CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5394|Reply: 47

[Dunia] Umur 3 tahun, kanak-kanak ‘genius’ Malaysia jadi antara individu termuda di duni

[Copy link]
Post time 19-1-2020 01:08 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 18-1-2020 09:14 AM

Umur 3 tahun, kanak-kanak ‘genius’ Malaysia jadi antara individu termuda di dunia diterima masuk ke MensaSabtu, 18 Januari 2020 1:24 PM[url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url]

Haryz menjadi salah seorang individu paling muda di dunia yang diterima masuk ke persatuan IQ tinggi global, Mensa. -foto FB Nur Anira Asyikin

KETIKA Haryz melontarkan beberapa patah perkataan pertamanya pada usia tujuh bulan, ibunya dapat merasakan ada sesuatu yang istimewa pada si kecil itu.


Memasuki usia dua tahun, Haryz atau nama penuhnya Muhammad Haryz Nadzim sudah boleh membaca sendiri buku-buku ceritanya sebelum tidur.


Sekarang, si pintar berumur tiga tahun ini menjadi individu paling muda yang terbaharu diterima masuk ke persatuan IQ tinggi global, Mensa. (anggota termuda yang pernah diterima masuk sebelum ini berusia dua tahun).


Walaupun ibu bapanya Nur Anira Asyikin Hashim dan Mohd yang tinggal di Durham, UK, mempunyai latar belakang kejuruteraan tetapi mereka tidak pernah menyangka anak mereka akan menunjukkan tanda-tanda kepintaran luar biasa pada usia semuda ini.


"Kami tak mempunyai banyak pengalaman, jadi kami fikir dia macam kanak-kanak lain," kata Anira dalam satu temubual eksklusif dengan Metro.co.uk.

Haryz boleh menyebut beberapa patah perkataan seawal usia tujuh bulan. -foto FB Nur Anira Asyikin


Sehinggalah Haryz dihantar ke tadika dan pasangan ini diberitahu bahawa perkembangannya lebih cepat berbanding lanak-kanak lain, barulah mereka berdua sedar tentang keistimewaannya.


"Ketika berada di sekolahnya, dia dapat membaca keseluruhan buku-buku cerita kegemarannya," kata Anira.

Haryz kini telah dijemput untuk menyertai Mensa British selepas mencapai skor IQ yang luar biasa iaitu 142 dalam ujian Stanford Binet.


Kami berkomunikasi dengannya dalam bahasa Melayu di rumah. Haryz sendiri tak tahu dirinya bijak.NUR ANIRA ASYIKINIBU KANAK-KANAK GENIUS

Dia kini menjadi salah seorang individu termuda dalam dunia yang akan diterima masuk ke persatuan eksklusif tersebut.

Dia diuji oleh ahli psikologi yang mempunyai kepakaran dalam menilai kanak-kanak pintar, Lyn Kendall.

Nur Anira dan suami akan sentiasa menyokong Haryz. -foto FB Nur Anira Asyikin


"Kami hanya mahu tahu dengan jelas bagaimana kami dapat membantunya.

"Kami berharap dapat membantunya mencapai sepenuhnya potensi dan menyokong apa sahaja yang dilakukan.

"Kami tak mahu dia berasa kurang mendapat rangsangan, tetapi pada masa yang sama kami tak mahu dia rasa dipaksa.


Kami mahu dia menjadi seorang kanak-kanak yang bermain dan melakukan perkara biasa yang dilakukan oleh rakan seusia dengannya," kata Anira.


Selepas menyedari bahawa Haryz dapat membaca dan mengingati keseluruhan cerita pada usia dua tahun, ibu bapanya membuka saluran YouTube Little Haryz, supaya kanak-kanak lain dapat menontonnya dan dijadikan galakan.

Haryz tak ubah seperti kanak-kanak lain seusia dengannya. -foto FB Nur Anira Asyikin


"Dia macam kanak-kanak berusia tiga tahun dalam segala segi.

"Dia suka main air berlopak, melukis, menyanyi, semua perkara normal untuk kanak-kanak pada usia ini.


"Program televisyen kegemarannya adalah Story Bots dan Numberblocks, tetapi dia lebih suka berbual dengan rakan-rakan yang lebih tua dan orang dewasa.


"Haryz suka bertanyakan soalan dan bercakap tentang angkasa lepas dan nombor... dia suka baca buku.

"Apa yang lebih mengagumkan selain kepintaran Haryz dan minat membacanya, bahasa Inggeris bukanlah bahasa pertamanya.


"Kami berkomunikasi dengannya dalam bahasa Melayu di rumah. Haryz sendiri tak tahu dirinya bijak," katanya.

