Kumpulan rap yang kian meningkat naik, K-Clique unggul pada Anugerah Digital Muzik Era (EDMA 2019) yang berlangsung malam tadi apabila memenangi dua daripada lima kategori dipertandingkan. Anugerah yang dimenangi itu adalah Lagu Featuring Hit iaitu Mimpi (K-Clique feat Aliff) dan Rappers Paling Onz.
Itu juga anugerah pertama diterima mereka selepas muncul dalam industri muzik.
“Terima kasih kepada semua yang mengundi. Kami memang tidak menjangka akan menang sebab calon lain semuanya hebat dan popular. Tapi anda sudah memberikan kepercayaan kepada kami. Terima kasih juga pada pihak Era kerana mencalonkan kami,” katanya wakil kumpulan K-Clique, MK.
Menerusi kategori Rappers Paling Onz, K-Clique menewaskan Zizi Kirana, Aman Ra, Bunga dan Kid Santhe.
Sementara itu, Andi Bernadee juga berpuas hati apabila dinobatkan Lagu Viral Onz menerusi lagu Donde.
Ia juga kemenangan pertama Andi pada acara anugerah selepas hampir tiga tahun berada dalam industri muzik.
“Alhamdulillah, terima kasih Allah atas rezeki ini. Pastinya, tanpa sokongan dan undian peminat, saya tidak menang.
“Sejujurnya, ketika melancarkan lagu ini saya tidak meletakkan sebarang harapan tinggi. Saya hanya mahu peminat menikmati muzik saya.
“Tidak menjangka ia diterima baik dan tular. Sehinggakan orang panggil saya dengan Donde,” katanya.
Lagu Donde menewaskan lagu Sumpah (Naim Daniel), Haa Tepok (Meer Fly, Kid Santhe& MK), Mimpi (K-Clique feat Aliff) dan Hutang (Floor 88).
EDMA 2019 adalah anjuran stesen radio nombor satu, Era bagi menghargai bakat tempatan tanah air.
Acara yang berlangsung di Battle Arena, Petaling Jaya, malam tadi itu adalah penganjuran keempat sekali gus melihat ramai penyanyi muda mendominasi pencalonan anugerah digital.
Menariknya kali ini, EDMA 2019 turut mengangkat kelab peminat selebriti sebagai satu anugerah bagi menghargai sokongan mereka selama ini.
Bagi kategori itu, kelab peminat penyanyi, Haqiem Rusli iaitu Qiemillio Official FC memenangi kategori Fan Club Paling Ngam.
Sementara itu, penyanyi, Luqman Faiz dipilih sebagai Artis Baru Baek yang menewaskan Naim Daniel, Kuchaimars, Fieya Julia dan Muna Shahirah.
EDMA 2019 kali ini turut dimeriahkan dengan persembahan hebat daripada Naim Daniel, Andi Bernadee, Luqman Faiz, K-Clique, Floor 88, Zizi Kirana dan ramai lagi.
Undian EDMA 2019 bermula pada 23 Disember 2019 sehingga 16 Januari di laman web Era.
... K-Clique ni chuols rasa tak overrated ke???ke sbb ada MK jahhhh.... tu pun bukannya hot manaa.....uppsssss.....
so, apakahh award ni sendu.....sampaii takde siapa yg membicarakannya.....gitewhhhhhh...ke sbb ummah CARItizen fokus kpd AFC2019 yg mana turut diadakan jumaat malanm hari tuhh... cc : @katibism ....
ke ummahh bolayan jahhhh sbb boikot ERA????? ahakzzzz...
diam tak diam, award EDMA ni dah 4 kali diadakan setiap awal tahun....kiranyaaa award warm up utk Anugerah Meletop ERA....yg turut di whoryussss kannn oleh sesetengahhh chuolss....
sendu chuols...
tahun lepas kene kecam dgn iols sebab event mcm dekat dewan sekolah jahh...
iols layan tahun lepas punya sebab ada tokti yach walaupun yg lain2 semua BBNU jahhh...
Sendu sendu pun ...at least adalah award utk hargai artis2 ni...... biarlah tahap menguap skala 10....drpd award muzik yg kononnya mengiktiraf hasil kerja terbaik.....nan hadoo....4 tahun dah sepi karammmm di lautan zabarjad....ehh tiberhh ...huhuu..
Oh yer...last year ada tokT kan....konon2 kemunculan tokT nak tambah hype lagi Award ni...tp last2 sendu jua.... tepukan pun ala kadar jahh.... BBNU seolah2 mengwhoryuskan tokT jahh...penat2 jah tokt beranti permani bagaiii.... fesyen tokt pun hauk masa tu.....ehh
Tokti sah2 kene scam chuols.. siap bagi ala2 anugerah sepanjang hayat terpaksalah datang chuols...
AIM takda dana chuols... sponsor semua berebut nak sponsor konsert kak ani 8 jota okehhh kau adoooo
Post time 20-1-2020 11:25 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Ayooo semua yg buat persembahan macam level2 nyanyi Lepas semput berlari dengan note semua kelaut dengan semputnya suara dengar tak dengar
Dah la audio dia pun sama hampeh hm