CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4338|Reply: 17

Misteri Personaliti Mollie Fancher Yang Membingungkan!

  [Copy link]
Post time 7-1-2020 10:26 PM | Show all posts |Read mode
Mollie atau nama sebenarnya Mary J Fancher lahir di Massachuesetts, Amerika Syarikat pada 16 Ogos 1848, sebelum berpindah dan membesar di Brooklyn, New York.

Pada bulan Mei 1864, berlaku kemalangan apabila Mollie terjatuh dari kuda yang ditunggangnya. Kepalanya terhantuk pada batu dan tulang rusuknya patah.

Sepatutnya Mollie boleh sembuh sepenuhnya daripada insiden jatuh kuda itu. Malangnya, belum hilang trauma kemalangan pertama, sekali lagi isniden buruk menimpa pada tahun berikutnya.

Pada Jun 1865, ketika dalam perjalanan pulang setelah membeli kelengkapan perkahwinan, Mollie terlibat dalam kemalangan sekali lagi.

Bajunya tersangkut pada kereta kuda dan dia diseret diatas jalan. Akibatnya, Mollie pengsan dan tulang rusuknya patah lagi.

Kesan kemalangan kedua lebih teruk. Mollie tidak mampu bangun dan hanya terbaring diatas katil. Keadaan itu menyebabkan kekasihnya membatalkan perkahwinan merek





Misteri bermula
Selepas kemalangan kedua, beberapa perkara pelik mula berlaku. Paling pelik, Mollie tidak menjamah sebarang makanan tapi tubuhnya masih boleh bertahan.

Dikatakan, Mollie tidak menjamah sebarang makanan selama tujuh minggu. Doktor yang memeriksa keadaan Mollie turut merasa pelik.

Bagaimana tubuhnya masih mampu bertahan tanpa makanan dalam jangka masa yang agak lama?

Misteri keadaan Mollie mula diperkatakan antara tahun 1866 hingga 1875. Antara waktu itu, kebanyakan masa Mollie hanya berbaring dengan tangannya diletak diatas dahi, kakinya dibengkokkan dan matanya tertutup.

Yang peliknya, dalam keadaan begitu, Mollie masih mampu menulis sebanyak 6,500 surat, menjahit sulaman, menulis diari dan menghasilkan bunga lilin.

Jumlah itu terlalu banyak untuk seseorang yang terlantar dengan hanya sebelah tangan boleh digerakkan.





Misteri kuasa ghaib
Kisah Mollie bukannya popular kerana mampu hidup tanpa makanan dalam masa yang lama, namun kerana dia mendakwa mampu membaca sesuatu dari jauh, membaca minda orang lain dan meramalkan perkara yang akan berlaku,

Kebolehan Mollie menjadi bualan hangat dan dia dikatakan mempunyai kuasa ghaib. Sekelip mata, kisah Mollie menjadi popular sehingga digelar sebagai 'Broklyn Enigma'.

Mollie disebut-sebut sebagai gadis yang mengalami kemalangan tragik, namun bertukar menjadi ajaib.

Walaupun hanya terlantar diatas katil, semua kebolehan luarbiasa Mollie bukannya sesuatu yang dimiliki sebelum dia ditimpa kemalangan.

Keadaan itu berterusan selama sembilan tahun sehinggalah pada suatu hari, Mollie tiba-tiba koma.

Apabila sedar, Mollie kelihatan terpinga-pinga melihat orang disekelilingnya. Memori Mollie setelah sedar dari koma sama seperti 10 tahun lalu!

Bila ditanya, Mollie langsung tidak ingat apa yang berlaku sepanjang 10 tahun itu, termasuklah tulisan dan barangan yang dihasilkannya.


The Third Eye
Kemudian, muncul pula kebolehan baru. Kadangkala tanpa sebab, tiba-tiba mata Mollie menjadi 'buta', kononnya ketika itu adalah waktu dia 'melihat' sesuatu dari jarak jauh.

Gambaran yang muncul dalam kepalanya adalah tentang kejadian sesuatu perkara yang akan berlaku ditempat lain. Dalam dunia mistik, kebolehan Mollie disebut sebagai The Third Eye (mata ketiga).

Mollie mampu 'mengembara' jauh beratus-ratus kilometer melalui mindanya dan kebanyakan apa yang diberitahu Mollie memang berlaku.

Mollie juga boleh membezakan warna dalam gelap, mampu menemui barang yang hilang, boleh menjangkakan petir yang akan melanda beberapa jam sebelum ia berlaku, mampu membaca buku dan surat tanpa melihatnya dengan hanya meraba jarinya diatas tulisan tersebut dan Mollie boleh tahu siapa yang datang sebelum pintu dibuka.

Kebolehan luarbiasa ini membuatkan Mollie bertambah popular.

Dia dikunjungi ramai pihak termasuklah doktor, saintis, penyair, penulis, termasuk paderi yang cuba mencari jawapan apa yang sebenarnya terjadi, namun gagal menghuraikan bagaimana Mollie mendapat kebolehan itu.


Kekeliruan identiti


Suatu hari pada tahun 1887, Mollie terjatuh dari katil dan kepalanya terhantuk.

Beberapa hari kemudian ketika rakannya datang berziarah, Mollie bertanya, "Awak siapa?" kepada rakannya tadi. Suaranya juga berubah.

Disini bermula pula cerita baru. Personaliti Mollie mula berubah-ubah. Doktor menyebutnya sebagai 'kekeliruan identiti'.

