CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 13895|Reply: 27

LAPTOP BARU ? SECONDHAND?

  [Copy link]
Post time 22-1-2020 01:50 PM | Show all posts |Read mode
Saya nak beli laptop baru sebab laptop lama dah lama rosak.

Tadi tanya officemate ok ke laptop secondhand ni sebab dekat shopee harga murah. Dia kata secondhand ni cepat rosak.. Dia kata baik beli baru sebab harga rm1500 je kalau pandai cari.

Laptop tu bukan utk apa pun, cuma utk menaip dgn layan youtube, kalau game tu, takat Worm Armageddon je la. oklah kan dgn harga rm400+, bagi saya la..

Ke memang tak elok? atau baik beli baru je?

Dekat mana laptop baru yg murah? Rasanya takde yg baru murah ni. Ye tak??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2020 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Ade driver utk win10 x yg second hand tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2020 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Kurex at 22-1-2020 02:32 PM
lattehazelnut replied at 22-1-2020 02:18 PM
Ade driver utk win10 x yg second hand tu


ni hah.. ..... tak reti nak tengok driver ke tak

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2020 02:52 AM | Show all posts
Edited by trunks at 30-1-2020 02:29 AM

ya memang lebih baik beli aje baru,sama ada Laptop atau
Handphone ke.sebab harga baru laptop yang specs agak baik
takla mahal sangat dah.

Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2020 02:52 PM | Show all posts
no komen......
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2020 02:24 AM | Show all posts
Tips dan Panduan Memilih Laptop Yang BaikTerdapat pelbagai jenis laptop dalam pasaran pada masa ini. Rekabentuk luar yang cantik serta teknologi yang canggih mampu menarik perhatian ramai orang. Namun, sebelum membeli laptop, jadilah pengguna yang bijak. Buat sedikit kajian perbandiangan dahulu sebelum membeli laptop pilihan anda. Ikuti panduan memilih laptop yang baik ini..


Tentukan Keperluan Penggunaan Anda


Perkara paling penting dalam memilih laptop adalah dengan menentukan “untuk apa laptop ini akan digunakan”. Maksudnya, kita memilih laptop mengikut kesesuaian penggunaannya.

Netbook


Netbook mempunyai saiz yang kecil dan ringan. Kebiasaannya, ia memiliki spesifikasi yang rendah. Netbook sesuai digunakan untuk tugasan-tugasan menggunakan aplikasi ringan seperti Microsoft Office.


Netbook juga amat sesuai digunakan bagi mereka yang bekerja secara nomad. Berpindah dan bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

Notebook


Seterusnya adalah notebook. Secara asasnya ia sama dengan laptop namun kapisitinya masih di tahap rendah. Ukuran notebook adalah lebih besar berbanding netbook.


Notebook sesuai digunakan oleh pelajar universiti dan pekerja di pejabat. Harganya tidak terlalu mahal, dan mempunyai kapasiti menyimpan data yang lebih besar.


Laptop


Terakhir adalah laptop yang berkapisiti tinggi. Laptop jenis ini biasa digunakan untuk kerja-kerja reka grafik dan permainan video. Laptop jenis ini mempunyai saiz yang lebih besar, lebih berat dan tentunya harganya lebih mahal.


Aplikasi yang digunakan sebagai contoh adalah Aplikasi Adobe Photoshop, Ilustrator, After Effect, Correl, dan sebagainya. Penggunaan yang sesuai adalah bagi aktiviti yang tidak perlu terlalu banyak bergerak.


Bagi pemain video, anda boleh mendapatkan laptop yang mempunyai spesifikasi khas untuk tujuan “gaming”. Laptop ini direka khas dengan keperluan untuk perkembangan permainan video game. Harganya amat mahal tapi berbaloi dengan kepuasan yang bakal anda rasakan.


Laptop Apa Yang Bagus?



