ketika unit amanah lain kendaliannya seperti ASM 3 yang hanya memberi pulangan lima peratus.

Pasaran saham tempatan ketika ini berada pada paras antara 1,500 hingga 1,600 mata dan antara faktor penyumbang utama ialah ketidakpastian serta keyakinan pelabur yang terjejas akibat faktor luar kawalan seperti perang dagang antara China dan Amerika Syarikat (AS).

Maybank dalam Laporan Asean Macro Year Ahead, Economic, Equity, Fixed Incomed & FX yang dikeluarkan baru-baru ini menyatakan bahawa ketegangan akibat perang dagang antara AS dan China dijangka akan terus berlanjutan walaupun ketika ini kedua-dua negara sedang menyambung perbincangan mengenai kadar tarif yang perlu ditetapkan dan ini memberi harapan dan prospek yang lebih untuk perjanjian perdagangan.

Pensyarah Kanan Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, berkata ASB tidak boleh lari daripada menerima kesan dari sebarang pergerakan yang berlaku dalam pasaran saham atau perubahan ekonomi dalam dan luar negara.

“Ini kerana sebahagian besar pelaburan ASB adalah berbentuk ekuiti atau saham,” katanya.

Beliau berkata, walaupun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pulangan yang diberikan ASB agak menurun, namun pelabur perlu sedar bahawa ASB masih memberi pulangan yang lebih baik berbanding pelaburan lain.

“Bukan hanya pulangan ASB yang terjejas, tetapi juga instrumen pelaburan lain yang turut menjadikan pasaran saham sebagai destinasi pelaburan untuk menjana pendapatan,” katanya.

Beliau berkata, bagi pelabur yang telah melabur dalam ASB sejak 1990, mereka telah menikmati pulangan yang tinggi walau pernah berlaku krisis ekonomi dan kewangan sebelum ini.

“Keistimewaan ASB ialah ia masih mampu memberi pulangan positif yang lebih baik berbanding instrumen pelaburan lain. Jika pasaran saham dan ekonomi kembali pulih, saya meramalkan pelabur juga akan menikmati pulangan yang lebih baik,” katanya.

ASB dalam laporan tahunan 2018 menyatakan bahawa tabung itu boleh melaburkan sehingga 90 peratus daripada nilai tabungnya dalam pasaran ekuiti dan selebihnya dalam sekuriti berpendapatan tetap dan instrumen pasaran wang termasuk aset mudah tunai.

Jika dilihat kepada senario hari ini, tidak dapat dinafikan bahawa pengurus dana seperti PNB perlu menanggung risiko lebih tinggi untuk mendapatkan pulangan yang sama seperti tahun-tahun sebelum ini ketika senario ekonomi dan perdagangan dunia lebih stabil.

Bagaimanapun keistimewaan ASB ialah pelabur tidak perlu bimbang akan kehilangan modal kerana ASB ditawarkan pada harga tetap.

Ini bermakna, pelabur menanggung risiko pelaburan yang sangat rendah, tetapi masih berpeluang menikmati pulangan yang baik.

Ahmed Razman berkata, pelabur yang melabur dalam ASB tidak akan rugi kerana harga beli dan jualnya kekal pada RM1. Hanya jika ASB memberi pulangan negatif, barulah

pelabur rugi.

“Selagi ASB memberi pulangan lebih baik berbanding inflasi semasa, selagi itulah pelabur masih untung dan dapat melindungi nilai wang mereka,” katanya.

Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata, pelabur juga perlu membuat perbandingan yang sesuai apabila membandingkan pulangan yang diterima daripada ASB dan instrumen pelaburan lain.

“Pelabur perlu faham ASB ialah unit amanah dan sepatutnya pelaburan adalah untuk jangka panjang.

“Untuk membandingkan ASB dengan pulangan Bank Rakyat contohnya adalah tidak tepat kerana Bank Rakyat adalah bank koperasi manakala ASB ialah unit amanah dengan kedua-duanya mempunyai struktur ahli dan punca pendapatan yang berbeza.

“Begitu juga jika perbandingan dibuat dari segi pulangan tahunan antara ASB dan pelaburan lain yang mempunyai ciri yang hampir sama seperti deposit tetap, akaun simpanan dan pasaran saham, ASB sebenarnya pemberi pulangan paling tinggi kepada pelabur sejak lima tahun lalu,” katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2019 08:22 PM | Show all posts
berita ni tak penting..yang penting akuan berkanun azilah dan yusuf...wakakakakakakakakakka
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena terus kerja dan kerjalah warga emas sebab tempat selamat untuk simpanan hari tua dah tak selamat. Biasa duit dividen boleh buat perbelanjaan tanpa usik simpanan asal, sekarang kena korek sikit2. Semoga tak sampai rata atau tinggal habuk sebelum ajal sampai.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
knights tetap syg guANJING
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2019 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Gosip bawang kata bawah 6%..
Redha jelah
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2019 01:01 PM | Show all posts
Kalau macam tu yang dijangka tahun depan ramai ler jual balik ASB loan nanti
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2019 01:08 PM | Show all posts
suasana ekonomi muram, tahun depan dah takde lantikan tetap utk gomen, gang gang gomen yg suka berbelanja akan automatik tersentap dgn policy baru walaupun gomen sedia ada tak terkesan. Bila 1.7 juta berhati2 berbelanja, flow ekonomi dlm negara akan jadi slow, kita akan dapat tengok satu persatu business melingkop sebab tak dpt nak survive sebab kos makin tinggi, sale melingkop
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2019 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Takkan bwh 7%???..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2019 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kwn aku dulu ckp dividend utk 10 dah siap reserved so inshaallah dia org akan maintain 7%...yg ni tak gelak, i serius...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2019 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila announce?
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2019 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Bunggah replied at 17-12-2019 10:22 PM
Bila announce?

Rasanya hari ni. Kalau tak pun hari jumaat. Kita tunggu lah pukul 10 nanti. Jeng jeng jeng.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2019 10:28 AM | Show all posts
dulu ramai yg pukul canang klu PH memerintah dividen asb boleh cecah 8% ke 10%.   basah lencun siapa yg percaya
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2019 10:37 AM | Show all posts
Harap2 dapat la tinggi sket..menanti dgn penuh debar nie.

Teringat dulu ada sorang forumner dgn penuh yakin bgtau dividen asb dapat 5%. bila dah announce terus forumner tak berkutik sekejap
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2019 10:38 AM | Show all posts
5%
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:18 AM GMT+8 , Processed in 0.069973 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list