|
Saintis di NASA (The National Aeronautics and Space Administration) telah membuktikan bahawa menanam pokok nanas dalam pasu dan diletakkan dalam bilik tidur mampu menjadi penawar untuk masalah berdengkur.
Menurut Mirror, kajian mereka dapati pokok nanas berbeza daripada pokok lain kerana menghasilkan oksigen melalui proses fotosintesis pada waktu malam. Hal ini menjadikannya sebagai pokok paling membersihkan udara ketika malam.
Selain itu, pokok ini juga akan menapis gas toksin yang merbahaya untuk kita.
Disamping itu juga, kita bolehlah menikmati buahnya yang kaya dengan vitamin C dan serat, sekali gus meningkatkan kesuburan, mencegah penyakit kadiovaskular, mencegah asma, memelihara kesihatan mental, membantu melawan kanser dan lain-lain lagi. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|