Tiada bukti saintifik petua viral mampu elak influenza- Lee Boon Chye
Januari 18, 2020 12:51 MYT
IPOH: Tiada bukti saintifik yang menyatakan beberapa petua yang tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp sebelum ini mampu mengelakkan jangkitan virus influenza jika diamalkan.
Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata, langkah wajar yang sepatutnya diamalkan ialah menjaga kebersihan diri serta mengambil pemakanan seimbang.
Bagaimanapun, katanya, tidak salah untuk mengamalkan petua yang tular seperti meletakkan hirisan bawang merah atau menggunakan semburan pembunuh kuman, asalkan tidak berlebih-lebihan dan mencetuskan panik.
"Kalau nak elak influenza, mesti pentingkan kebersihan dengan selalu basuh tangan dan mereka yang ada gejala elakkan merebak kepada orang lain dengan memakai topeng, atau elak kawasan awam.
"Jaga kesihatan dengan rehat secukupnya, minum air yang cukup dan pastikan tidur yang cukup.
"Kita tiada bukti saintifik yang menunjukkan yang itu (petua tular) banyak membantu walaupun kita tak halang ia diamalkan sebab ia tidak akan jejaskan kesihatan," katanya ketika ditemui di majlis pecah tanah Pusat Komersil Botani Village di sini hari ini.
Dr Lee berkata demikian sebagai mengulas petua tular untuk mengelakkan wabak influenza yang tersebar di media sosial baru-baru ini.
Petua itu turut menyebabkan orang ramai membeli semburan pembunuh kuman dalam kuantiti yang banyak sehingga habis bekalan stok di farmasi sekitar Ipoh.
Perkara itu turut diakui oleh ahli farmasi yang kerap kali berdepan dengan pelanggan yang mencari semburan pembunuh kuman itu sebagaimana yang dikongsi menerusi aplikasi Whatsapp dan Facebook.
Post time 19-1-2020 12:24 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Ni apa yg aku tau la.. Ikut kajian sejarah.. Spanish Flu yg bunuh lebih kurang 100 juta manusia dipercayai berasal dari burung dan babi.. Dan dikatakan.. Bawang membantu mengurang risiko jangkitan Spanish Flu masa tu..
Tapi Influenza ni.. Somehow.. Aku rasa virus ni dah diubah suai dan dilepaskan pada manusia bukan dgn cara tak sengaja.
Ni list yang bebudak sekolah sini kena ambil - harap Msia pun boleh buat sama.
IPV/OPV (Polio) - 4 doses (umur 4 tahun - sampai kinder)
DTap/DTP (0-6 tahun) - 6 doses
Tdap (Diphtheria, Tetanus, Pertussins) (7 + yrs)
MMR (measles, mumps, rubella) - (2 doses)
Hep B - 2 doses
VAR/VZV (Varicella or Chickenpox) - 2 doses
Hep B - again
Var/Vzv - again
Tdap - Again - ini bila budak dah 7th grade/12th grade
Flu shot tiap tahun.
Tak ambil maka anak tak boleh attend school. Guna alasan ugama sekali pun law tetap law. Maka oleh itu ada baiknya jbt kesihatan Msia upgrade mana mana immunization yang diperlukan utk anak anak Msia agar kurang terdedah dgn penyakit merbahaya.
Post time 19-1-2020 02:11 AMFrom the mobile phone|Show all posts
sarah82 replied at 18-1-2020 08:24 AM
Ni apa yg aku tau la.. Ikut kajian sejarah.. Spanish Flu yg bunuh lebih kurang 100 juta manusia dipe ...
anecdot bukan scientific evidence ....1500 zaman zaman plaque (black death ) ....berjuta mati sebab plaque ...kenapa mereka tidak pakai bawang ? ....yang support letak bawang di kaki guna hujah 1500 dahulu ....
