CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9100|Reply: 96

[Tempatan] Empat penuntut PSMZA lemas telah ditemui-UPDATE

  [Copy link]
Post time 18-1-2020 11:00 PM | Show all posts |Read mode
Edited by GuaSayangMelaka at 19-1-2020 10:12 AM

Empat penuntut PSMZA belum ditemui

Pertahanan Awam Malaysia (APM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan penduduk kampung.

Menurutnya, kebiasaannya dalam tempoh 48 jam, mangsa masih berada di sekitar tempat kejadian dan operasi ditumpukan di kawasan satu hingga dua batu nautika ke laut.

“Kami turut tumpu pencarian ke kawasan pantai dalam jarak 20 kilometer sehingga ke tempat biasa kami temui mayat mangsa lemas.

“Keadaan ombak besar membantutkan usaha pencarian kami di kawasan berbatu yang dipercayai tempat mangsa dikatakan lemas.

“Operasi ini akan diteruskan termasuk pada waktu malam sehingga semua mangsa ditemui,” katanya.

Dalam kejadian 6.30 petang semalam, empat mangsa, Mohamad Zul Fahmi Zuki, 21, Mohamad Amir, 21, Mohammad Luqman Hakim Al Rashid Mohamed Sabarudin, 21, dan Muhammad Ikhwan Ahmad Azhan, 21, dikhuatiri lemas dan tenggelam ke dasar laut selepas dipukul ombak besar.

Bagaimanapun, dua lagi rakan mereka, Muhamad Irfan Kamaruzaman, 21, dan Hazman Zamili, 21, terselamat dalam kejadian itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-1-2020 11:01 PM | Show all posts

update TELAH DITEMUI

Edited by GuaSayangMelaka at 19-1-2020 10:11 AM

“SAYA hanya ada dua anak, jika ditakdirkan Amir meninggal saya, ia pasti cukup menyedihkan,” kata Zulkiflee Zakaria, 52.

Zulkiflee adalah bapa kepada Mohamad Amir, 21, seorang daripada empat individu yang dikhuatiri lemas di Pantai Teluk Bidara Seberang Pintasan.

Tiga lagi yang dikhuatiri lemas pada kejadian 6.30 petang kelmarin ialah Mohamad Zul Fahmi Zuki, 21, Mohammad Luqman Hakim Al Rashid Mohamed Sabarudin, 21, dan Muhammad Ikhwan Ahmad Azhan, 21.

Zulkiflee berkata, selain Mohamad Amir Izzudin, 21, dia dikurniakan seorang anak perempuan berusia 14 tahun.

“Kedua-duanya anak kesayangan saya dan isteri, Rohani Ariffin. Amir juga anak harapan saya.

“Luluh hati saya sebaik mendapat panggilan yang memaklumkan Amir bersama tiga rakannya dikhuatiri lemas,” katanya hari ini.

Menurutnya, Amir aktif dalam silat olahraga sejak di sekolah menengah dan meneruskan minat terhadap sukan kegemarannya ketika meneruskan pelajaran di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin PSMZA Dungun.

“Atas kesungguhannya, dia terpilih mewakili Melaka pada Sukan Malaysia SUKMA di Johor Jun ini.

“Awal Januari lalu, ketika saya menghantarnya ke stesen bas untuk pulang ke Dungun, dia ada memberitahu mahu lebih kerap berlatih dengan gurunya, Mohd Faizul Abu Bakar, berusia 39 tahun, yang juga pensyarah PSMZA,” katanya.

Zulkiflee berkata, Amir turut memasang niat untuk mengharumkan nama Melaka dan menggondol pingat emas pada kejohanan SUKMA.

“Sepanjang pulang bercuti, Amir tidak menunjukkan sikap pelik dan saya tidak nampak sebarang perubahan pada dirinya.

“Petang semalam (kelmarin), dia ada menulis status dalam Facebook dengan menyertakan gambar keindahan pantai dengan menulis ‘Rest Time’.

“Saya baca status itu jam 7.15 petang dan saya ingat dia hanya bersiar di pantai itu dengan rakannya,” katanya.

Menurutnya, selepas menerima berita sedih itu, dia, isteri dan anak bertolak ke Dungun. Mereka tiba jam 3 pagi tadi.

“Selagi dia tidak ditemui, selagi itu hati saya risau. Saya berdoa pada Ilahi supaya anak dan rakannya segera ditemui.

“Jika Amir meninggal sekalipun, saya reda dan berdoa dapat menatap wajahnya buat kali terakhir,” katanya.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2020 11:03 PM | Show all posts


“SAYA percaya kesemua mangsa lemas sudah dihanyutkan keluar dari lokasi kejadian,” kata nelayan, Nordin Abdullah, 65.

Nordin berkata, dia membuat andaian itu berikutan angin timur laut yang bertiup kencang semakin bergerak ke arah timur.