Nur Anira berkongsi surat daripada Mensa di Facebooknya. -foto Nur Anira Asyikin


Bagi keluarga, mereka sangat gembira mendapat tahu Haryz diterima masuk ke Mensa dan berharap ini menjadi langkah pertama dalam perjalanannya ke arah mencapai kejayaan lain yang luar biasa.


"Ia sangat mengujakan dan kami yakin ini akan membantunya menjadi seorang yang lebih yakin dan percaya dengan diri sendiri supaya dia dapat memberi manfaat kepada masyarakat pada masa depan.


"Kami berharap dapat menyediakan satu persekitaran yang akan dapat mendorongnya untuk belajar.

"Perkara yang paling penting sekali dia gembira dengan apa yang dilakukan dan kami akan berbangga dengan segala bentuk pencapaiannya," katanya.


Bercakap dengan Mensa, mereka akan dapat mengesahkan bahawa Haryz menjadi ahli termuda dalam kumpulannya sebaik sahaja semua dokumen keahliannya diproses. -Metro UK



https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2020/01/18/haryz-pintar-malaysia-mensa

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2020 01:29 AM From the mobile phone | Show all posts
klu didik betul2 ni blh jadi mcm Ibn Tamiyah.  menguasai matematik, sains,  mahir dlm usul fiqh, muda2 lg dah hafal quran, menguasai ilmu tafsir,  menulis sehingga 500 kitab spjg hayatnya
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2020 01:38 AM | Show all posts
jgn jadi Sofea udah....umo 13 thn masuk univ,umo 25 jadi escortgirl
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2020 03:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah dik kecil cilik comei comei alololo.  Ada dia pang aku karang.   tapi serius comel dan genius pulak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2020 06:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah!
Setakat ni ok la kan...parents dia pun xnak push too hard on him takut burn out
Kesian & sayang kalau xbetul cara didikan
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2020 06:25 AM | Show all posts
untuk jadi genius dik, nasihat kaka jangan layan cariforum.. nanti sel2 otak adik makin berkurang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-1-2020 06:40 AM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 19-1-2020 06:25 AM
untuk jadi genius dik, nasihat kaka jangan layan cariforum.. nanti sel2 otak adik makin berkurang

Mengata diri sendiri eh?
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2020 09:22 AM | Show all posts
comel sangat adik nie
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2020 09:23 AM | Show all posts
comelnyaa, amanah allah
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2020 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
GuaSayangMelaka replied at 19-1-2020 01:38 AM
jgn jadi Sofea udah....umo 13 thn masuk univ,umo 25 jadi escortgirl

Uols baru nk ckp haha
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2020 09:30 AM | Show all posts
alhamdulillah, semoga mendapat guidance yg sepatutnya
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2020 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Bestnya dpt anak genius...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2020 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 19-1-2020 06:25 AM
untuk jadi genius dik, nasihat kaka jangan layan cariforum.. nanti sel2 otak adik makin berkurang

Cakap depa cermin ke sis?
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2020 02:40 PM | Show all posts

haah sis, tengah tambah sel otak semula makan appeton
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2020 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Genius, comel lak tu...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2020 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 19-1-2020 06:25 AM
untuk jadi genius dik, nasihat kaka jangan layan cariforum.. nanti sel2 otak adik makin berkurang

Patut la sel otak aku mengurang..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2020 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
GuaSayangMelaka replied at 19-1-2020 01:38 AM
jgn jadi Sofea udah....umo 13 thn masuk univ,umo 25 jadi escortgirl

Teringat budak ginius math spoil tu, sian budak tu... Masa muda je lebih dr kawan2 dr segi math, tapi ikut kepala sendiri je tak jadi apa budak tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2020 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
dlu ada gak rakyat  malaysia pandai membaca di usia muda. taun 80an dlu. hanapi ka apa nama dia
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2020 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
jadi mensa members bukan boleh demand gaji pun dik or terus letak di top position .... jadi mensa members hanya something untuk bangga bila ada gathering jah bragging tentang kejayaan dan kekayaan among members ... yang kurang duduk tepi saja .... tapi boleh bangga di public sebab di kata kan 'genius' for 3 year old boy ....

sebelum kutuk i faham definiton genius dahulu ......selayak nya untuk adik ini bijak dan hi iq ..... prominent scientist pun terlalu ramai belum layak di gelar genius ...

tahniah adik ....masih jauh perjalanan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2020 09:32 PM | Show all posts
xde ke yg umur 3 tahun hafaz Yaasin  ???


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 05:12 PM GMT+8 , Processed in 0.366221 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list