Edited by EJALTI at 20-1-2020 06:43 AM
Dr M beri amaran PH boleh jadi kerajaan sepenggal
https://www.malaysiakini.com/news/507723
News | Diterbitkan Hari ini 12:04 tengahari | Dikemaskini Hari ini 12:30 tengahari
Parti pemerintah boleh menjadi kerajaan sepenggal jika tidak berubah, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
“Kita kalah lima pilihan raya kecil dan mereka masih tidak faham,” beliau dipetik berkata kepada pemberita di Langkawi oleh Reuters.
“Saya beritahu mereka, dalam demokrasi kamu perlu sokongan kuat orang ramai.
“Tetapi sebaliknya, mereka bergaduh sesama sendiri dan pecah belahkan rakyat… Mereka tidak akan menang kecuali mereka ubah cara,” katanya.
Warisan, sekutu Pakatan Harapan, kalah dalam pilihan raya kecil Kimanis, Sabtu lalu.
Tinjauan juga menunjukkan populariti gabungan itu merosot di kalangan orang awam. |