Sepanjang pemerhatian mereka merawat Mollie, ada lima personaliti berbeza dalam dirinya.

Watak pertama digelar sebagai 'Idol' yang bersifat agresif.

Watak kedua ialah 'Rosebud' yang sifatnya seperti kanak-kanak berusia enam tahun.

Kemudian watak ketiga, 'Pearl' yang digambarkan sebagai seorang wanita elegan yang suka menulis puisi.

Selepas itu watak keempat, 'Ruby', yang digambarkan seorang yang bersifat tomboi dan pemarah.

Dan watak terakhir, 'Sunbeam', yang dilihat lebih mendekati personaliti sebenar Mollie.





Kuasa Misteri Menghilang

Pada tahun 1890, tahap kesihatan Mollie semakin baik. Dia juga sudah mampu menggerakkan tangan dan bahagian atas badannya, malah dia sudah boleh makan dan minum seperti orang normal.

Peliknya, apabila kesihatan Mollie semakin baik, kebolehan ajaibnya terutama dalam psikik kian menurun dan berkurangan.

Pun begitu, Mollie meneruskan hidup dengan dunianya sendiri. Pada 3 Februari 1916, Mollie menghembuskan nafas terakhir pada usia 68 tahun.

Dan misteri yang hadir dalam hidup Mollie kekal menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini.


Credit: SentiasaPanas


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2020 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Sian nye la si mollie ni. Jatuh berkali2 smpi tahap majlis kawin pn putus.
Ni baru btl sudah jatuh di timpa tangga. Ke sudah jatuh kuda kekasih lari jua. Aik
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2020 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Jin le tu merasuk dlm tubuh.. 3rd eye tu, sure dia melihat dari kacamata jin..
Aku masih ingat lagi, circa ujung 90-an atau awal 2000 , ada sorg budak pompuan ni naik moto. Pastu eksiden terlanggar tiang lampu. Bila sedar dari pengsan/koma?  dia cakap korea. Peliknya, mak nya bertanya dlm loghat terengganu (kes di Terengganu), tapi dijawab dlm bahasa yg tak difahami oleh family dia. Pas beberapa hari cari translator, baru depa tau dia cakap bahasa korea. Tak silap aku, beberapa minggu pas tu, dia normal balik.
Aku dok cari lama dah berita ni online tapi tak jumpa2 lagi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2020 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts
najib888 replied at 8-1-2020 12:07 AM
Jin le tu merasuk dlm tubuh.. 3rd eye tu, sure dia melihat dari kacamata jin..
Aku masih ingat lagi ...

Ha'ah la saya pnah baca jgk kes tu.. tp pstu x tau ape update ttg bdak tu kan. Umur brpa dh bdak tu skang eh.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2020 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Nanti nak baca
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2020 05:57 AM From the mobile phone | Show all posts
najib888 replied at 8-1-2020 12:07 AM
Jin le tu merasuk dlm tubuh.. 3rd eye tu, sure dia melihat dari kacamata jin..
Aku masih ingat lagi ...

jin kpop???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2020 05:58 AM From the mobile phone | Show all posts
kadang2 terlalu banyak kebolehan pon akhirnya menyusahkan diri sendiri.
kesian dia..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2020 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Wah..best..nnti update lg tt cter2 mcm ni..
Agaknya sbb byk kali kena dkt kpala..so mcm2 mnda pelik jd..kacau..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2020 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
najib888 replied at 8-1-2020 12:07 AM
Jin le tu merasuk dlm tubuh.. 3rd eye tu, sure dia melihat dari kacamata jin..
Aku masih ingat lagi ...

Dalam thread doctor ipes2 ada pernah bincg ttg Broca area dlm otak.
Broca ni utk bahasa dan pertuturan.

Ada bbrapa kes mcm yg awak sebut ni,lepas eksiden tiba2 bleh ckp france, boleh ckp bhsa lain
Mgkin perlangaran trauma yg kena effect area tu.


Tp mcm kes mollie mgkin ada bercampur dgn makhlul halus
Wallahua'lam


Kalau ada gmbr hasil sulaman mollie kan best
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2020 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
jin............
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2020 09:38 AM | Show all posts
najib888 replied at 8-1-2020 12:07 AM
Jin le tu merasuk dlm tubuh.. 3rd eye tu, sure dia melihat dari kacamata jin..
Aku masih ingat lagi ...

budak noraini tu ker? yang eksiden pas dia sedar tu dia bleh cakap korea?

ni link dia.. kisah noraini
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2020 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Nice info TT
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2020 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
kurga replied at 8-1-2020 09:38 AM
budak noraini tu ker? yang eksiden pas dia sedar tu dia bleh cakap korea?

ni link dia.. kisah n ...

Thanks.. tapi ni kes agak baru, 2012.. yg saya penah baca dulu, ketika tu antara asasi dan dah masuk Universiti, 1998-2002..  
cerita norani ni almost sama macam yg saya baca.

mandela effect ke apa ni? Hehehehe..

Macam kes Noraini ni, apa pandangan forumer semua?
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2020 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian sedih kisahnya. Sheols bujang sampai ke sudah ker
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2020 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada movie tak
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2020 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
maksudnya mollie ni dah berjaya buka her unconscious mind. Bila dia bangun and conscious balik, unconscious mind dia tutup balik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2020 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat movie best ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2020 12:46 AM | Show all posts
Hairan bin ajaib...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.246951 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list