CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31461|Reply: 257

Nabila-Sharnaaz tak usaha selamatkan perkahwinan

  [Copy link]
Post time 16-1-2020 12:54 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 16-1-2020 12:57 PM

'Saya dah tawar hati'


“SELAMA setahun prosiding perceraian ini berlangsung, saya tak nampak usaha dia untuk selamatkan perkahwinan kami,” kata Noor Nabila mengenai sebutan kes perceraian dengan suaminya yang juga pelakon popular Sharnaaz Ahmad, hari ini.

Prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan itu menyaksikan wakil dalam proses timbang tara (hakam) yang dilantik kedua-dua pihak gagal mencari kesepakatan sekali gus mahkamah menggugurkan hakam yang diwakili serta menetapkan 27 Februari untuk melantik hakam baru.

Dalam proses itu, mahkamah menerusi Seksyen 47 (14) dan Seksyen 48 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 mempunyai kuasa melantik dalam kalangan saudara-mara terdekat kedua-dua pihak iaitu dua penimbang tara yang mempunyai maklumat berkaitan isu rumah tangga pemohon dan defendan.

Nabila yang ditemui selepas selesai prosiding kes perceraiannya yang dijalankan secara tertutup berkata, dia terkilan apabila proses perceraian dipanjangkan pihak Sharnaaz.

“Sepatutnya perkara ini boleh dipercepatkan jika Sharnaaz melafazkan cerai, tapi disebabkan proses yang berlangsung ini perceraian tidak dapat dibuat.

“Saya memang tidak mahu teruskan perkahwinan ini. Sepatutnya kedua-dua belah pihak faham yang kita boleh teruskan kehidupan masing-masing. Dia sudah menjalani kehidupan hampir setahun tanpa isteri, begitu juga dengan saya ,” katanya yang juga kakak kepada pengacara dan pelakon popular Neelofa.

Menurut Noor Nabila, kes keretakan rumah tangga mereka tidak sepatutnya dipanjangkan memandangkan mereka ada anak yang perlu dijaga bersama.

“Kami ada anak, jadi tak payah dipanjangkan atau ada pihak terasa hati. Saya rasa lebih baik teruskan kehidupan, berbaik-baik untuk besarkan anak tanpa ada rasa dendam atau marah.

“Namun, apa yang membuatkan saya tak faham apabila pihak sana tergamak buat macam ini (memanjangkan kes).

Adakah Sharnaaz nak selamatkan perkahwinan tapi apa usaha yang dia buat? Saya memang sudah tawar hati dan tidak nampak sebarang usaha daripada pihaknya untuk kembali bersama saya,” katanya.

Sementara itu, Sharnaaz ketika ditemui enggan mengulas mengenai perkara itu.
“Tiada apa nak cakap,” katanya sebelum meninggalkan mahkamah.

Dalam prosiding itu, Noor Nabila diwakili peguam Datuk Zainul Rijal Abu Bakar manakala Sharnaaz diwakili Datuk Akberdin Abdul Kader.

Pada 11 September lalu, mahkamah memerintahkan satu Jawatankuasa Pendamai (JKP) dibentuk bagi mencari penyelesaian dalam kes tuntutan cerai pasangan ini.

Bagaimanapun, Sharnaaz pula memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya itu pada 30 September lalu.

Bagi prosiding JKP Sharnaaz melantik rakan baiknya sebagai wakil manakala Noor Nabila melantik bapa tirinya Abdul Halim Khan.

Pasangan itu berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia setahun.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-1-2020 12:58 PM | Show all posts
Sian jebat..semoga diri ini akan jadi bapa saudara yg baik utk baby jebat
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2020 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Sinetron panjang lg
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2020 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Booo sharnaaz
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2020 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Mula2 kata sharnaz takcuba nak selamatkan perkahwinan. Lepastu ckp taknak teruskan perkahwinan.. Dah mcm mana lah sharnaz nak selamatkan kalau apa pon yg dia buat ko tak terima jugak. Kalau ko beri peluang dan beralah mesti boleh selamat ko punya perkahwinan. Ko tu yg keras hati keras kepala. Tolong lah. Kalau laki ko tu taknak lafazkan cerai maknanya dia masih nak ko jd isteri dia lah cuma ko tu jgn duduk dgn family lg. Berdikari sebagai suami isteri jaga anak besarkan anak sama. Dah2 tua bangka pon bo**h lagi
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2020 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Ego much??
Sayang lagi kot
Tapi ego taknak lepaskan
Bawak lari lah nabila tu duduk sndri
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2020 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga jumpa jalan penyelesaian..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2020 01:46 PM | Show all posts
da kawen ikut laki

bkn dok bwh ketiak mak bapak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2020 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Bahana kawen bini anak org kaya dan bini lebih tua. Serba xkena. Baik salah, pujuk salah, biar salah, ambik tahu pun salah. So nak apa sebenar nya ni???.

Agaknya klu tggl berduaan dlm bilik mau dah baik kot...kuikuikui
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2020 02:27 PM | Show all posts
Dua-dua ego dan keras kepala.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2020 02:45 PM | Show all posts
masih dalam tempoh iddah ke?lafaz je rujuk kalau masih dalam tempoh iddah
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2020 02:55 PM | Show all posts
evataso replied at 16-1-2020 02:05 PM
Bahana kawen bini anak org kaya dan bini lebih tua. Serba xkena. Baik salah, pujuk salah, biar salah ...

hakak kena setuju ngan ko dek...kalo duk umah sendiri, gadoh2 main...gadoh2 main...tup2 ngandung lagik...\

ni sebab duk ngan adik ipar waima any ahli keluarga sekalipun.....mmg takkan membantu..

contoh terdekat mawar v fizo....now aman2 dah mawar menjalani idup berulang alik nasi kandaq...no more tomyam for me please katenyaa...gitooohh
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2020 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Mngkin masing2 xnk mengalah...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2020 03:10 PM | Show all posts
bila nak habis drama berunsur sskjp ni???
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2020 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu ke muka kak Nab without filter? Ooooo....
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2020 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Beribear replied at 16-1-2020 01:23 PM
Mula2 kata sharnaz takcuba nak selamatkan perkahwinan. Lepastu ckp taknak teruskan perkahwinan.. Dah ...

kann bengong pula tgk nabila ni walaupun xsuka sharnaaz. beriya juga time couple nakkan jantan tu, elok2 dh kahwin siap ada anak, beriya nak cerai bagai. ada jumpa doktor ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2020 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
fliphair8 replied at 16-1-2020 02:55 PM
hakak kena setuju ngan ko dek...kalo duk umah sendiri, gadoh2 main...gadoh2 main...tup2 ngandung l ...

mcm kes royani..dlm gaduh2 eh eh eh mengandung la pula
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2020 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
nuno replied at 16-1-2020 02:45 PM
masih dalam tempoh iddah ke?lafaz je rujuk kalau masih dalam tempoh iddah

Belum cerai lagi
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2020 03:27 PM | Show all posts
ada spisis gini yang taknak menyusahkan diri sendiri n tak boleh nk tolerate.. tak boleh terima nasihat org lain.. rasa diri dy n cara dy dah paling betul.. orang lain takleh terima dilantakkan.. kalau sanaz bawak lari Nabila ni pon kalu si Nabila sdri yg still degil, ego tak boleh mengalah pon no point...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2020 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Lol. Nak tapi taknak usaha

Apooo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:30 PM GMT+8 , Processed in 0.094946 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list