Ramai berasa terkejut apabila klip menunjukkan keadaan di Arab Saudi sedang dilanda salji pada masa ini.
Menerusi Twitter yang dikongsi ABC News itu, menunjukkan padang pasir di Tabuk, iaitu wilayah utara di Arab Saudi dipenuhi dengan salji yang memutih.
Foto: Twitter
Memetik laporan The Independent, situasi luar biasa yang berlaku di negara Timur Tengah itu berpunca dari ribut dahsyat yang berlaku 193 km dari Laut Merah yang menyebabkan salji turun di kawasan padang pasir Tabuk.
Difahamkan, suhu di Tabuk kebiasaannya sememangnya agak rendah iaitu 4 darjah celcius dan sedikit kering, namun tiada salji yang turun.
Twitter
Di laman sosial, ramai pengguna berkongsi situasi salji turun di negara yang sinonim dengan padang pasir dan cuaca panas itu.
Namun, dikatakan situasi tersebut bukanlah kali pertama keana salji turut pernah melanda Arab Saudi pada April 2019.
“Ribut yang kuat berlaku di selatan Eropah dan Mediterranean serta menuju ke Timur Tengah minggu lalu, menolak udara sejuk ke benua berkenaan yang menghasilkan salji.
Twitter
“Ia bukanlah perkara gila untuk mereka menerima salji, ia hanya cuaca kering," kata ahli meteorologi, Eric Leister. - CARI
Post time 18-1-2020 01:55 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Eh uols semua ingat kat arab tu sepanjng tahun panas ker? Ada musim winternya. Tu sbb mak arab ok je berjubah hijab bagai. Kt msia je gigih nak ikut arab tp ketiak becak berpeluh 24 jam bau kepam