Secara ringkasnya apabila kita mahu membeli laptop anda perlu ketahui perkara berikut:


Processor yang digunakan.- Disarankan sekurang-kurangnya i5, kalau ada bajet lebih boleh ambil i7, dan sekarang pun dah ada i9.
Ram berapa GB – Sekurang-kurangnya 4GB, disarankan terus upgrade Maximum 8GB
Ada Grafik Kad – Yang standard pun tidak mengapa, melainkan anda ‘gamer’ kena ambil yang lebih ‘power’
Kapasiti Saiz SSD / HDD –  Minima 500GB, lebih baik 1TB
Ada pemain CD/DVD – Yang ikut pada keperluan anda, kebanyakan model nipis tiada.
Ada sistem penyejuk – Kebanyakan model terbaru sudah ada sistem ini.
Saiz Skrin dan Jenis Touch Screen atau tidak
Berat –  Lebih ringan lebih memudahkan
Windows Terbaru – Windows 10
Software yang diberikan, seperti Microsoft Office, Antivirus dan sebagainya
Pilih Sistem Operasi Yang Biasa Digunakan


Secara asasnya, terdapat 3 jenis sistem operasi bagi komputer mahupun laptop. Ketiga-tiga jenis system operasi itu adalah Windows, Chrome Os dan Mac OS X (hanya untuk pengguna Macbook sahaja).


Windows
Berdasarkan kajian, lebih ramai pengguna laptop menggunakan sistem operasi Windows. Ini kerana kebanyakan perisian komputer dicipta sesuai dengan keperluan Windows.


Sistem operasi terkini yang digunakan adalah Windows 10. Ia mudah digunakan.


Chrome OS
Chrome OS pula merupakan sistem operasi yang dicipta oleh syarikat Google. Ia menggunakan pelayar Google Chrome sebagai muka depan desktop penggunanya.


Chrome OS membantu penggunanya melayari internet dengan lebih cepat. Ia juga memudahkan penggunanya menyemak email, interaksi di media sosial dan sebagainya.


Tidak ramai orang menggunakan Chrome OS. Ini kerana ia berlu sentiasa berhubung dengan internet. Tanpa capaian internet, system operasi ini tidak dapat digunakan dengan sebaiknya.

Mac OS X
Mac OS X pula merupakan system operasi yang digunakan bagi semua komputer dan laptop keluaran Apple.


Mac OS X mempunyai fungsi yang hampir sama dengan Windows. Namun terdapat beberapa perbezaan pada paparan desktop dan taskbar.


Mac OS X merupakan system operasi yang sesuai bagi mereka yang mementingkan kualiti dan prestasi. Harganya tentu lebih mahal berbanding laptop yang menggunakan sistem operasi yang lain.


Memiliki laptop yang cantik dan elegan dan berprestasi tinggi tentunya menjadi impian semua orang. Namun, kita harus berpada-pada. Pilihlah laptop mengikut kesesuaian penggunaanya serta harga yang mampu kita miliki. Anda boleh menambah kapasiti prestasinya sedikit demi sedikit pada masa akan datang.


Terdapat pelbagai jenis laptop dalam pasaran pada masa ini. Reka bentuk luar yang cantikserta teknologi yang canggih mampu menarik perhatian ramai orang. Namun, sebelum membeli laptop, anda seharusnya menjadi pengguna yang bijak. Berfikir dahulu sebelum membeli.


Berikut merupakan beberapa kriteria penting yang anda harus teliti sebelum membuat keputusan membeli laptop.


Pemilihan Processor


Processor boleh diibaratkan sebagai otak bagi sesebuah computer. Ia bekerja dengan cara menerima maklumat dari pengguna lalu memproses maklumat tersebut.


3 jenis processor yang terkenal di pasaran adalah Intel Core i3, Intel Core i5 dan Intel Core i7. Apakah perbezaan antara ketiga-tiga jenama ini?


Intel Core i3:


Tidak menyokong  teknologi Hyper-Treading automatik antara 2.933 GHz sehingga 3.2 GHz
Clock Graphics Processor 100 MHz
L3 Cache 4 MB
LGA Socket 1156
Core I3 dapat mengintegarsikan Virtualizing Tecnology dengan GPU (Graphic Processing Unit) sehingga meproses dengan lebih cepat.
Teknologi Hyper-Treading merupakan kemampuan untuk stimulasi jumlah processor yang ada sehingga mampu bekerja secara multi- processs pada bahagian kecil. Dengan adanya teknologi ini, laptop dapat berfungsi dengan lebih cepat dan efisyen.


Walau bagaimanapun, technologi Hyper-Trading ini hanya disokong oleh Intel Core i5 dan i7.


Perbezaan teknologi pada processor tentunya menyebabkan perbezaan harga pada laptop yang ingin anda miliki. Laptop Intel Core i3 berharga lebih rendah berbanding i5 dan i7.


Sekiranya anda sekadar menggunakan laptop untuk menaip atau melayari internet, laptop dengan processor Intel Core i3 sesuai untuk anda.


