View: 1974|Reply: 14
|
Benarkan Jualan Bahan Lucah Untuk Kurangkan Kes Rogol
[Copy link]
|
|
Ahli Parlimen Thailand mencadangkan penjualan permainan seks dibenarkan sebagai langkah mengurangkan kes serangan seksual, lapor South China Morning Post.
Treerat Sirichantaropas, jurucakap jawatankuasa yang ditugaskan untuk memerangi kes rogol berkata menerusi Facebook, beliau percaya dengan membenarkan penjualan bahan-bahan pornografi, ia akan membantu mengurangkan jumlah kes serangan seksual di negara itu.
Kredit foto: SCMP/Nora Tam
Katanya, 30,000 kes rogol dilaporkan setiap tahun, di mana kebanyakan laporan dibuat mangsa berusia antara 15 dan 19 tahun.
Pornografi dan mainan seks adalah isu tabu di Thailand dan sebarang penyebaran bahan lucah menerusi Internet merupakan kesalahan jenayah.
Jika sabit kesalahan, pelaku boleh dihukum penjara sehingga lima tahun dan denda sehingga 100,000 baht (RM13,409).
Jelasnya, langkah itu membolehkan pelaku melampiaskan keghairahan seksual mereka, sekali gus mengurangkan kes rogol di negara itu.
Kebiasaannya, pesalah dalam kes rogol tidak menerima hukuman memadai, di mana ia bermaksud mereka mungkin mengulangi jenayah sebaik sahaja dibebaskan dari penjara.
"Kita perlu mempertimbangkan sama ada penjenayah terbabit dijatuhkan hukuman setimpal yang boleh mengurangkan masalah itu (kes rogol).
"Hukuman penjara tidak mengurangkan statistik kes rogol," katanya.
Tahun lepas, polis Thailand merampas beratus permainan seks yang dijual di gerai-gerai di tepi jalan sepanjang kawasan pelancong di Sukhumvit, Bangkok bernilai 2 juta baht (RM268,164). - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
risau sis @Themilo kena rogol masa bercuti dekat thailand nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Buat hukuman kerat anu tu je |
|
|
|
|
|
|
|
taboo di Thailand? hahahah{:yameteh |
|
|
|
|
|
|
|
Macam bakalan backfire jah. Seks ni addictive, lagi banyak rangsangan lagi rasa nak lagi nak lagi. Takdenya dengan belambak bahan lucah macam ni makin berkurang orang gila seks |
|
|
|
|
|
|
|
Thai ni negara sorga seks bagi pelancong barat,
tapi pornografi dan sex toys adalah taboo?
ironi betol |
|
|
|
|
|
|
|
ko biar betik org ketagih mana boleh puas makin buas ade le. lingat seks tu macam roti ke, hari2 mkn boleh muak |
|
|
|
|
|
|
|
Red District kat Siam tu punya la byk.. Pun ada kes rogol lagi.
Tu pun ada puak2 nak bagi lesen pelacuran kat malaysia atas alasan nak kurangkan rogol.. |
|
|
|
|
|
|
|
apsal rogol..kt sna kn byk je pelacur..murah2 pn ade |
|
|
|
|
|
|
|
thailand umpama rumah kedua meols yach. tiap tahun mesti akan ke sana..
|
|
|
|
|
|
|
|
Takdenya kurangkan kes seksual. Makin bertambah ada lah nanti. Zaman dah advance, mudah mereka nak perolehi bahan porno. |
|
|
|
|
|
|
|
jual bahan lucah.. kes rogol xde kesah benda lucah gtu.. budak, nenek, org pakai litup pon kalau dah napsu hantu raya dia sesah jugak |
|
|
|
|
|
|
|
bodoh2 manusia sekarang ye.. semakin kau rangsang nafsu tu, semakin liar lah jadinya..
satgi dah puas main sex toy nak jugak yg betul2.
|
|
|
|
|
|
|
|
NI semua sebab nak untung business je mana boleh guna alasan macam tu tambah masaalah mungkin |
|
|
|
|
|
|
|
30000 kes rogol di thailand tu budak melayu sekolah kebangsaan ke?
Forumer bodoh ci kata la ... |
|
|
|
|
|
|
| |
|