Kredit Foto : The return of "Detective Conan" leads to nostalgia, news.cgtn.com
Pernahkah anda menonton Detective Conan? Tak dapat dipastikan sama ada anime bersiri daripada Jepun ini terkenal di Malaysia atau tidak. Pada satu ketika, Detective Conan pernah mendapat sambutan hangat di Malaysia dalam kalangan budak-budak. Episod bersiri anime ini biasa ditayangkan di TV3, berdurasi selama 30 minit. Anime ini juga biasa ditayangkan di Astro Ceria, saluran 611 bagi anda yang melanggan Astro.
Detective Conan mengisahkan tentang seorang pelajar sekolah menengah berusia 17 tahun, Shinichi Kudo yang juga merupakan seorang detektif yang terkenal di Jepun. Pada suatu hari, dia ditimpa malang apabila dia dipaksa untuk menelan sebutir pil, yang diberi nama APTX4869, oleh dua orang lelaki berbaju hitam, yang juga merupakan ahli organisasi baju hitam yang bergerak secara rahsia. Ini mengakibatkan dia bertukar menjadi seorang kanak-kanak berusia 7 tahun. Dia dipukul di kepala sebelum itu, dan dua lelaki tersebut menyangka dia telah mati apabila menelan pil tersebut.
Ahli organisasi baju hitam; dari kiri; Vodka, Vermouth, Gin, Chianti dan Korn, bersama ahli-ahli bawahan organisasi tersebut
Kredit Foto : Black Organization, detectiveconan.fandom.com
Demi menyembunyikan identitinya daripada diketahui oleh organisasi baju hitam tersebut, dia terpaksa menyamar dengan menggunakan nama Conan Edogawa, dan identiti dia dirahsiakan daripada semua orang, termasuk teman wanitanya kini, iaitu Ran Mouri. Hanya segelintir sahaja yang mengetahui identitinya, dan salah seorang ialah profesor yang menetap di sebelah rumahnya, iaitu Profesor Agasa.
Dia terpaksa tinggal bersama Ran dan bapanya, Kogoro Mouri di kediaman mereka. Seiring dengan itu, dia berjaya membantu Kogoro yang juga merupakan seorang detektif persendirian untuk menyelesaikan pelbagai kes, di samping berjaya merungkai sedikit demi sedikit misteri organisasi baju hitam yang diburunya, ahli yang aktif serta objektif sebenar organisasi tersebut.
Conan Edogawa bersama 'kakak angkatnya' yang juga merupakan teman wanitanya sebagai Shinichi Kudo, Ran Mouri bersama watak lain yang membantu menghidupkan jalan cerita anime ini
Kredit Foto : Detective Conan: The Lost Ship in The Sky Manga Release Date, animematch.com
Bagi penulis, karya Detective Conan agak underrated, bermakna orang kurang ambil tahu/menonton/membaca. Tidak kira di televisyen, mahupun komik, melalui manga Case Closed. Hakikatnya, di negara seperti Amerika, Detective Conan kurang diminati oleh kanak-kanak di sana. Kenapa? Sebab culture di dalam anime ini sendiri yang tidak sarat dengan aksi, sebaliknya penuh dengan misteri dan minta penonton atau pembaca untuk berfikir. Kanak-kanak tidak gemar untuk berfikir, sebaliknya inginkan anime yang penuh dengan aksi, superpower, serta wujudnya hero yang baik dan lawan yanga jahat seperti anime Naruto dan Dragon Ball yang cukup terkenal.
Mungkin pendapat orang berbeza, tetapi bagi saya yang sangat mementingkan storyline dalam sesebuah cerita, Detective Conan deserves more. Jalan ceritanya sangat berkualiti. Gosho Aoyama memperkenalkan setiap watak dengan cara yang menarik dan tersusun. Saya cukup tertarik dengan rivalry yang ditunjukkan antara Conan/Shinichi dengan organisasi baju hitam. Walaupun ahli-ahli yang tertinggi dalam organisasi itu sudahpun dikenali seperti Gin, Vodka, Vermouth, Chianti, Korn dan Rum, Conan masih lagi buntu dalam mencari cara untuk membawa mereka ke pihak berkuasa Jepun. Taktik mereka yang sangat licik dalam melakukan jenayah membuatkan mereka tidak dapat dikesan.
Rivalry Antara Conan Edogawa/Shinichi Kudo dengan Organisasi Baju Hitam (The Black Organization)
Kredit Foto : Detective Conan - Detective Conan Image (27935419), fanpop.com
Kita sudah masuk tahun 2020, dan Detective Conan sudah pun mempunyai 965 episod, 1036 chapter untuk komik/manga, dan mempunyai 23 buah filem secara keseluruhan. Bagi anda yang sudah lama tidak menonton Detective Conan, saya cadangkan anda untuk menontonnya semula. Jalan ceritanya semakin lama semakin menarik, semakin banyak konflik dan semakin banyak misteri. Conan sudah dapat meneka identiti bos kepada organisasi hitam ini, dan bersedia untuk satu perhitungan terakhir. Jangan lepaskan peluang anda! - CARI |