Berikut merupakan beberapa jenama laptop dengan processor Intel Core i3:


ASUS VivoBook Max X441UV-WX280T
Lenovo IdeaPad 320-14ISK
ASUS X441UV-WX091D / WX092D / WX095D / WX099D
Acer Aspire E5-475-31TQ
ASUS VivoBook A405UR-BV025
Intel Core i5:


Menyokong teknologi Hyper-Treading
Terdiri dari 2 processor Dual Core. Terdapat juga siri i5 yang mempunyai 2 processor Quad Core, namun tidak menyokong teknologi Hyper-Treading
Turbo Boost maksimum overclocking automatik antara 2.4 GHz sehingga 3.33 GHz.
L3 Cache 4-8 MB
LGA Socket 1156
Intel HD Graphics
Maximal RAM 16 GB
Umumnya laptop Intel Core i5 mempunyai 2 processor Dual Core. Ini menjadikan ia beroperasi secara multi tasking dan lebih efisyen. Laptop jenis pula lebih sesuai untuk menampung software yang lebih berat.


Beberapa contoh laptop dengan processor Intel Core i5 adalah seperti berikut:


ASUS A442UR-GA041T / GA042T / GA043T / GA044T
Lenovo IdeaPad 520s-0VID
ASUS VivoBook S15 S510UQ-BQ439
Acer Aspire E5-476G-54U3
ASUS A456UR-GA090D / GA091D / GA092D / GA093D / GA094D
Intel Core i7:


Menyokong teknologi Hyper-Treading
Turbo Boost maksimum overclocking automatik antara 1.73 GHz sampai 3.33 GHz
L3 Cache 8-12 MB
Teknologi Intel QuickPath Interconnect yang berfungsi untuk mempercepatkan proses bacaan data mencapai 25.6 GB /saat
LGA Socket 1156
Intel HD Graphics
Maximal RAM sebesar 24 GB
Laptop jenis Intel Core i7 pula memiliki processor Quad Core dengan kepantasan 0.07 GHz pada setiap processor. Terdapat juga laptop jenis ini yang mempunyai 6 processor. Dengan kapasiti processor sebegini, laptop jenis Core i7 mampu berfungsi dengan tugasan yang lebih berat seperti Video Rendering dan Gaming.


Beberapa contoh laptop dengan kapasiti Intel Core i7 adalah seperti berikut:


ASUS Zenbook UX310UQ-FC337T
ASUS X450JB-WX001D
ASUS A442UR-GA030D / GA031D
ASUS ROG GL552VX-DM018D
ASUS A442UR-GA030T / GA031T
Memiliki laptop yang cantik dan elegan dan berprestasi tinggi tentunya menjadi impian semua orang. Namun, kita harus berpada-pada. Pilihlah laptop mengikut kesesuaian penggunaanya serta harga yang mampu kita miliki.



sumber


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2020 02:28 AM | Show all posts
8 Perkara Yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Beli Laptop Yang Bersesuaian Untuk Pelajar


Kalau bercerita bab laptop mana yang patut dibeli mungkin sedikit sukar untuk diperkatakan. Tengok saja dipasaran, bermacam-macam model dengan spesifikasi yang ditawarkan.
Bagi pelajar pula, ada yang mahukan laptop sekadar untuk membuat tugasan disamping melayari internet. Ada juga yang mahukan komputer yang lebih dari itu. Jadi sebelum mengeluarkan sejumlah duit, mungkin korang boleh lihat apa faktor atau perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli laptop.



1. Kenali dahulu sistem operasi yang dimahukan (Windows 10, MacOS atau ChromeOS)
Kalau korang ke kedai, mungkin ada tiga jenis sistem operasi yang ditawarkan. Kebanyakkannya pastilah dari Microsoft iaitu Windows 10, atau jika memilih produk Apple, korang akan dapat MacOS atau sistem operasi yang mungkin sesetengah dari anda kurang maklum, ChromeOS.
  • Windows 10 – Dibangunkan oleh Microsoft dan ia mengambil alih kedudukan Windows 7 sebagai sistem paling popular diseluruh dunia. Banyak perisian serasi digunakan dengan sistem operasi ni. Kemaskini yang akan datang juga ada menjanjikan penambahbaikan daripada ciri sedia ada macam Hub untuk aplikasi Office, Intelligent Actice Hours untuk ciri Windows Update yang tak menyusahkan pengguna dan beberapa lagi.
  • MacOS – Kesemua komputer jenama Apple didatangkan sistem operasinya yang tersendiri. Paling terkini adalah MacOS Mojave. Kalau korang sudah biasa guna Windows, minggu pertama guna MacOS mungkin agak kekok sedikit tetapi dirasakan sistemnya lebih mesra pengguna.
  • ChromeOS – Sistem ni dibangunkan oleh Google dan ia berasaskan pelayar web Chrome. Lebih sesuai untuk tugasan-tugasan ringan.




