View: 10526|Reply: 90
|
Trauma gugur, Fasha tak mahu cakap banyak - Usia Kandungan Is Secret
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Spekulasi kehamilan Fasha Sandha terjawab apabila aktres jelita itu mengesahkan dirinya berbadan dua.
Bagaimanapun, Fasha atau nama penuhnya, Nur Fasha Sandha Hassan, 35, enggan bercerita lanjut mengenai kandungannya kerana fobia dengan insiden keguguran sebelum ini.
“Saya mengaku ramai yang tidak henti-henti bertanya mengenai kehamilan saya apabila melihat perut semakin besar.
“Alhamdulillah, saya hamil. Cuma saya tidak mahu berkongsi usia kandungan kerana insiden keguguran sebelum ini membuatkan saya fobia untuk bercakap mengenainya,” katanya kepada BH Online.
Pemenang trofi Pelakon Wanita Terbaik (Drama), Anugerah Skrin 2017 ini mengaku pengalaman keguguran beberapa kali menjadi faktor dia mengambil masa untuk menjelaskan situasi sebenar.
“Saya ambil masa untuk beritahu perkara ini kerana ingin memastikan apakah masanya sesuai untuk dikongsi. Sebolehnya, saya tidak mahu bercakap mengenai perkara ini (hamil) kerana masih sedih atas kejadian sebelum ini (keguguran).
“Insiden itu melukakan hati kedua-dua anak saya saya. Justeru, kali ini, saya mahu lebih tenang dan mengambil langkah berhati-hati.
“Buat peminat yang selalu mengambil berat dan mendoakan yang baik-baik untuk saya, terima kasih saya ucapkan,” kata pelakon drama rantaian Semua Salahku ini.
Berikutan keadaannya itu, isteri kepada pelakon Aidil Aziz ini memberitahu, dia sedang berehat daripada berlakon dan tumpuannya lebih kepada kerja seni yang lain.
“Saya sedang berehat seketika. Fokus saya lebih kepada rangka promosi untuk drama selain komitmen sebagai duta produk,” katanya.
Fasha mendirikan rumah tangga dengan Aidil pada Mac tahun lalu. Ini adalah perkahwinan kedua buat Fasha.
Menerusi perkahwinan pertama, bintang jelita ini dikurniakan dua anak iaitu Putra Rayfal Ramli, 6, dan Putri Raysha Jemyma, 5.
Pada 10 Jun tahun lalu, Fasha menerusi perkongsian di Instagram mengumumkan dirinya keguguran. Sebelum itu, pada 21 Mei, dia mendedahkan dirinya hamil.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah lerr... Tak usahlah kecoh. Bukan first time pongg |
|
|
|
|
|
|
|
syukurlah melekat jugak...rezeki |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 20-1-2020 08:30 AM
Dia ni mmg lawa. ....
Lawa...tapi bagus dia nih xdemand watak berlakon. Sanggup amik watak mak2 even muda lagi...n pasan jugak sheols sanggup berlakon watak org susah. Ada certain retis veteran macam watak datin2 je nampak deyols amik. |
|
|
|
|
|
|
|
Glowing muka dia.. Nmpak aura bahagia..masa preggy dolu2 badan naik bagai di pam2.. Kali ni biasa je perut je besar
|
|
|
|
|
|
|
|
Kali ni senyap2 udah lah kan, lagi pon bkn first time... Semoga dipermudahkn semua nya |
|
|
|
|
|
|
|
miss_strangers replied at 20-1-2020 08:33 AM
Lawa...tapi bagus dia nih xdemand watak berlakon. Sanggup amik watak mak2 even muda lagi...n pasan ...
Oh....first time kaka kenal dia dan lakonan dia melalui drama yg adik beradik tu apa ke nama tajuk drama dgn Fiza elite tu...lupa...tu jela...drama2 lain X pernah tertengok lagi tapi watak lakonan dia dlm drama tu sangat menyerlah. ..lepas tu dia terkenal sb kes dengan suami Nora Danish tu jela dulu...hihi... |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 20-1-2020 08:39 AM
Oh....first time kaka kenal dia dan lakonan dia melalui drama yg adik beradik tu apa ke nama tajuk ...
Erm saya kenal dia time drama pertama dia kalau X silap dgn jehan miskin Tu. Fasha bawak watak gadis kampung. Mmg on point la fasha Dalam Tu, sbb muka dia sejenis ayu ..tapi ramai komplen suara dia cam suara doremon Dalam tu |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 20-1-2020 08:39 AM
Oh....first time kaka kenal dia dan lakonan dia melalui drama yg adik beradik tu apa ke nama tajuk ...
drama Natasha kan..
semoga baby & mom sentiasa sihat..
Aamiinn.. |
|
|
|
|
|
|
|
EvieWanKenobi replied at 20-1-2020 09:08 AM
drama Natasha kan..
Oh yela. Natasha. .masa tu dua2 fasha dan fiza tu cantik sangat. ...
Ya doakan yg baik2. .. |
|
|
|
|
|
|
|
Fasha ni muka dia cantik sgt, tapi dia lebih suka bergaya simple n selekeh, rugi je. . Kalau dia bergaya pasang badan macam che ta mesti vass kebaboom. Umur pun belum tua sangat lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
virgo19 replied at 20-1-2020 09:20 AM
Fasha ni muka dia cantik sgt, tapi dia lebih suka bergaya simple n selekeh, rugi je. . Kalau dia ber ...
Maksud ko nk bergaya da boom 24jam..365 hari?.. Gila ke hapa.. Che ta tu dh mcm fake gaya jer aku tgk.. Terlampau over last2.. Nampak tak de gaya pun ya..
Gaya ni biar ada limit..
Utk lime light function.. Ya bergaya la sesuai usia Dan gaya..
Luar kerja.. Balik ke asal la sbg manusia yg ada. Masa rasa nk berselebet selekeh.. Cukup dgn legging Dan baju labuh tutup bontot paras lutut..
Tu dah kemas bagi aku laa.. Utk wanita below 40 |
|
|
|
|
|
|
|
subur betul dia ni..
senang je lekat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Produktif jugakla baru gugur xlama lepas tu lekat lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus fs ni, tahniah. dia ni antara artis yg dh kawin yg sgt bertanggungjwb pd hubby dia, nmpk dia syg sgt kt hubby dia, x mcm sorg retis tu tiap2 mlm msk club peluk cium bergesel jamtan lain.
Mcm fs ni xde malu pun nk post gamba dgn mil dia. Retis yg sorg tu mmmm |
|
|
|
|
|
|
|
Preggy2 pn shantekkkkkkkkk angatttttt sheolsss
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Lawonya fasha, nmpk berseri
Nk dapat baby girl ke
Moga dipermudahkn utk dia dan baby |
|
|
|
|
|
|
| |
|