CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Noraniza_Iblis

Tiada bacaan Doa Qunut di negeri Perlis

  [Copy link]
Post time 2-1-2020 08:36 AM | Show all posts


So soalan aku nk tanya.. Doa qunut ni boleh optional ke?
atau sunat shje?
ade sorg mmber aku lak ckp.. kite mazhab shafie, perlu baca doa qunut..
hbs tu Perlis tu guna mazhab mane?
so sape2 yg arif..bg la penerangan.. utk aku..


Dalam mazhab Shafi'i, qunut dalam Solat subuh adalah sunat. Ada juga pendapat dalam kalangan ash-shfi'iyyah yang menyatakan sunat muakkad (yang dituntut), justeru kalau terlupa disunatkan sujud sahwi. Masih lagi sunat... kalau terlupa qunut dan juga terlupa sujud sahwi pun tetap sah solat.

Mazhab-mazhab ahli sunnah yang lain (Hanafi, Maliki, Hambali) mengambil hukum sunat qunut dalam solat, pada waktu-waktu tertentu, bukannya sebagai kebiasaan.

WAllahu a'lam

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2020 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
mnm77 replied at 2-1-2020 08:12 AM
Salam... bab ni memang agak mengelirukan kalau cakap ringkas.... Dalam hadith pun ada Nabi ber Qun ...

Tapi para ulama dari 4mazhab tu pun ada kata...klu ada jumpa hadis & ayat al-quran yg lebih jelas dari pendapat dorang....tinggalkn pendapat dorang & ikut hadis &,al-quran yg lebih sahih....

Nabi memang ada baca doa qunut...tapi ada pendapat kata masa peperangan je ...
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2020 09:14 AM | Show all posts
Edited by mnm77 at 2-1-2020 09:18 AM
jazaa100 replied at 2-1-2020 08:50 AM
Tapi para ulama dari 4mazhab tu pun ada kata...klu ada jumpa hadis & ayat al-quran yg lebih jelas dari pendapat dorang....tinggalkn pendapat dorang & ikut hadis &,al-quran yg lebih sahih....

Betul...

Dalam isu ni bukan sahih atau tak sahih, tapi kaedah mengeluarkan hukum dari hadith sahih, juga boleh berlaku ikhtilaf (perbezaan).

Nabi memang ada baca doa qunut...tapi ada pendapat kata masa peperangan je ...

Khilafnya.... disunatkan waktu musibah besar seperti pembuhunan umat Islam, atau disunatkan kerana musibah juga banyak berlaku dalam umat setelah qurun yang 3 terbaik berlalu....


Sahih Bukhari, diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA meriwayatkan bahawa:
أَنَّ رِعْلاً، وَذَكْوَانَ وَعُصَيَّةَ وَبَنِي لَحْيَانَ اسْتَمَدُّوا رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَلَى عَدُوٍّ، فَأَمَدَّهُمْ بِسَبْعِينَ مِنَ الأَنْصَارِ، كُنَّا نُسَمِّيهِمُ الْقُرَّاءَ فِي زَمَانِهِمْ، كَانُوا يَحْتَطِبُونَ بِالنَّهَارِ وَيُصَلُّونَ بِاللَّيْلِ، حَتَّى كَانُوا بِبِئْرِ مَعُونَةَ قَتَلُوهُمْ، وَغَدَرُوا بِهِمْ، فَبَلَغَ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم، فَقَنَتَ شَهْرًا يَدْعُو فِي الصُّبْحِ عَلَى أَحْيَاءٍ مِنْ أَحْيَاءِ الْعَرَبِ، عَلَى رِعْلٍ وَذَكْوَانَ وَعُصَيَّةَ وَبَنِي لَحْيَانَ‏.‏
Maksudnya: Bahawasanya Ri’lan, Zakwan, Usaiyah dan puak Lahyan meminta bantuan daripada Nabi SAW untuk menyediakan kepada mereka beberapa orang lelaki untuk memerangi musuh mereka. Maka Baginda SAW menghantarkan kepada mereka tujuh puluh orang lelaki dari golongan Ansar yang dikenali sebagai Al-Qura’ (penghafaz al-Quran). Maka mereka ini membantu untuk mengumpul kayu api pada siang, dan bermunajat kepada Allah pada waktu malam. Ketika mana mereka (golongan Ansar) sedang berada di lembah Ma’una, mereka dibunuh dan dikhianati. Apabila berita ini sampai kepada Rasulullah, baginda membaca qunut selama sebulan dalam solat subuh mendoakan (kecelakaan) ke atas puak Al-arab, Ri’lan, Zakwan, Usaiyah dan puak Lahyan.

Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2020 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
mnm77 replied at 2-1-2020 08:24 AM
Tak perlu pelik, kalau ke Makkah menunaikan haji, tiada doa Qunut pun dalam solat Subuh berjemaah. ...

Betul.. Ada juga baca di Mekah dan Madinah pun takde bacaan qunut waktu subuh.. Tak pasti la sebab belum pernah sampai sana.. Satu lagi ada jugak org luar Perlis terkejut lps semayang jemaah lepas bagi salam terus setel takde imam baca doa dan wirid/zikir apa semua.. Doa masing2.. Sama juga kot mcm di Mekah dan Madinah.. Kalau ada yg tau boleh verify..
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2020 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
mnm77 replied at 2-1-2020 08:17 AM
Tak dianjurkan untuk orang awam sebab dikhuatiri akan ikut mazhab ikut nafsu. Untuk yang m ...

Yer betul. Selalunya garis panduan dibuat oleh pakar yg dah mengkaji dalam tempoh yg lama... Tapi kalau sekadar mengikut tanpa memahami tak boleh juga.. Islam sendiri menggalakkan kita menuntut ilmu dan meningkatkan kefahaman. Tapi kefahaman dengan rujukan dan pengesahan kepada dan daripada pakar. Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2020 11:13 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 2-1-2020 11:14 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh



Penjelasan ringkas oleh
Mufti Perlis.

Diharap membantu
dalam soal ini.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-1-2020 11:20 AM | Show all posts
jgn la terkejut..

kat perlis, talkin pun xde tau..

kalau ade kematian, just kebumi pastu setel..

xde talkin2 yg org dok ckp soalan bocor kepada si mati..
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2020 11:21 AM | Show all posts
Edited by mnm77 at 2-1-2020 11:31 AM
Fimie replied at 2-1-2020 10:47 AM
Betul.. Ada juga baca di Mekah dan Madinah pun takde bacaan qunut waktu subuh.. Tak pasti la sebab belum pernah sampai sana..

Ya memang tak ada doa qunut dalam solat Subuh secara kebiasaan...

Satu lagi ada jugak org luar Perlis terkejut lps semayang jemaah lepas bagi salam terus setel takde imam baca doa dan wirid/zikir apa semua.. Doa masing2.. Sama juga kot mcm di Mekah dan Madinah.. Kalau ada yg tau boleh verify..

Pasal doa/wirid/zikir lepas solat, dah memang jelas ada dalam hadith sahih. Cuma yang khilaf adalah samada dianjurkan secara berjemaah secara sendirian (individu). Kebanyakan di Malaysia dan beberapa negara lain, wirid selepas solat untuk galakkan makmum zikir lepas solat.

Di Haramain (Masjidil Haram & Masjidil Nabawi) setiap waktu atau hampir setiap waktu lepas solat fardhu ada solat jenazah, keutamaan diberikan untuk solat jenazah.

Kalau di Masjidil Haram solat tarawih 20 rakaat dengan witir lepas khatam 30 juzuk ada doa panjang secara berjemaah.

