CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5311|Reply: 37

Fikry Ibrahim nak lakar sejarah tunggang jet ski dari Langkawi ke Kelantan

  [Copy link]
Post time 20-1-2020 07:08 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 20-1-2020 07:08 PM

Melakar sejarah, Fikry tunggang jet ski ke Kelantan

Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
bhhip@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Pelbagai cara boleh digunakan untuk mencipta nama, namun pelakon Cekelat Semanis Honey, Fikry Ibrahim berpendapat ramai golongan muda menggunakan cara kurang bijak bagi meraih populariti.

Justeru, bagi membuka mata golongan muda, lelaki kelahiran Jitra, Kedah itu mahu melakarkan namanya dalam Malaysia Book Of Records dengan menunggang jet ski dari Langkawi ke Kelantan.

Kemudiannya, kembali ke negeri berkenaan dengan pemanduan sejauh 3,000 kilometer bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2020.

“Sebenarnya saya mahu mencabar diri, sejauh mana boleh memanfaatkan perkara yang diminati. Secara tidak langsung, saya mahu membuka mata golongan muda banyak cara berfaedah yang boleh dilakukan untuk menjadi popular.

“Bagaimanapun, ramai yang cuba menjadi pandai dan ingin dilihat bijak dalam media sosial dengan cara tidak betul.

Akhirnya mereka kelihatan kurang bijak, jadi saya ingin menunjukkan salah satu cara aktiviti yang boleh mencipta nama dengan cara yang lebih bermanfaat,” katanya yang menceburi sukan jet ski sejak setahun lalu.

Fikry berkata, dia mempunyai pelbagai hobi termasuklah perlumbaan motosikal dan kereta, tetapi cepat bosan, di tambah pula risiko kemalangan. Bagaimanapun, niat untuk mencuba sukan jet ski akhirnya membawa kepada sesuatu yang bermanfaat.

“Saya mula terfikir apa lagi yang boleh dilakukan menerusi sukan jet ski selepas setahun bermain secara suka-suka dan pernah menyertai beberapa perlumbaan. Kenapa tidak saya melakukan sesuatu untuk negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

“Jadi, saya membuat keputusan mencipta nama dalam Malaysia Book Of Records dengan memandu jet ski dari Langkawi ke Kelantan. Saya akan kembali semula ke sana dalam tempoh antara 10 hingga 12 hari. Ini adalah salah satu sumbangan saya untuk negara.

“Sebagai rakyat, jangan tanya apa negara buat kepada kita tetapi sepatutnya tanya apa sumbangan untuk negara,” katanya yang kini gigih berlatih bagi persiapan untuk acara yang dijangka berlangsung pada Julai depan.

Katanya, dia kini terpaksa memperlahankan kerjaya seni memandangkan sibuk dengan persiapan untuk rekod yang bakal dicipta.

“Saya juga sibuk menguruskan perniagaan berasaskan aplikasi penghantaran makanan dan platform masakan dari rumah pertama, Go Eat.

“Buat pertama kali, saya akan membintangi filem selepas empat tahun bergelar anak seni. Penggambaran filem dijadualkan bermula pada Februari ini.

“Jadi, saya terpaksa memperlahankan aktiviti seni bagi memberikan tumpuan pada persiapan melakar nama dalam Malaysia Book of Records dan perniagaan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, ia bukan bermakna akan meninggalkan kerjaya lakonan.

“Saya masih sayang dan meminati bidang lakonan, tidak mungkin akan meninggalkannya sedangkan nama saya masih hijau dalam industri hiburan,” katanya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2020 08:01 PM | Show all posts
confirm lalu belakang rumah sis vokuru sungai golok, moga sis vokur tak mengendap dari celah tingkap
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2020 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sakit bontot ka?
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2020 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Tadi kluar Tv-Alhijrah buat business ala Food Panda tu. Ni nak ber jet ski pulak. Esok melingkup la. Semua ko nk buat..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2020 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia nie pandai cari duit... dr buka barber shop... aplikasi go eat... baguihhhh noooo
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2020 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Sally6162 replied at 20-1-2020 09:09 PM
Dia nie pandai cari duit... dr buka barber shop... aplikasi go eat... baguihhhh noooo

Iols pun rasa bagus, org keje pejabat mesti suka. Order masakan rumah tu, senang la orang katering cari makan. Kapasiti nak buat ada

Bijak gak dia lakar nama dalam Guinness sementara muda
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2020 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Jap2...iols je ke yg kenot brain ni? Cmne die nk berjet ski dr langkawi ke kelantan tu? Die ikot laluan mane weh? Die akan menyusur sepanjang keliling semenanjung msia dr utara trun ke selatan then naik ke pantai timur ke? Gitu ke weh? Xkn la die nk naik jet ski melintas daratan dr kedah ke kltn plak kan? Hahhaha bengong iols memikirkn nye.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2020 12:42 AM | Show all posts
dah mula nak buat keje mengarut ke? nanti ko jadik level HA org meluat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2020 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Klu pkai duit sdri lantak lah ko nk merentasi benua antartika pun.. nnti jgn nk mntak dana itu dana ini
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2020 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
September14 replied at 21-1-2020 07:20 AM
Klu pkai duit sdri lantak lah ko nk merentasi benua antartika pun.. nnti jgn nk mntak dana itu dana  ...

Betul. Dana sempena vmy2020 kaj?

Apa faedahnya dia nak berjetski ke negeri mundur selain bontot kematu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2020 08:45 AM | Show all posts

Tu la kena bawak kurex skali..kalau lenguh ada org tolong urut..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2020 08:53 AM | Show all posts
apps go eat tu macam bagus jah...
grabfood dgn foodpanda mana amik order dekat kedai2 makan biasa..
so bolehla kan setakat nak order corndog satu dua cucuk nanti
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2020 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Boomibulat replied at 21-1-2020 08:45 AM
Tu la kena bawak kurex skali..kalau lenguh ada org tolong urut..

Ang ni boomi..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2020 10:22 AM | Show all posts
so cara dia ni bijak ka?
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2020 10:28 AM | Show all posts
harap2 sampai la
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2020 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
sleepandream replied at 21-1-2020 08:53 AM
apps go eat tu macam bagus jah...
grabfood dgn foodpanda mana amik order dekat kedai2 makan biasa. ...

tmpat aiols ade jah grab/foodpanda amik order kt gerai2 tepi jln nie
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2020 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Sendunye nk cipta rekod sampah
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2020 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
hurmmmmmm apa salahnya.. kalau boleh yg lagi pendek seluar tu ye fikry..

@Themilo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2020 10:56 AM | Show all posts

bijak sikit la dari burung berterbangan
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2020 10:57 AM | Show all posts
sleepandream replied at 21-1-2020 08:53 AM
apps go eat tu macam bagus jah...
grabfood dgn foodpanda mana amik order dekat kedai2 makan biasa. ...

Masih dlm trial...area Putrajaya, Cyberajaya... KL/PJ belom.

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:19 PM GMT+8 , Processed in 0.087457 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list