“Jika angin itu bertiup ke arah selatan, kesemua mangsa akan ditolak ombak ke darat dan ditemui.

“Kerana itu, andaian saya kesemua mangsa sudah dibawa arus ke timur dan bergerak ke arah kawasan laut Paka, Kerteh dan Kemaman,” katanya ditemui di lokasi kejadian di Dungun, hari ini.

Menurut Nordin, ketika dalam perjalanan pulang daripada menangkap ikan malam tadi, keadaan arus sangat kuat manakala angin bertiup kira-kira 14 hingga 15 kilometer sejam.

“Berdasarkan pengalaman saya dengan kebanyakan kejadian lemas di sini, mangsa akan dihanyutkan ke arah timur dan pernah ada mayat mangsa dijumpai sehingga di Kuantan, Pahang.

“Kerana itu saya mohon pasukan mencari dan menyelamat memperluaskan operasi pencarian ke arah sana,” katanya.

Nordin berkata, amat berbahaya untuk mandi di pantai Teluk Bidara ketika musim tengkujuh.

“Sejak kecil saya mandi di pantai ini. Pengalaman saya, walaupun keadaan lautnya tenang namun arus di bawahnya sangat kuat.

“Arus bawah yang berpusar mampu menarik mangsa ke tengah laut,” katanya.

Menurut Nordin, bagi mengelak tragedi itu berulang, dia berharap orang ramai tidak lagi mandi di pantai ini.

“Walaupun nampak tenang, pantai ini sebenarnya berbahaya dan sudah banyak kes lemas berlaku di sini.

“Kita minta pihak berkuasa tempatan supaya dapat meletakkan papan tanda amaran lebih besar di semua pantai di daerah ini,” katanya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2020 11:05 PM | Show all posts



“KETIKA makan tengah hari di rumah, saya tiba-tiba teringat kepadanya. Tidak sangka rupanya itu petanda dia akan pergi meninggalkan kami sekeluarga,” kata Zuki Abdul Razak.

Zuki, 55, adalah bapa kepada Zul Fahmi Zuki, 21, yang hilang dipercayai lemas bersama tiga rakannya di Pantai Teluk Bidara, Seberang Pintasan, Dungun, petang semalam.

Zuki yang tinggal di Perumahan Taman Perwaja, Kemaman berkata, dia teringat kerana memikirkan keadaan anaknya memandangkan kali terakhir dia memasukkan duit RM50 ke dalam akuan anaknya itu pada Jumaat lalu.

“Saya teringat sangat padanya sama ada duit RM50 cukup untuk makan minumnya kerana saya tak dapat bagi lebih kerana gaji sebagai pemotong rumput tidak banyak.

“Kali terakhir saya bertemu dengan Zul Fahmi yang juga anak kedua daripada lima beradik itu pada 3 Januari lalu.

“Kali ini dia pulang ke rumah dalam keadaan pelik, dia banyak berdiam diri dan kurang bercakap dengan saya, ibu serta adik beradik lain.

“Saya tak tanya, mungkin dia sibuk dengan pelajarannya sehinggakan ibunya, Maznah Muda, 55, turut perasan dengan sikap peliknya itu,” katanya.

Zuki berkata, dia mengetahui kejadian yang menimpa anaknya itu daripada rakan anaknya pada 7.30 malam.

Katanya, selain terkejut, perasaan rindu terhadap anaknya itu tiba-tiba datang sebelum dia meminta isterinya bersiap untuk ke Dungun.

“Saya sangat sedih dan tidak berhenti menangis sehinggakan kereta dipandu dua kali terbabas dan hampir kemalangan ketika dalam perjalanan ke Dungun.

“Berikutan bimbang akan keselamatan, saya meninggalkan kereta sebelum meminta bantuan ahli keluarga untuk menghantar saya ke sini.

“Saya tiba pada 11 malam tadi dan barulah dapat penjelasan bagaimana anak dan rakannya terbabit dalam kejadian itu,” katanya.

Sementara itu, Maznah berkata, Zul Fahmi ada menghantar aplikasi WhatsApp pada 4 petang dan memaklumkan dia tidak pulang kerana menyertai pemilihan sukan olahraga Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin.

“Dia ada memberitahu sudah dapat wang pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

“Dia meminta maaf kerana wang itu tidak dapat diberikan kepada saya untuk perbelanjaan kerana duitnya itu akan digunakan untuk membayar semua hutang yang dipinjam untuk pelajaran, rumah sewa dan makan minumnya,” katanya.

Katanya, dia berpesan kepada anaknya supaya menjaga diri dan belajar dengan sebaik mungkin.

Dalam kejadian 6.30 petang semalam, Zul Fahmi dikhuatiri lemas bersama tiga rakannya, Mohamad Amir, 21, Mohammad Luqman Hakim Al Rashid Mohamed Sabarudin, 21, dan Muhammad Ikhwan Ahmad Azhan, 21.