WAllahu a'lam


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2020 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Doa Qunut ni sunat yang dituntut setau saya, tapi kalau tak buat pun takpa. Kalau buat amatlah baik.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2020 11:41 AM | Show all posts
Catpaw replied at 2-1-2020 11:39 AM
Doa Qunut ni sunat yang dituntut setau saya, tapi kalau tak buat pun takpa. Kalau buat amatlah baik.

Saudara...

Cuba tengok video di atas
dengan hati terbuka.

Insha Allah,
membantu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2020 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
boca120879 replied at 2-1-2020 11:41 AM
Saudara...

Cuba tengok video di atas

T.kasih, nanti saya tgk ya.

Yang saya ingat penjelasan ustaz Don bagitahu Doa Qunut ni sunat muakkad. Amat dituntut sebab imam syafie buat. Imam syafie ni sekali baca je dia dah ingat, ingatan dia sangat2 baik. Saya nak hurai lanjut tak pandai pula, tapi saya ingat la dia cakap tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2020 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
boca120879 replied at 2-1-2020 11:41 AM
Saudara...

Cuba tengok video di atas

Ok saya dah tengok. Masih sama lagi pemahaman saya cuma ada penambahan ilmu di situ.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2020 11:54 AM | Show all posts
Catpaw replied at 2-1-2020 11:50 AM
Ok saya dah tengok. Masih sama lagi pemahaman saya cuma ada penambahan ilmu di situ.

Walaupun saya tinggal di Selangor,
saya tidak buat Qunut,
sebab saya beramal
berdasarkan hadith2 (sahih/hasan)
yang sedang saya kumpul ini.

Tetapi bila solat di surau atau masjid di sini,
saya ikut imam (baca Qunut).
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2020 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
boca120879 replied at 2-1-2020 11:54 AM
Walaupun saya tinggal di Selangor,
saya tidak buat Qunut,
sebab saya beramal

Seingat sayalah, kata ustaz Don, imam syafie ni keturunan nabi, dia memang dah mahir semua mazhab tengok ajelah baca muka sini belah sana dah hafal, logik je kalau Allah nak beri kelebihan2 tertentu pada orang2 tertentu. Oleh itu eloklah kita ikut sahaja, masa saya tgk kat tv dah lama. Tapi memang ustaz cakap tidak wajib, bukan apa takut ada yg memandai2 kejap ikut mazhab tu kejap mazhab ni sedangkan satu mazhab pun tak mahir lagi dah main tukar2 ikut nafsu nanti dah tak tak betul jalan... sekadar pandangan....
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2020 12:07 PM | Show all posts
Edited by boca120879 at 2-1-2020 12:09 PM
Catpaw replied at 2-1-2020 11:58 AM
Seingat sayalah, kata ustaz Don, imam syafie ni keturunan nabi, dia memang dah mahir semua mazhab  ...

Sebab itu kita kena belajar pasal hadith2 ini,sebagaimana kita kena belajar pasal al-Quran.

Barulah amalan kita terjamin
sebagaimana Hadith Nabi yang berbunyi,

Daripada Abu 'Ashim, daripada Tsaur bin Yazid, daripada Khalid bin Ma'dan,
daripada Abdur Rahman bin 'Amr, daripada 'Irbadl bin Sariah,

"Rasulullah s.a.w. solat Subuh
bersama kami,

kemudian Rasulullah s.a.w. memberikan nasihat
yang sangat menyentuh perasaan
hingga air mata (kami) bercucuran
dan bergetarlah hati- hati (kami),

kemudian seseorang bertanya,
"Wahai Rasulullah s.a.w.,
seakan-akan nasihat ini
adalah nasihat terakhir (yang engkau berikan),
maka berikanlah kami wasiat.

Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Aku wasiatkan kepada kalian
untuk bertakwa kepada Allah s.w.t.

dan selalu mendengar dan ta'at
(kepada para pemimpin),
meskipun dia seorang budak
dari Habsyah,

sesungguhnya barangsiapa di antara kalian yang hidup
setelahku
nescaya dia melihat perbezaan
yang banyak,

maka kalian harus mengikuti sunnahku
dan sunnah Khulafa ar-Rasyidin
yang lurus,

gigitlah dengan gigi geraham kalian
(peganglah dengan teguh),

berhati-hatilah
dengan segala sesuatu yang baru (perkara bid'ah),
kerana sesuatu yang baru
itu bid'ah."

Abu 'Ashim berkata,
"Hendaklah kalian berhati-hati
terhadap perkara-perkara yang baru
(dalam agama),
kerana setiap bid`ah
itu sesat."

(Hadith Darimi no. 95)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)





Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2020 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Setahu aku qunut ni sunat. Xde dlm rukun solat. So still sah walau xbace. Aku mmg xbace qunut ni mase subuh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2020 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko mmg kuo gua...perlis darul wahabi..tadak sambut maulidur rasul..tadak talkin..tadak doa lepas solat berjemaah..tadak tahlil..tadak yasinan..etc

Tak dak usoli klo niat..tadak bismilah..terus alhamdulillah

Sme atas tu bidaah...neraka tempat nya


Tuuu WAHABI..ok? Klo ko nk kaji wahabi vs aswaja..ko cari pak kiyai muhd idrus rami

Dia pakar kaji wahabi..A sampai Z

Tok maza cabut lari bila debat dia...

Taun 1990an PERLIS di cengkam wahabi..sultan jamaludin ikut fahaman ni..tu yg tok maza jadi mufti!

Aswaja hukum depa KHAWARIJ...golongan terkeluar dari ahlul sunnah wal jamaah...ASWAJA

Mazlee tuu wahabi..ustaz fakhrurrazi..dan beberapa lagi...mostly muda muda..wahabi

University Medina ntah kt mana ntah di kolompo tu...wahabi centre..ramai pengajar arab wahabi..ustaz azhar idrus de cite..kne senggol tok arab..ente bidaah..tgh solat tu!!! Kat ganu

Yg aku tau wahabi mkn pesat naik dlm mesia ni..depa target pemerintah..yg ada kuasa tuh

Contoh plg mudah..tok maza tu..

Geng ni nyorok..takkiyah..blakang nama SALAFUSSOLEH..300 taun lepas nabi wafat. Walhal depa original mmg wahabi..malah gilababi

Asal konon madhab hambali....kecikkan jadi ibnu taimiyah dan ibn qayim..kecikkan lagi jadi syeikh abdul WAHAB..kecik lagi ..jadi la gilababi mcm maza n the gang

Alasan mudah..kembali pada quran n sunnah! Itu je depa ulang n ulang..tapi kepala salu togel..esp ustaz mamak depa..ramai mamak

Jaga jaga dua ni..wahabi n syiah!

Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2020 12:31 PM | Show all posts
ajinomotonosuga replied at 2-1-2020 12:19 PM
Ko mmg kuo gua...perlis darul wahabi..tadak sambut maulidur rasul..tadak talkin..tadak doa lepas sol ...

Sunnah siapa yang saudara sedang praktikkan ini?
Penuh dengan
prasangka buruk

Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2020 12:45 PM | Show all posts
meols mmg dh lama tau sbb dgr ceramah kt radio dulu2. tak wajib pn baca doa qunut n if sengaja taknak baca pn takpe. wallahualam. tp klu confuse baca jela. dpt pahala lebih
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2020 12:48 PM | Show all posts
delsmomm replied at 2-1-2020 11:20 AM
jgn la terkejut..

kat perlis, talkin pun xde tau..

btol. kt perak pn takde. tp ikut pak imam jugak kot nk baca ke tak. meols pn tak sure. sbb byk dah pegi tgk org meninggal. takde dah baca talkin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:05 AM GMT+8 , Processed in 0.114915 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list