CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7205|Reply: 72

[Jenayah] MB menaiki Mercedes,rakyat selongkar SAMPAH

  [Copy link]
Post time 18-1-2020 11:46 PM | Show all posts |Read mode
Selongkar tong sampah sambil dukung bayi demi rezeki bersama
Oleh Siti Rohana Idris
cnews@nstp.com.my




TUMPAT: Kelibatnya mendukung bayi sambil menyelongkar tong sampah bagi mencari besi buruk sudah tidak asing pada pandangan penduduk di Kampung Baru Nelayan, di sini.

Sambil menggalas beg atau plastik untuk diisi besi buruk, tangannya mendukung bayi lelaki yang berusia tiga bulan dan sebelah tangan lagi memimpin anak ketiganya yang berumur empat tahun berjalan sejauh satu kilometer setiap hari.

Itulah rutin Noriza Husain, 35, sejak hampir setahun lalu bagi menyara hidupnya serta empat anak termasuk dua yang bersekolah rendah selepas suami menghilangkan diri.

Noriza berkata, bukan sahaja mencari besi buruk, dia juga mengambil upah mencabut rumput di rumah penduduk kampung dengan bayaran sekitar RM20 hingga RM30 bergantung kepada keluasan halaman.

“Ketika awal mengandung lagi saya sudah membuat kerja ini dan selepas melahirkan anak, saya tidak berpantang seperti orang lain dan hanya ‘berehat’ dua minggu sahaja sebelum kembali meneruskan rutin kerana kami perlukan duit belanja.

“Setiap hari keluar mencari besi buruk atau mencabut rumput, memang saya akan bawa sekali dua anak ini manakala dua lagi bersekolah kerana tiada orang yang menjaga,” katanya ketika ditemui di rumah kakaknya, di sini.

Noriza dan empat anaknya kini hidup menumpang di rumah kakaknya, Sarinah Husain, 43, bersama sembilan lagi ahli keluarga yang lain menjadikan keadaan agak sesak namun dia tiada pilihan lain.

Terdahulu, mereka dikunjungi kumpulan aktivis masyarakat, Cempaka Merah Asnaf Society, yang diwakili Che Norhayati Mohamed yang hadir menyampaikan sumbangan makanan harian dari penyumbang sambil bertanya sebarang keperluan yang diperlukan mereka empat beranak.

Ahli Kumpulan aktivis masyarakat, Cempaka Merah Asnaf Society, Che Norhayati Mohamed (kanan) melawat dan menyampaikan sumbangan keperluan makanan serta wang tunai kepada keluarga Noriza Husain, 35 yang tinggal bersama empat anaknya di Kampung Baru Nelayan. - Foto Nik Abdullah Nik Omar
Noriza berkata, bukan sahaja dalam tong sampah, besi buruk yang diperoleh dijual dengan harga RM15 satu kilogram namun purata setiap hari dia hanya memperoleh tidak sampai pun setengah kilogram.

Menurutnya, semua pekerjaan yang mendatangkan wang tidak akan ditolaknya asalkan halal malah pernah mengambil upah menjual tiram walaupun dibayar RM2 sahaja.

“Saya tidak boleh menolak kerana semua itu adalah rezeki untuk anak dan walaupun sedikit, sekurang-kurangnya dua anak saya yang bersekolah di Tahun Dua dan Tiga dapat diberikan wang saku meskipun hanya RM1 atau RM2 setiap hari.

“Bayi ini pun belum pernah terputus bekalan lampin pakai buang kerana saya membeli yang paling murah dan tiada jenama (rejected),” katanya sambil memberitahu ada individu yang berhasrat ingin mengambil bayinya untuk dipelihara namun dia enggan berpisah dari semua anak.

jadi inikah MEMBANGUN BERSAMA ISLAM ?



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2020 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Kelantan dlm gerhana pulak ke
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2020 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii???
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2020 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Hnnnm


.mmmm
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2020 12:35 AM | Show all posts
kes kes macam ni buat i marah. i tak kisah nak pakai mercedes ke ferrari ke. tapi rakyat kelantan tu dia punya tahap miskin teruk yang amat. duduk kandang kambing la. cabut rumput la.

Kalau kes berlaku di Penang i tak hairan kerana Penang tidak bersultan/beraja.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2020 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Isu rakyat susah hanya di celah gigi je. Bukan masuk terus ke dlm hati.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-1-2020 01:00 AM | Show all posts
gigahertz replied at 18-1-2020 04:35 PM
kes kes macam ni buat i marah. i tak kisah nak pakai mercedes ke ferrari ke. tapi rakyat kelantan tu ...

xpa ..asalkan slogan MEMBANGUN BERSAMA ISLAM di hati ............


Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2020 08:37 AM | Show all posts
atasan giler karipap kokosen

yg politik nye serba mewah drive mercedes

yg marhaen kais pagi smpai ptg cari sampah utk di mkn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2020 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 19-1-2020 12:35 AM
kes kes macam ni buat i marah. i tak kisah nak pakai mercedes ke ferrari ke. tapi rakyat kelantan tu ...

kdg2 jgn percaya sgt dgn imej2 miskin ni

sbb ade laki mendadih, ada anak2 sihat tp mendadih jugak..

tgk bwh rumah sampah sarap tak pernah buang. keliling rumah kotor. kemiskinan bkn alasan jd pengotor.

yea kite tak diuji gitu. kite lahir wpun tak kaya ttp ade peluang bljr segala

yg jd isu skrg depa ni dibg duit hbis, ade yg mmg hrp belas ikhsan semata. yea yg btul2 susah mmg kena bantu. cuma kena siasat btul2

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2020 08:53 AM | Show all posts
semoga ketua menteri pulau pinang & MB kelantan jual Merc mereka & pakai Saga BLM.  itu yg lebih wajar sbg pemimpin yg perihatin terhadap rakyat.  Begitu juga mufti2 seluruh Msia.  skrg mufti pakai Perdana Accord. mrk seharusnya pulangkan balik kereta mereka & pakai kereta sendiri.  itu yg lebih afdhol dikala rakyat masih tak cukup makan.






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2020 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Isu apakah? Negeri2 lain x de miskin tegar ke? Berapa bijik je merc mb pakai....kalu mb x palai merc terus kaya ke mak cik tu?
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2020 09:06 AM | Show all posts
harisbee replied at 19-1-2020 08:59 AM
Isu apakah? Negeri2 lain x de miskin tegar ke? Berapa bijik je merc mb pakai....kalu mb x palai merc ...

alasan yg bagus utk menteri2 order semula Vellfire.  
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2020 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Lagi mau undi perpaduan ummah ker.. Negeri bnyk duit sikit kemain beli  l.. Rakyat erkkk.. Kalu peganng malaysia so ko rasa
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2020 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
tobby replied at 19-1-2020 09:06 AM
alasan yg bagus utk menteri2 order semula Vellfire.

Vellfire tu kontrak utk semua menteri kan. Bukan utk pm je kan. Main point adalah punca ekonomi runtuh adalah dr gomen ph bukan pas. Apapun aku x setuju jugak penggunaan merc tu tp aku nampak sini macam perangaiph yg nak cari silap lebai..ingatkan ph je..bn pun samo
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2020 09:31 AM | Show all posts
meteorspeed replied at 19-1-2020 09:26 AM
Lagi mau undi perpaduan ummah ker.. Negeri bnyk duit sikit kemain beli  l.. Rakyat erkkk.. Kalu pega ...

undi tetap BN/PAS sbb nak jatuhkan pakatan hancing.  tegur kita tetap tegur.  no hal.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2020 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
harizs replied at 19-1-2020 09:31 AM
undi tetap BN/PAS sbb nak jatuhkan pakatan hancing.  tegur kita tetap tegur.  no hal.


Dah jatuhkan so apa jadik.. Skrg pun dah nampak sooo.. Sama jer la ulang ulang sampai abang jamil mampus.. Rakyat yg kt bawah.. Org atas im the king.. Dah tengur ada ker dia tarik balik beli kete tur?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2020 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat mane2 pn ade je kes mcm ni . Jgn la nk tuding jari je . Wat malu org melaka aih .
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2020 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Jgn kata kata kat kelantan.kat selangor yg kaya raya ni pon byk aje yg selongkar sampah kais pagi makan pagi kais ptg mkn ptg crk bende dijual.miskin bandar kl pom ramai selongkar sampah awal2 pagi.cina2 tua pon ade.hurm.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2020 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana yb tumpat
.napr tk amik cakna psl pengundi sendiri.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2020 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tgk fb syed azmi kelate ni mmg rmai hidup susah. Tak tau la kita tgk mcm ssh tp bg dia mgkin biasa je kot. Tp mmg kesian la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:56 AM GMT+8 , Processed in 0.080659 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list