CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8316|Reply: 82

[Dunia] Ratusan serpihan tulang manusia ditemukan dalam kolam

  [Copy link]
Post time 20-1-2020 07:59 AM | Show all posts |Read mode
BANGKOK - Hampir 300 serpihan tulang dikeluarkan dari sebuah kolam berhampiran rumah seorang lelaki yang didakwa membunuh dan menyembunyikan mayat teman wanitanya.

Penyelam, Anusorn Pongkesa berkata, kebanyakan 288 tulang yang dijumpai 20 penyelam dalam pencarian selama lima jam itu adalah tulang manusia.

Khamis lalu, pihak berkuasa menemui rangka manusia yang dibalut dengan pakaian dan cadar serta disembunyikan di bawah objek logam besar diikat pada dumbel menggunakan rantai kira-kira lima meter dari kolam tersebut.

Usaha pencarian di dalam kolam diarahkan selepas saksi meyakinkan polis bahawa mungkin terdapat dua lagi mayat dalam kolam berdekatan rumah suspek Apichai Ongwisit, 40, di daerah Bang Khae, Bangkok.

Menurut sumber, polis merancang untuk mengeringkan kolam untuk mencari lebih banyak bukti kerana mereka percaya sekurang-kurangnya tiga orang masih hilang.

Serpihan tulang akan dihantar ke Hospital Siriraj untuk diperiksa dan dikenal pasti.

Selain kerusi batu, pintu logam turut ditemukan dan dipercayai digunakan sebagai pemberat salah satu mayat yang dibuang ke dalam kolam kerana terdapat kabel elektrik padanya.

Difahamkan, kes bermula Julai tahun lalu apabila Ongwisit dan teman wanitanya, Kik, 22, memfailkan aduan kepada polis menggesa pihak berkuasa menyiasat individu yang didakwa menyerang wanita itu secara seksual.

Bagaimanapun tidak lama kemudian, keluarga Kik melaporkan kehilangannya dan ketika usaha mencari dilakukan polis menahan seorang lelaki bernama Chalermchai berusia 50-an yang memberi petunjuk penting mengenai kehilangan mangsa.

Awal bulan lalu, Ongwisit ditahan selepas polis menemui mayat Kik yang dibungkus dengan beg plastik dan dikebumikan di sekitar rumahnya.

Mayat mangsa dikenal pasti oleh keluarganya berdasarkan tatu gambar ikan di belakang badannya. - Agensi

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2020 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Susah aku nak tgk polis siam perut buncit... Selalu aku cuci mata tgk abam tentera siam yg ensem dan slim fit
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2020 08:30 AM | Show all posts
mak aih kijam gile... mungkin kah lagi dasyat dari pembunuhan sosilawati?
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2020 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 20-1-2020 08:17 AM
Susah aku nak tgk polis siam perut buncit... Selalu aku cuci mata tgk abam tentera siam yg ensem dan ...

Pokcik2 tua pangkat tinggi kot. Penyelamnya slim fit
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2020 09:04 AM | Show all posts
sarah82 replied at 20-1-2020 08:17 AM
Susah aku nak tgk polis siam perut buncit... Selalu aku cuci mata tgk abam tentera siam yg ensem dan ...

nyesal scroll balik..


baru 200 tulang dijumpai..
mana la perginya tulang2 yang lain..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2020 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 20-1-2020 09:00 AM
Pokcik2 tua pangkat tinggi kot. Penyelamnya slim fit

Tu laa.. Dah yummy.. Iols suka cuci mata tgk abam tentera siam.. Hahahaha.. Menyelerakan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2020 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
EvieWanKenobi replied at 20-1-2020 09:04 AM
nyesal scroll balik..



Hahahaha.. Sorryyy..