Dua lagi rakan mereka, Muhamad Irfan Kamaruzaman, 21, dan Hazman Zamili, 21, terselamat apabila dipukul ombak besar ketika mandi di pantai itu.



Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2020 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
tak pakai ves keselamatan ke
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2020 11:16 PM | Show all posts
Innalillahiwainnailaihiroji'un...Al Fatihah...

Takziah kepada keluarga mangsa lemas...harap dipermudahkan urusan mencari dan menyelamat dan semua jasad ditemui...

Sedihnya mereka dipanggil pulang pada usia remaja...syurgalah tempatmu anak2...simpati pada ibu ayah yang ditinggalkan...semuga tabah menghadapi ujian berat ini...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2020 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayoyo
Iols kalau mandi laut mmg paranoid gitu..
Ombak besar sampai betis pon iols dh menggagau..

Takziah lah kepada keluarga mangsa...
Ombak laut ni x jangka uols...
Anytime je dia ajak korang pi tengah laut main air
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2020 11:22 PM | Show all posts
Pixie902 replied at 18-1-2020 03:16 PM
Innalillahiwainnailaihiroji'un...Al Fatihah...

Takziah kepada keluarga mangsa lemas...harap diper ...

Amin..............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2020 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Huhu kan musim tengkujuh ni kenapa mandi laut dik.. harap2 jumpa la
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2020 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihiroji'un...Al Fatihah... Ya Allah sedihnye bc kesah msg2.. moga Alla permudah kan jumpa mayat arwah2 ni.. muda2 dah tiada lagi di alam fana..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2020 11:51 PM | Show all posts
mendoakan yang terbaik..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2020 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirojiun.

Semoga semuanya selamat dijumpai.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2020 12:22 AM | Show all posts
Empat pelajar yang dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Teluk Bidara, Seberang Pintasan di sini petang semalam, dipercayai dihanyut keluar dari lokasi kejadian.


Seorang nelayan, Nordin Abdullah, 65, yang arif dengan pergerakan cuaca kerana kerap turun ke laut berkata, keadaan angin timur laut yang bertiup kencang dan bergerak ke arah timur boleh membuatkan empat sahabat itu dibawa ombak.

“Jika angin itu bertiup ke arah selatan, mereka akan ditolak ombak ke darat dan boleh ditemui pagi ini.

“Saya andaikan mereka dibawa arus ke timur dan bergerak ke arah kawasan laut Paka, Kerteh dan Kemaman,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, hari ini.

Empat pelajar Politeknik Sultan Mizan iaitu Mohamad Zul Fahmi Zuki, 21; Mohamad Amir, 21; Mohammad Luqman Hakim Al Rashid Mohamed Sabarudin, 21, dan Muhammad Ikhwan Ahmad Azhan, 21, dikhuatiri lemas selepas dipukul ombak besar kira-kira jam 6.30 petang semalam..

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan pagi ini.

Sementara itu, Nordin berkata, dalam perjalanan pulang menangkap ikan malam tadi, arus amat kuat dan keadaan angin bertiup kira-kira 14 hingga 15 kilometer sejam.

Katanya, Pantai Teluk Bidara adalah lokasi berbahaya untuk mandi, terutama dalam peralihan musim tengkujuh ini.

“Saya membesar di sini dan mandi di pantai ini sejak kecil. Pengalaman saya, walaupun keadaan lautnya tenang namun arus bawahnya sangat kuat.

“Pusaran arus bawah amat kuat dan mampu menarik mangsa ke tengah laut jika panik atau tidak tahu berenang,” katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2020 12:26 AM | Show all posts





Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2020 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Al fatihah.
Semoga pelajar2 ini segera ditemui. Sedihnya.. Usia ranum begini, pasti lah kehilangan sangat besar buat keluarga..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2020 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Al Fatihah semoga dipermudahkan segala urusan olehNya .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2020 02:43 AM | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirojiun..
semoga mereka dpt dijumpai..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2020 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul lah kata nelayan tu.. Kitorang org ganu yg rumah dkt pantai x de main redah je bila nk mandi kt tepi pantai tu. Ikut musim dan kwsn. Kalau org luar dtg diorg excited tgk pantai agaknya, xtau bahaya. Main serbu je
Masa kecik dulu aku mmg selalu kena rotan bila gi mandi pantai dgn kwn2 xde org dewasa. Memang marah betul ayah aku yg jarang marah tu kalau dia tau. Dh besar sikit baru aku paham bahaya tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2020 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga diampunkn dosa2 mereka..dan dikurniakan sebaik2 tempat berehat..
Tabahkan hati ahli keluarga  yg ditinggalkan....
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2020 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah sedihnya..semoga dipermudahkan segala urusan mangsa n famili yg lemas....cepatlah dijumpai...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:38 PM GMT+8 , Processed in 0.363536 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list