Musim sejuk kebiasaannya turut diikuti dengan penurunan salji di kota Moscow, Rusia.
Namun, berbeza pula kali ini apabila 'suhu yang lebih panas' melanda musim sejuk di kawasan itu tahun ini sehingga menyebabkan pihak berkuasa terpaksa membuat salji tiruan.
Ia bertujuan menaikkan semangat dan keceriaan orang ramai.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201912/30/180300hqpq94p97p9o14dp.jpg) Kredit foto: mariksa_10/Instagram
Memetik laporan Metro UK, ibu kota Rusia itu mencatatkan suhu sekitar 5.6 darjah celcius hingga 6.5 darjah celcius pada Disember menjadikan ia sebagai musim sejuk 'paling panas' sejak 1886.
Secara puratanya, suhu di kota itu pada bulan Disember adalah sekitar -6 darjah celsius dan salji akan memenuhi segenap ruang.
Menerusi gambar yang dikongsikan di Instagram, suasana suram dapat dilihat di Kremlin.
"Itulah semua salji di Moscow," tulis pengguna internet itu. - CARI |