CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35485|Reply: 467

[Tempatan] Azilah Hadri-Najib arah bunuh Altantuya

  [Copy link]
Post time 16-12-2019 01:56 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 16-12-2019 02:07 PM

Pendedahan mengejutkan dari Azilah - ‘Najib arah saya bunuh Altantuya'



Azilah Hadri, yang disabitkan bersalah membunuh wanita warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu, membuat dakwaan mengejutkan dari Penjara Kajang.

Banduan yang sedang menunggu hukuman gantung itu mendakwa arahan untuk membunuh Altantuya datang daripada bekas perdana menteri Najib Abdul Razak (ketika kejadian merupakan timbalan perdana menteri atau TPM) dan rakan rapatnya Abdul Razak Baginda.

Dalam pengakuan julung-julung kalinya itu, Azilah mendakwa dia dan pegawai polis Sirul Azhar Umar hanya mengikuti arahan “shoot to kill” (tembak mati) sebagai anggota pasukan Unit Tindakan Khas (UTK) polis.

Perincian itu dimasukkan dalam permohonan yang difailkan Azilah kepada Mahkamah Persekutuan bagi menyemak semula keputusan bersalah dan hukuman mati terhadapnya.

Dia juga memohon perbicaraan semula bagi mengemukakan bukti penuh berkaitan operasi sulit itu di mahkamah terbuka supaya “keadilan dapat ditegakkan”.

Pengurusan kes ditetapkan pada esok hari.

Azilah mendakwa terdapat keterangan tidak dikemukakan semasa prosiding di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan sebelum ini.

Dalam akuan berkanun (SD) bagi menyokong permohonannya, Azilah mendakwa Najib mengarahkannya “tangkap dan hapuskan” Altantuya, yang menurutnya, diberitahu sebagai “perisik asing” dan “berbahaya kepada keselamatan negara”.

Saya bertanya kepada TPM apa yang dimaksudkan dengan tangkap dan hapuskan perisik asing tersebut dan TPM menjawab, ‘Shoot to kill,’ sambil menunjukkan isyarat memotong leher,” SD itu dipetik.


“Apabila ditanya berkenaan maksud musnahkan mayat perisik asing tersebut, TPM menjawab, ‘Lupuskan mayat perisik asing hilangkan kesan.’”

Azilah juga mendakwa Najib memberitahu supaya “berhati-hati dengan perempuan perisik asing tersebut kerana beliau pandai berkata-kata dan penuh tipu helah — salah satunya adalah bahawa beliau sedang mengandung.”

Azilah juga menjelaskan kenapa beliau baru membuat permohonan menyemak semula kes itu.

Dalam afidavitnya, Azilah berkata, pada awal 2018, dia telah merancang untuk membuat SD itu tetapi menangguhkannya kerana bimbang disalah guna menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14.

“Saya menegaskan di sini bahawa tujuan saya mengemukakan keterangan-keterangan dan fakta-fakta material di atas adalah bukan hanya kerana saya telah dianiaya oleh pihak-pihak berkepentingan tetapi juga bertujuan untuk saya zahirkan perkara sebenar yang telah terjadi di dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu,” katanya.

“Saya juga berharap agar sahabat-sahabat saya di UTK secara khususnya dan PDRM secara amnya berhati-hati dalam menjalankan arahan-arahan yang diberikan supaya kes penganiayaan seperti yang dihadapi saya ini tidak berulang lagi,” katanya.

Jumpa Altantuya di London'

Azilah berkata, dia ada berjumpa Najib di Pekan pada 17 Oktober 2006.

Dakwanya, Najib mengarahkan dia membunuh “perisik asing.”

Dakwanya lagi, perkara itu diulangi Razak Baginda di pejabatnya pada keesokan harinya.

Berdasarkan SD itu, Azilah mendakwa Razak Baginda juga bertanya sama ada dia ingat wanita yang dia dan TPM jumpa di sebuah lobi kondominium di London.
“...saya beritahu bahawa saya tak berapa ingat tentang perempuan tersebut tetapi tugas eskot (mengiring) TPM dan Razak Baginda dari hotel penginapan ke kondominium tersebut saya ingat. Razak Baginda beritahu perempuan itulah perisik asing yang dimaksudkan,” katanya.

Azilah mendakwa selepas dia nampak wanita itu di luar kediaman Razak Baginda di Bukit Damansara kemudiannya, dia ingat pernah bertemuanya bersama Razak dan Najib di kondominium itu.

