CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2468|Reply: 11

Nak Panjang Umur? Kena Selalu Pergi Muzium Dan Aktiviti Seni

[Copy link]
Post time 2-1-2020 05:28 PM | Show all posts |Read mode





Tahukah anda mereka yang sukakan seni dan sejarah lebih panjang umur?


Jika sebelum ini kita pernah mendengar aktiviti membaca boleh memanjangkan hayat seseorang, penemuan terbaru yang dilakukan Universiti College London membuktikan bahawa kekerapan melakukan aktiviti seni juga mampu memanjangkan hayat.


Pelik tetapi ia benar.


Walaupun ramai yang mengatakan seni dan sejarah hanya diminati golongan tertentu sahaja, tetapi jika ia mampu menenangkan, apa salahnya kan?


Kajian yang melibatkan seramai 6,710 orang dewasa berusia 50 tahun yang kerap melakukan aktiviti seni termasuk berkunjung ke konsert teater, menonton opera, galeri seni dan pameran antara sekali atau dua kali dalam setahun mempunyai risiko meninggal dunia 14 peratus lebih rendah berbanding mereka yang tidak pernah mengambil bahagian dalam aktiviti seni.


Kredit foto: Google




Penemuan terbaharu itu diterbitkan The British Medical Journal (The BMJ) yang mengambil kira pelbagai faktor dan mengesahkan aktiviti menonton konsert teater juga antara satu cara meningkatkan kesihatan mental.



Lebih menarik, hasil kajian juga menunjukkan semakin ramai yang terlibat dengan seni, semakin rendah risiko kematian mereka.


Kredit foto: Google



Kelebihannya bukan sekadar memanjangkan hayat, tetapi penyelidik mengemukakan teori bahawa seni mengurangkan kesepian dan mengurangkan perilaku risiko negatif.



Wah! Siapa sangka, seni dan sejarah boleh meningkatkan kesejahteraan fizikal dan mental, termasuk kemurungan, demensia dan juga penyakit kronik.



Kredit foto: Google




Jadi, tidak salahlah ambil tahu tentang dunia seni hiburan dan juga sejarah ya. Tahun 2020 baru sahaja bermula, bolehlah aturkan lokasi muzium atau konsert untuk dihadiri.



Secara tidak langsung, ia boleh menambah pengalaman dan juga kenalan. Jadi, tidak hairanlah ianya boleh mengelakkan kemurungan atau kesepian. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2020 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka, jer p muzium
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2020 12:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Pencinta seni is setuju
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2020 09:14 AM | Show all posts
best gak konsert selalu kalau mampu dgn harga seat nya .. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2020 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Hobi yg menenangkan....
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2020 02:18 PM | Show all posts
hari tu baru aja pergi muzium di Kuching, Sarawak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2020 05:28 PM | Show all posts
Ikut individu itu sendiri kalau itu minatnya pasti ia akan bagi kenangan dengan cara tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2020 03:01 PM | Show all posts
memang rajin g muzium..rasa best dengan suasana dalam muzium tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2020 04:18 PM | Show all posts
night at the museum


btw hjg mgu nk pi muzium kt sarawak
sape pnh pi cer share how 2 get there
what can i expect from the museum itself

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2020 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
tengok kat youtube jah kira boleh tak. iols tak mampu la nak pergi tengok live depan mata. gituhh
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2020 08:47 AM | Show all posts
ikut minat masing2 jugak
kalau x minat cam ner
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2020 01:37 PM | Show all posts
menarik kerana ini merangsang hormon yang baik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 09:17 PM GMT+8 , Processed in 0.068773 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list