2. Saiz laptop
Kredit foto: Laptop Screen
Salah satu faktor penting bagi sesetengah orang. Dari ukuran 11.6 inci hinggalah sebesar 17.3 inci. Kebanyakkan jenama terkenal menyediakan laptop dengan saiz 13 inci hingga ke 17 inci.
Jika korang jenis yang melakukan kerja dibanyak tempat, 13 inci sangat sesuai. Tetapi harus diingat tak semua model dengan saiz ni menawarkan cip yang berkuasa seperti cip Intel Core i7 atau kad grafik yang lebih baik. Laptop bolehlah dikelaskan seperti berikut:
Ultrabook – Biasanya tebal lebih kurang 0.7 inci dan kebawah disamping menyalurkan prestasi yang tinggi.
Notebook – Kombinasi antara mudah alih dan prestasi. Saiz sudah pasti lebih besar sedikit dari Ultrabook.
Laptop 2-in-1 – Boleh dijadikan sebagai laptop atau tablet apabila dipisahkan dari papan kekunci. Sistem operasi menyokong ciri sentuhan
Gaming – Jenis ni biasanya berat dengan rekabentuk kompak. Dikuasakan dengan perkakasan dalaman berprestasi tinggi membolehkan pengguna menjalankan permainan bergrafik tinggi.
3. Papan kekunci
Spesifikasi baik tak bermakna papan kekuncinya sedap digunakan. Ada pelbagai jenis susun atur papan kekunci yang boleh dipilih, sama ada yang bersaiz penuh diiringi butang nombor atau yang lebih kecil sedikit.
Bagi yang banyak bermain dengan nombor pasti mahukan butang nombor ditepi, tetapi yang lebih kerap menaip mungkin tidak mungkin menyukainya kerana akan terkeliru dengan butang anak panah.
Lebih elok jika memilih yang mempunyai ciri cahaya, backlit. Lebih mudah digunakan pada waktu gelap.
4. Jenis pemproses
Kredit foto: PC World
Perkara yang paling penting ketika memilih sesebuah laptop. Cip pemproses atau CPU ibarat “otak” kepada laptop. Kalau korang membuat tugasan dan bermain game biasa, tak perlulah bersusah payah memilih CPU aras tinggi.
Kalau mahukan cip dari Intel ada tiga jenis yang boleh dipilih, Intel Core i3, i5 dan i7. Masing-masing berbeza dari segi harga dan prestasi. Intel Core i5 dah memadai dan sedap dipakai untuk korang.
Dekat hujung versi model tu ada huruf seperti U dan Y. Contohnya seperti Intel Core i5-7200U. Kebanyakkannya adalah dari jenis U dan kalau Y, ia berkuasa rendah dan prestasi kurang memberangsangkan. Kalau Intel Core i7, hujung nama model tu ada HQ atau K yang gunakan kuasa lebih tinggi.
Selain Intel ada lagi CPU macam AMD Ryzen. Banyak ulasan cakap ia mantap untuk gaming, tapi korang tunggu kerja dululah baru beli.
5. RAM
Kredit foto: Ars Technica
Memori RAM diperlukan untuk membolehkan korang menjalankan pelbagai perisian atau aplikasi dalam waktu yang sama. Disamping sistem dapat mengakses data dengan lebih pantas.
Dengan perisian dan pengalaman penggunaan zaman sekarang, kapasiti RAM yang sesuai sekurang-kurangnya adalah 8GB.
Kalau banyak jalankan aktiviti berat atau bermain game, RAM 16GB atau keatas untuk prestasi dan pengalaman yang betul-betul padu.
6. Ruang simpanan
Kredit foto: Yahoo Finance
Semua sudah maklum, sistem dan data laptop disimpan dalam HDD. Ia dah kurang digunakan lebih-lebih lagi bagi laptop seperti Ultrabook disebabkan saiznya dan pemprosesan yang agak perlahan serta kadang-kala cepat panas. Kalau dah lama sikit, siap berbunyi bising lagi.
Satu lagi jenis adalah Solid State Drive (SSD). Ukurannya lebih kecil, data boleh diakses dengan lebih laju. Seperti contoh, korang pasang sistem operasi didalamnya, proses buka laptop kebiasaannya mengambil masa beberapa saat saja atau paling kurang pun 1 minit.
7. Jenis port dan ciri keselamatan
Salah satu perkara penting adalah port sambungan. Bayangkan anda membeli laptop jenama ternama dengan harga mahal tetapi hanya mempunyai dua port sambungan.
Sekiranya korang pelajar, pilihlah laptop yang ada sekurang-kurangnya port USB 3.0 (lebih kurang 10 kali lebih pantas dari versi 2.0) dan HDMI. Senang sikit jika ada pembentangan perlu dibuat didalam kelas. Lihat juga pada port sambungan dari jenis USB Type C, kombinasi untuk pengecasan dan pemindahan data.
