CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2674|Reply: 11

Prosedur nikah

[Copy link]
Post time 29-12-2019 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Nak tye klaw lelaki tu org labuan nak nikah dengan org kelantan , mcm mne prosedur dy ? Utk yg lelaki mohon bgy penjelasan .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2019 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols ada biz partner miri, wife kelantan
Selamba je sebulan 3 kali balik machang
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2019 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Ahaa.. i dah lama kawin mungkin tak updated. Kalau tak silap flow dia

1) Laki mintak kebenaran nikah di luar mukim (labuan)
2) Isi borang nikah dkt kelantan, attach kebenaran dari labuan
3) deal dgn tok kadi kelantan nak nikah bila
4) akad nikah
5) kawin!!

Tanya pejabat agama dokumen yg perlu.. selamat berkahwin.

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2019 02:25 AM From the mobile phone | Show all posts
starbug7 replied at 29-12-2019 08:59 PM
Ahaa.. i dah lama kawin mungkin tak updated. Kalau tak silap flow dia

1) Laki mintak kebenaran ni ...

Masih inilah prosedurnye
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2019 04:04 AM From the mobile phone | Show all posts
starbug7 replied at 29-12-2019 08:59 PM
Ahaa.. i dah lama kawin mungkin tak updated. Kalau tak silap flow dia

1) Laki mintak kebenaran ni ...

Tapi kalau laki tu tinggal di kl. Boleh je minta kebenaran nikah luar kawasan dari jawi..xsemestinya kena minta dari tempat asal iaitu labuan..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2019 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
ResellerMaxis replied at 30-12-2019 04:04 AM
Tapi kalau laki tu tinggal di kl. Boleh je minta kebenaran nikah luar kawasan dari jawi..xsemestin ...

Tak ingat dah kenapa somi mintak kat kampung dia.. weols duk jauh dari kampung masing2..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2019 11:45 AM | Show all posts
Edited by chinta89 at 30-12-2019 11:52 AM

@starbug7 dh jawab tu.

Btw, bila berlakunya perkahwinan antara negeri yg berbeza, perkara ptma kena buat ialah pihak lelaki perlu mohon "kebenaran kahwin di luar mukim". setiap negeri berbeza sikit prosedurnya krna urusan nikah kawin ni terletak di bawah kerajaan negeri. Jadi, minta pihak lelaki pegi pjbt agama atau call pjbt agama negeri dia di Labuan sana, tanya sama ada permohonan nikah luar mukim ni kena apply isi borang atau dh kena isi online? kalau isi borang, make sure dia ambik borang dan isi. Kalau kena isi online, minta pihak lelaki isi online. Sebelum isi (borang @ online), both of u kena hadir Kursus Perkahwinan dan jugak buat Ujian HIV di mana2 Klinik Kesihatan Kerajaan. (Hospital biasanya x buat ujian HIV, better call dulu klinik yg chuols nk pegi tu, mungkin lain negeri lain prosedurnya). Sb, nt nak isi borang, uols kena tulis nombor sijil kursus dan jgk kena hntr borang tu beserta ujian HIV. Tanpa dokumen ni (dan jgk dokumen lain-kena tanya pjbt agama negeri lelaki, dokumen ape yg perlu attach), borang uols x boleh proses. Sblm buat ujian HIV, uols kena ambik borang ujian HIV di di pejabat agama.

Sy tekankan di sini, borang nikah tu kalau kena isi secara :
Borang : Minta pengantin lelaki pegi pjbt agama, ambik borang HIV. Lps tu g klinik, buat ujian HIV. Kjp je buat ni kat klinik.
Online : Minta pengantin lelaki print Borang Ujian HIV di laman web pjbt agama. x perlu dh pegi pjbt agama.

Oleh itu, ptg utk tahu, di negeri si lelaki, borang nikah tu kena ambik di kaunter pjbt agama atau online?

Nota : Borang HIV ni biasanya tak disediakan di klinik kerajaan. dan wajib buat test HIV di klinik kerajaan sahaja. Tak boleh klinik swasta.
Nota lagi : sesetengah pjbt agama yg guna sistem online, masa nk isi borang, nk attach gmbr pengantin. So, please ambik gmbr terbaru, ambik softcopy dari kedai. Sesetengah kedai x bagi softcopy. Lelaki kena bersongkok, prmpuan bertudung. WAJIB bersongkok n bertudung.


Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2019 11:58 AM | Show all posts
make sure lps siap isi borang dan dokumen semua lengkap, print borang n ata ke pjbt agama tempat si lelaki td di Labuan. Check btl2 n ikut checklist mcm pjbt agama suruh lengkapkan tu.

Ada kena byr, bayarlah. Then, borang tu pjbt akan semak dlu. Masa ni, envelope HIV yg seal td, akan dibuka. kalau takde mslh, pihak pjbt agama akan return balik borang td beserta Surat Kebenaran Nikah Di Luar Mukim (lbh kurang gtu la nama dia).

Pihak Lekaki boleh la nk buat satu salinan dokumen2 tadi, sblm pihak lelaki bg borang tu kat pihak prmpuan. Sbg simpanan kot ada apa2 mslh nt (lagipun biasanya mmg ada pjbt agama minta buat salinan).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2019 12:05 PM | Show all posts
Settle pihak lelaki, habis lah kerja si lelaki.

Skg, chuols prmpuan plk kena isi online. Start November 2019, Kerajaan Kelantan dah wajibkan isi borang nikah by online. Takde dh kena ambik borang di kaunter.

Nota : Isi online ni jgn terlalu awal dari tarikh nikah, sb keputusan HIV hanya valid 3 bulan shja (boleh tanya klinik utk kepastian. Sb, kalau dh lbh 3 bulan, kena buat ujian balik. Dan, pihak lelaki pun kena isi balik borang kebenaran nika di luar mukim,x psl2 kena pegi labuan balik.. Sb, bukan boleh main replace je borang HIV tu. Borang kan bercetak komputer, dan ada nombor siri. Jika pjbt agama check no siri dlm sistem berlainan ngn apa dokumen yg uols tunjuk pada hari akad nikah, nt timbul mslh.

Sb tu, isi borang nikah ni dia ada tempoh dia. X silap tempoh 3 bulan sblm tarikh akad nikah (tp rasanya lbh dari tu, kena tanya pjbt agama Kelantan). Relevannya tempoh tu sb ujian HIV hanya valid 3 bulan shaja.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2019 12:14 PM | Show all posts
Masa isi online, cari kat mana manual cara isi. tgk maklumat apa dia nak, then isi, pastikan semua maklumat diisi lengkap. Tak ada butang save ye, if u x ada maklumat yg dikehendaki, maka uols tpksa cari dlu maklumat yg u nak, baru dpt isi balik. Sb online permohonan nikah utk negeri Kelantan masih baru, x ada butang save.

Cth, dia nk nama saksi 2 org. U kena ada siap2 nama penuh saksi, ic, alamat, nombor telefon.

u cari maklumat siap2. Kalau tak, u kena isi balik borang tu dari awal (sb x ada butang save), x tau lah skg kot dh ada hehe.

Lps siap isi semua, print.

Pegi pjbt agama, hantar Borang Kebenaran Nikah Luar mukim yg pihak lelaki dh siap td. Hntr bsama Borang Nikah pihak prmpuan. Ada byrn dikenakan dlm RM120++ dan jgn lupa bwh ujian HIV, ic saksi, wali etc (rujuk checklist pjbt agama Kelantan).

Stand by gmbr pasport lelaki 2 keping bersongkok. Gmbr uols bertudung 2 keping bertudung.

Pjbt agama akan bg semula borang2 tadi utk uols bawak balik. Hantar ke Penolong Pendaftar (Imam Tua) masjid yg uols pilih masa akad nikah.

Cth, u duduk Kuala Krai. Masa u isi online, u kena pilih mukim mana. Katakanlah u pilih Mukim Masjid XYZ, so borang td u kena serah kat Imam Tua masjid XYZ beserta gmbr pasport td. Maklum kpd dia tarikh nikah sekian2, dan nk mudahkan urusan, ambik no fon tok imam.


SETTLE.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2019 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
chinta89 replied at 30-12-2019 12:14 PM
Masa isi online, cari kat mana manual cara isi. tgk maklumat apa dia nak, then isi, pastikan semua m ...

Terima kasih ..
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2020 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
starbug7 replied at 29-12-2019 08:59 PM
Ahaa.. i dah lama kawin mungkin tak updated. Kalau tak silap flow dia

1) Laki mintak kebenaran ni ...

I kawen 3 tahun lps pon cmni lagiiii prosedur nye
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:52 PM GMT+8 , Processed in 0.064513 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list