Mesti kerja pembunuh bersiri la tu... Sbb dah 3 mangsa... Entah2 ada lagi.. Harus berhantu tempat tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2020 09:24 AM | Show all posts
sarah82 replied at 20-1-2020 08:17 AM
Susah aku nak tgk polis siam perut buncit... Selalu aku cuci mata tgk abam tentera siam yg ensem dan ...

teringat pula movie thai pasal polis gemuk yg kene exercise utk turunkan berat badan (tp x abis tgk lagi)


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2020 09:37 AM | Show all posts
tak memasal iols scroll atas balik nak tgk perut abam polisi
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2020 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
eeee serial killer ke ape ni. paling mnakutkn bila org yg kita knal nmpak baik tp sbenarnya ad dark side bila ttiba sklip mata bleh btukar wtak jd gnas, bnuh rape org segala.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2020 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
merrissa replied at 20-1-2020 09:24 AM
teringat pula movie thai pasal polis gemuk yg kene exercise utk turunkan berat badan (tp x abis tg ...

Movie thai byk kelakar.. Selalu layan movie tony jaa saja.. Hahahah
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2020 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 20-1-2020 08:17 AM
Susah aku nak tgk polis siam perut buncit... Selalu aku cuci mata tgk abam tentera siam yg ensem dan ...

Hahha tetiba pasal abang polisi pewut muncit
Untuk tak ot
Kisah ni dah macam citer seram pulak

Bunuh awek buang kat tasek
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2020 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
dineo replied at 20-1-2020 10:41 AM
Hahha tetiba pasal abang polisi pewut muncit
Untuk tak ot
Kisah ni dah macam citer seram pulak ...

Hahahaha.. Sbb aku tak pernah jumpa/nampak abam polis dan tentera siam yg buncit.. Selalunya yummy saja aju nampak.. Hahahahaha

Mcm kes Green River Killer.. Bunuh pelacur dan buang kat sungai.. Estimated lebih kurang 48 pelacur kena bunuh..

In fact dia sangat baik dgn isteri dia..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2020 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Psycho nya semua mayat buang dlm kolam.

Ps : Baju pulis awat buat cutting slim fit? Sian perut.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2020 11:34 AM | Show all posts
sarah82 replied at 20-1-2020 08:17 AM
Susah aku nak tgk polis siam perut buncit... Selalu aku cuci mata tgk abam tentera siam yg ensem dan ...

Hat ni boss besaq kot..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2020 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 20-1-2020 09:10 AM
Tu laa.. Dah yummy.. Iols suka cuci mata tgk abam tentera siam.. Hahahaha.. Menyelerakan

Uniform polis & tentera indonesia & siam ni mmg ikut body
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2020 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
ais_kosong replied at 20-1-2020 11:34 AM
Hat ni boss besaq kot..

Hahaha.. Aku dok rasa lagu tu dahhh.. Hahaha.. Tu perut pun besar
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2020 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 20-1-2020 11:35 AM
Uniform polis & tentera indonesia & siam ni mmg ikut body

Indonesia tak menyelerakan nak tgk.. Hat siam ni.. Waduhhh.. Suka gila tgk depa.. Hahahaha..

Jgn marah la no abam polis dan tentera malaysia..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2020 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 20-1-2020 11:38 AM
Indonesia tak menyelerakan nak tgk.. Hat siam ni.. Waduhhh.. Suka gila tgk depa.. Hahahaha..

J ...

Uniform polis & tentera malaysia dulu2 jenis baggy. Senang masuk angin
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2020 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 20-1-2020 11:40 AM
Uniform polis & tentera malaysia dulu2 jenis baggy. Senang masuk angin

Iols suka uniform GGK kalau malaysia.. Dgn tgn lipat sampat ke lengan.. Fuhhh.. Ensemmm lebih.. Dgn beret depa lagi.. Masa ex bf ggk dulu.. Selalu minta gambr dia dgn uniform.. Wakakakaak.. Tasty gitu..

Thread ni dah dicabulkan oleh kuuu.. Hahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:53 AM GMT+8 , Processed in 0.160133 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list