Bagi yang agak skeptikal dengan ciri keselamatan seperti kata laluan, terdapat laptop yang mempunyai ciri pengimbas cap jari. Selain meningkatkan lagi sekuriti , akses lebih pantas dapat dibuat untuk menyahkunci laptop. Seperti telefon pintar korang, jarang dah rasanya guna kata laluan. Kan?
8. Bateri
Kredit foto: BreakFixNow
Selalu strim video, kecerahan skrin tinggi, dan akses internet boleh kurangkan kuasa bateri dengan pantas.
Untuk korang yang selalu duduk setempat dan berdekatan dengan punca kuasa, mungkin tak bermasalah. Jika yang selalu berulang alik ke kelas atau perpustakaan, carilah yang mampu berkuasa sehingga 7 ke 8 jam tetapi bergantung kepada penggunaan juga.
Semak kapasiti bateri seperti contoh nilai 44Wh hingga 55Wh adalah antara nilai terbaik bagi bateri.
Itulah antara perkara dan tips yang patut anda fikirkan terlebih dahulu. Jadi apa yang bersesuaian dengan pelajar zaman sekarang?
  • Ukuran skrin sekitar 12.5 inci ke 14 inci dengan resolusi skrin 1920 x 1080
  • Cip Intel Core i5 dah memadai
  • RAM 8GB
  • Antara HDD dan SDD, pastinya korang nak yang lebih pantas
  • Jangka hayat kuasa dari bateri yang mampu bertahan lebih kurang 7-8 jam
  • Sistem operasi yang senang digunakan dan tak menyusahkan bila melakukan tugasan yang diberi.
Sekali lagi, ia terpulang kepada keperluan dan bajet yang korang peruntukkan. Jika korang masih pening kepala, Huawei ada mengeluarkan sebuah laptop ultrabook untuk individu yang mahukan sebuah laptop ringan diusung kesana-kemari.
Dilengkapi dengan skrin IPS bersaiz 14 incinya mampu menghasilkan paparan 1920 x 1080 yang cukup memuaskan halwa mata korang.
Rekaannya kemas dan tampak premium dan mudah dibawa kemana-mana tanpa memerlukan beg yang besar. Disamping tu, bateri yang dibekalkan berkapasiti 57.4Wh dan mampu menampung penggunaan sekitar 7 ke 8 jam.
Dikuasakan dengan CPU Intel® Core™ i5-8250U dan grafik Intel® UHD Graphics 620, sesuai untuk tugasan dan permainan video yang santai.
Sistem memori RAM adalah 8GB dan ruang menyimpan yang diberikan adalah SSD 256GB. Mempunyai port USB C, USB 3.0, USB 2.0, HDMI serta bicu audio 3.5mm. Pembesar suara disisi disokong oleh Dolby Atmos untuk pengalaman pendengaran yang baik.
Ia turut dilengkapi dengan ciri Huawei Share. Pemindahan data dapat dibuat dengan pantas tanpa sambungan wayar. Sambungkan saja dengan telefon pintar melalui Huawei Share, 1000 gambar dihantar dalam masa 3 minit dan video 1GB boleh disalin dalam tempoh seminit sahaja.
Huawei Sharei boleh dilakukan bersama telefon pintar siri Huawei Nova yang menyokong pelbagai ciri-ciri Kecerdasan Buatan dan ia mampu memudahkan serta melancarkan tugasan harian pelajar.
Menariknya juga tentang Huawei Matebook D, ia dilengkapi dengan ciri pengimbas cap jari. Hendak hidupkan laptop, tekan saja pada butang kuasa, dalam masa yang sama, sensor akan mengesan cap jari dan korang tak perlu lagi mengisi kata laluan dimana ia terus membawa ke paparan utama.
Seperkara lagi yang menarik tentang produk ini adalah saiz pengecasnya yang bersaiz poket dan ringan. Kalau ditambah tolak, berat Huawei Matebook D dan Pocket Charger hanya dibawah 2kg sahaja. Ringan bukan? Cukup mudah dimuatkan kedalam beg terutama bagi golongan pelajar yang terpaksa mengangkut buku-buku pelajaran.
Huawei Matebook D dijual pada harga RM2999 untuk pasaran tempatan dan korang mungkin boleh mempertimbangkan model ini untuk dijadikan teman menyiapkan tugasan yang diberi pensyarah.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2020 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Kurex at 30-1-2020 08:11 AM
trunks replied at 30-1-2020 02:28 AM
8 Perkara Yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Beli Laptop Yang Bersesuaian Untuk Pelajar