Post time 19-1-2020 07:49 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Dwdrum replied at 19-1-2020 02:11 AM
anecdot bukan scientific evidence ....1500 zaman zaman plaque (black death ) ....berjuta mati seba ...
Black plague bukan sebabkan sebabkan airborne mcm spanish Flu.. Harus diingatkan Black Plague punca dari kutu dan tikus. Berasal dari jalan sutera juga.. Dan mas tu senang merebak sbb kucing2 dibunuh dieropah sbb associate dgn sihir.
Post time 19-1-2020 09:56 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Dwdrum replied at 19-1-2020 09:52 AM
u merepek apa ini .... u faham art7clw kenapa marhwin serching spray anti kuman ?....
Kejadahnya? Aku tak kata tak payah vaksin.. Aku cuma ckp.. Bawang boleh membantu jadi x salah berusaha.. Ang tgk sendiri ttg black plaque documentary.. Byk kot kajian saintifik menunjukkan black plaque punca dari kutu dan tikus bukan airborn.
Post time 19-1-2020 10:06 AMFrom the mobile phone|Show all posts
sarah82 replied at 18-1-2020 05:56 PM
Kejadahnya? Aku tak kata tak payah vaksin.. Aku cuma ckp.. Bawang boleh membantu jadi x salah beru ...
siapa kata tidak perlu vaksin?......influenza dari mana? if mahu counter tentang plaque dengan kutu ? ..... ni mahu cakap banyak keturunan siam chinese yang warded ramai buat remedy ini ...habis busuk bawang bilik hospital .... onion turning brown color sebab cells breakdown ..no scientific evidence ....cuma anecdot ...get the fact ....
sebab kutu gigit yea dapat plaque ? ...kekeke
Post time 19-1-2020 10:13 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by InVendeTTa at 19-1-2020 10:16 AM
Aku skrg pakai sharp plasmacluster air purifier.dah 2 bulan pakai kami sekeluarga dah x demam stiap bulan mcm dulu.alhamdulillah.pernahla bwk virus dr ofic tibe2 sakit tekak n bersin.tp blk umah tido smlm spt berjaya kekang esok pg dah baik.highly recommended. Maybe dia x memulih tp kurangkan hospitable environment for virus o spread
Post time 19-1-2020 10:18 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Dwdrum replied at 19-1-2020 10:06 AM
siapa kata tidak perlu vaksin?......influenza dari mana? if mahu counter tentang plaque dengan ku ...
Lor.. Mmg ada kajian ttg black plaque ttg dari kutu dan tikus.. Sebelum gelakkan aku.. Apa kata ang rajinkan diri baca ttg black plaque. Lps tu ang gelak puas2 tau.
Post time 19-1-2020 10:37 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Kalau tak sbb kena follow up kes kt hospital mmg takkan ku jejak kaki. Ahso nyonya senang kata org2 depa ni mmg tak reti jaga kebersihan. Kita yg sihat ni pulak lebih2 bermask bagai. Dieorg ni kalau bersin.. sebatu bole kena percikkan air liur! Dgn batuk2 lg.. mmg lengang la hospital tu. Kalau x padat dgn manusia. Ramai betul kena influenza.
siapa ada duit lebih sikit, boleh pertimbangkan beli sharp air purifier yang ini. harganya dah jatuh.
boleh didapati di Tesco, Aeon Big dan kedai-kedai elektrik besar / terkemuka. Di Shopee dan Lazada pun banyak
Post time 19-1-2020 12:38 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kalau tak der bukti saintifik maknanya engkau tak der conclusion so tak leh ckp bawang tidak berkesan. So conclusionnya engkau tidak tahu atau tak boleh ckp apa2 in this case.
Utk mengatakan bawang tidak berkesan kena ada bukti saintifik yg mengatakan bawang tidak berkesan dan utk mengatakan berkesan engkau kena ada bukti saintifik mengatakan ada significant different dlm treatment menggunakan bawang.