Najib sebelum ini berulang kali menafikan pernah bertemu dengan Altantuya. Beliau malah bersumpah menafikannya dalam masjid.

Sementara itu, Azilah berkata dia diarahkan, dimaklumkan dan percaya arahan untuk operasi sulit itu datang terus daripada TPM dan melalui aide-de-camp beliau ketika itu, DSP Musa Safri.

Dalam afidavitnya, dia menyebut tiada motif atau sebab untuk membunuh Alatantunya tetapi Najib dan Musa, dakwanya, berkata operasi itu berkaitan keselamatan negara.

“Selepas operasi sulit tersebut dilaksanakan, saya diarahkan untuk memberikan kerjasama di dalam siasatan pihak polis dan saya juga diberikan jaminan oleh DSP Musa bahawa sebarang perkara berbangkit akan dibantu oleh TPM selagi saya tidak libatkan nama baik TPM.”

Dalam afidavitnya, dia juga berkata:

“Pada setiap masa material, saya percaya bahawa saya bertanggungjawab menyimpan segala rahsia berkenaan operasi sulit tersebut dan saya yakin bahawa saya akan dibantu oleh TPM sama ada dengan cara bahawa saya tidak akan dituduh di Mahkamah dan/atau bahawa sebarang isu berbangkit di dalam operasi sulit ini akan diselesaikan.”
‘Maaf, tapi saya tiada pilihan’

Semasa siasatan polis, Azilah berkata pasukan siasatan menyedari “penglibatan” TPM tetapi menafikan maklumat itu datang daripadanya. Katanya, dia mengesyaki maklumat berkenaan diperoleh daripada Sirul.

Antara lain, Azilah dalam afidavitnya mendakwa:
  • Dia menerima arahan lisan, tidak secara bertulis, daripada TPM dan Musa.
  • Dia setuju menjalankan operasi itu atas kepercayaan penuh ia melibatkan keselamatan negara.
  • Dia percaya BN mempunyai kedudukan kukuh dalam kerajaan dan sebarang cubaan untuk mengingkari arahan TPM atau memburukkan namanya dalam kes itu akan menjadi sia-sia dan boleh mendatangkan kesan negatif terhadapnya.
  • Dia bimbang keselamatan diri dan keluarganya dan bimbang perintah hukuman mati terhadapnya dilaksanakan segera.

Katanya, selepas Mahkamah persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dia menelefon Musa tetapi diminta bersabar.

Saya beritahu DSP Musa, ‘Kalau macam ini baik saya bongkar dan beritahu semua.’”

Azilah juga berkata dia melambatkan pemfailan pengampunan kepada Sultan Selangor agar proses pelaksanaan hukuman gantung dapat ditangguhkan.
Bekas polis itu juga memohon maaf atas penglibatannya dalam operasi itu yang “meragut nyawa seorang manusia yang tidak bersalah”.

“Saya dengan rendah diri memohon maaf kepada keluarga Altantuya Shaariibuu di atas apa yang telah terjadi di mana saya tiada pilihan pada waktu tersebut melainkan untuk mematuhi arahan yang diberikan kepada saya dalam menjalankan tugas,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2019 01:59 PM | Show all posts
cerita ni best tapi boleh tak buang format2 size font tu sis.. rengsa akak nak baca sampai habis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2019 01:59 PM | Show all posts
mesmerize replied at 16-12-2019 01:59 PM
cerita ni best tapi boleh tak buang format2 size font tu sis.. rengsa akak nak baca sampai habis

tgh edit..pakai pc mmg problem skit
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 02:02 PM | Show all posts
Boomibulat replied at 16-12-2019 01:59 PM
tgh edit..pakai pc mmg problem skit

thanks .. baru la segar bijik mata akak membacanya..
wow panas ni.. abisla najib bosskur kalau betul dia buat camtu .. whyyy
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
yess.  kupas kupas.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2019 02:04 PM | Show all posts
Ini semata-mata rekaan, kata Najib

News  |  Diterbitkan Hari ini 1:59 tengahari  |  Dikemaskini Hari ini 1:59 tengahari

Najib Razak menafikan dakwaan bekas anggota pasukan khas pasukan polis (UTK) Azilah Hadri bahawa dia yang mengarahkan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Bercakap kepada Malaysiakini, bekas perdana menteri juga mempersoalkan mengapa maklumat itu hanya timbul lebih daripada 10 tahun selepas pembunuhan warga Mongolia itu pada tahun 2006.


Dia mendakwa bahawa ini mungkin komplot oleh pentadbiran Pakatan Harapan untuk mengalihkan perhatian orang ramai daripada kelemahan pentadbirannya.