saya bukan pelajar.... tapi boleh la guna tips ni kan? dulu masa study dulu tak boleh nak download adobe.. tak sesuai dgn laptop
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2020 03:08 PM | Show all posts
Kurex replied at 30-1-2020 08:10 AM
saya bukan pelajar.... tapi boleh la guna tips ni kan? dulu masa study dulu tak boleh nak downlo ...

oh hehe wajah avatar macam pelajar tu hehe gurau aje

tak boleh download Adobe yang photoshop ke?
ni file memang besar,saya pun sampai sekarang
guna portable saja..kecil size dia.

awak jadi ke beli?ke dah beli Laptopnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2020 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
trunks replied at 30-1-2020 03:08 PM
oh hehe wajah avatar macam pelajar tu hehe gurau aje

tak boleh download Adobe yang photoshop ke ...

avatar tu gambar retis, kalau pakai gambar sendiri takut ramai yg berkenan.
tengah mencari lagi.. laptop yg sesuai utk youtube, menaip, letak satu game je, Worm Armageddon.. tu je.. tengah cari mana yg sesuai..
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2020 03:42 PM | Show all posts
Kurex replied at 30-1-2020 03:26 PM
avatar tu gambar retis, kalau pakai gambar sendiri takut ramai yg berkenan.
tengah mencari lagi.. ...

ni kalau i3 punya specs dgn 8gb RAM
dah agak ok juga.. tak apa macam saya
bagitau haritu, katalah bajet 1500
dah boleh tu dapat laptop yang awak nak
guna tu.cuma nasihat saya elak
beli online, beli yang baru punya
dan dapatkan nasihat seller kat kedai
jual tu.brand jangan yang bukan2
hehe..cubalah yang ada brand sikit

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2020 04:35 PM | Show all posts
trunks replied at 30-1-2020 03:42 PM
ni kalau i3 punya specs dgn 8gb RAM
dah agak ok juga.. tak apa macam saya
bagitau haritu, katala ...

sangat berinformasi serta mudah difahami.

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2020 05:17 PM | Show all posts
Decon replied at 25-4-2020 04:35 PM
sangat berinformasi serta mudah difahami.

hehe ,tengah cari2 Laptop ke tu?
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2020 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Huawei matebook cantik
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 11:13 AM | Show all posts
lama tinggal bidang perkomputeran ni..last 18 tahun dulu..pahtu lupa dh semua..masa zaman Pentium 4..tgk2 dh kuar siri i,

cuma nak tanya la..kalo i3 gen 10th, storage 256gb m.2 ssd..leh upgrade ker 500gb/512gb m.2 ssd utk core i3 tu?
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 09:44 PM | Show all posts
@mahathirGX

abam, nanti tolong tengok2 soalan atas ni ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2020 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
palmolive replied at 29-5-2020 10:13 AM
lama tinggal bidang perkomputeran ni..last 18 tahun dulu..pahtu lupa dh semua..masa zaman Pentium 4. ...

Tu kena check mobo support tak capacity storage..... Biasa boleh... Setakat 500gb tu...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2020 11:58 AM | Show all posts
palmolive replied at 29-5-2020 11:13 AM
lama tinggal bidang perkomputeran ni..last 18 tahun dulu..pahtu lupa dh semua..masa zaman Pentium 4. ...

bergantung pada chipset mainboard.
selalunya takde masalah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 03:38 PM | Show all posts
alhamdulillah..terima kasih pada pihak yg menjawab

@mahathirGX & @aziz79
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 03:49 PM | Show all posts
Edited by ciwikode at 8-12-2021 06:04 PM

pemenang anugerah laman lucah india terbaik https://www.indiantube.porn/
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:04 AM GMT+8 , Processed in 0.156977 second(s), 54 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list