"Ini semata-mata rekaan oleh mereka yang terdesak untuk mengelakkan diri daripada tali gantung.

"Kenapa maklumat ini tidak keluar sebelum ini, tetapi hanya sekarang selepas lebih satu dekad selepas kematiannya dan hanya selepas 19 bulan PH berkuasa? " soalnya.

"Saya percaya ini adalah perjanjian antara kerajaan PH Harapan dan Azilah, yang menjanjikan hukuman mati itu akan dimansuhkan atau ditangguhkan sebagai balasan. Ini adalah percubaan untuk mengalih perhatian dan menyerang saya," katanya.


Najib juga mengekalkan pendiriannya bahawa dia tidak pernah berjumpa dengan Altantuya walaupun Azilah mendakwa sebaliknya dalam akuan berkanunnya (SD).


Selain itu, bekas perdana menteri berkata berkata sesiapa sahaja boleh membuat SD terutamanya jika orang itu menunggu hukuman mati.

"Sekiranya kamu percaya SD itu maka kamu juga harus mempercayai SD terbaru yang dibuat terhadap PM ke-8," katanya merujuk dakwaan salah laku seksual terhadap presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Sambil mengekalkan pendiriannya bahawa dia tidak bersalah, bekas perdana menteri itu juga mengalu-alukan polis membuka siasatan semula mengenai tuduhan terbaru itu dan menyatakan bahawa laporan Malaysiakini awal tahun ini juga pernah memetik sumber polis sebagai berkata tidak ada bukti yang menghubungkannya dengan mana-mana pembunuhan berprofil tinggi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-12-2019 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadinya pemimpin Malaysia ni terdiri daripada pembunuh. ...pemburit. ...penipu. ..semua cukup. ..
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Thread seru keluar gua ke ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2019 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau spy memang la kena bunuh
Ramai spy pula berlagak biasa
Mcm mak cik kanteen la, jual bunga la ....
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
mesmerize replied at 16-12-2019 02:02 PM
thanks .. baru la segar bijik mata akak membacanya..
wow panas ni.. abisla najib bosskur kalau be ...

Jangan menangisi benda yang belum pasti dek, kalau dia dan seorang lagi tu betul2 bersalah mereka wajar menerima hukuman yang setimpal. Jika tidak semoga mereka dapat keadilan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
checkmate dah untuk kau najib

hukuman gantung sampai mati menanti kau
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Padu najib bagi sedas....

Sekiranya kamu percaya SD itu maka kamu juga harus mempercayai SD terbaru yang dibuat terhadap PM ke-8," katanya merujuk dakwaan salah laku seksual terhadap presiden PKR, Anwar Ibrahim.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
death penalty dah ni untuk najib
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 02:12 PM | Show all posts
aku percaya polis tu.. sekian...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
siap la ko najib
tali gantung menanti engkau
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye laa...

Tapi aku pun pakai uniform...selalu kena bagi alasan atas tugas negara bila atasan kasik kerja pelik pelik..

Tak adanya dua anggota UTK ni nak pi bunuh pompuan Mongolia ni saja saja.... Buat apa?  Sapa bagi arahan???   

Awam aku tak tahula....tapi bagi kami yg kerja pakai baju hijau dan biru ni...macam pelik dan tak logik sesangat.... 2 anggota UTK yg tengah prime dalam kerjaya pergi suka suka bunuh orang mongolia. Macam sekarang ni semua nak kasi tao UTK 2 orang ni pi bunuh orang tanpa arahan... susahhhhhh woooo nak hadam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2019 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
boleh tangkap dah suspect yakni najib..reman Kat sg buloh..tak boleh jamin...kes bunuh ni... mana boleh jamin
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Knights replied at 16-12-2019 02:12 PM
death penalty dah ni untuk najib

Belum apa2 dh death penalty...kot ye pn agak2 lh sikit
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 02:17 PM | Show all posts
PristineOne replied at 16-12-2019 02:15 PM
Ye laa...

Tapi aku pun pakai uniform...selalu kena bagi alasan atas tugas negara bila atasan kasi ...

kitorang yg tak pakai uniform ni pun boleh fikir secara logic yg menda tu tak masuk akal..
takde arahan tetiba nak tembak org.. aku kesian kat polis ni.. mesti dia tak sangka atlast dia ke tali gantung..
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 02:18 PM | Show all posts
berita happy utk mahacai.... hahahah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:29 PM GMT+8 , Processed in 0.096944 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list