CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12150|Reply: 85

Badul tak mahu gelaran Datuk

  [Copy link]
Post time 22-1-2020 01:58 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 22-1-2020 01:57 PM

Badul tak mahu Datuk

Ridzuan Abdul Rahman
mohamadridzuan@hmetro.com.my

PELAKON, pengarah dan pelawak veteran, AR Badul, 70, tidak pernah menyimpan impian untuk dikurniakan pangkat Datuk.Badul yang pernah membintangi filem bercorak ketenteraan seperti Darah Satria dan Prebet Lapok pada tahun 1980-an berkata, dia tidak layak membawa pangkat itu.

"Saya tak pernah berangan nak dapat Datuk. Berilah kepada veteran tentera yang benar-benar layak serta anggota bomba dan polis yang menjaga keselamatan negara.

Ini baru dikatakan tugas untuk negara. Pelakon dan penyanyi adalah penghibur saja. Kita hiburkan orang dapat bayaran, bukan percuma," katanya.

Badul berkata, dia ada mendengar orang mempertikaikan kenapa dia tidak diberikan Datuk kerana sudah banyak berjasa kepada industri perfileman tempatan.

"Selagi saya naik kereta Proton Saga atau menunggang motosikal ke pasar membeli ikan, janganlah bagi Datuk kepada saya.

"Saya ada ramai kawan bergelar Datuk dan mereka layak bawa pangkat itu kerana ada perniagaan bernilai jutaan Ringgit. Kehidupan mereka amat berbeza dibandingkan dengan saya," katanya.

Pelakon bernama sebenar Armaya Aman Ramlie ini berkata, dia tidak sepatutnya ditanya mengenai perkara itu, tetapi sebaliknya meminta masyarakat menilai bagaimana artis lain boleh dianugerahkan pangkat itu.

"Tak layak yang saya maksudkan ialah dalam pelbagai faktor. Mungkin, saya tiada hubungan dengan pihak yang bertanggungjawab beri pangkat itu. Mungkin juga saya bukan di depan mata mereka atau bukan rakan mereka.

"Kalau nak diikutkan, ramai pelakon kita berlakon filem genre patriotik, tapi mereka yang tak berkaitan pula tiba-tiba dapat pangkat itu," katanya.
Menurut Badul, dia tidak cemburu tetapi berharap ia diberikan kepada mereka yang benar-benar layak.

Dalam masa sama, Badul turut mempersoalkan adakah penggiat seni yang bergelar Datuk sanggup melaksanakan aktiviti khidmat sosial secara percuma.

"Kalau kerajaan panggil mereka untuk program amal, adakah mereka tak kenakan bayaran? Atau kerajaan minta mereka menjayakan sesuatu kempen secara percuma, nak tak mereka pergi?" katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2020 02:04 PM | Show all posts
saya tiada hubungan dengan pihak yang bertanggungjawab beri pangkat itu



Kejap lagi ada la datuk datin beli yang meroyan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2020 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
FF, AA, AP, sila terasa yach.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2020 02:19 PM | Show all posts
Jawapan yg sinis dan tepat. So, aku bersetuju ngan apa yg cik badul cakap.
lagi2 yg perenggan last tu .. tanya je
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2020 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
tak payah datok2..silap hari bulan, kalau baling batu tentu terkena kepala datuk
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2020 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Jamil_Abu replied at 22-1-2020 02:19 PM
Jawapan yg sinis dan tepat. So, aku bersetuju ngan apa yg cik badul cakap.
lagi2 yg perenggan last  ...

nama kau selalu diseru @sarah82
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-1-2020 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 22-1-2020 02:36 PM
nama kau selalu diseru @sarah82

Huhu.. Sat aku nak baca..
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2020 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 22-1-2020 02:37 PM
Huhu.. Sat aku nak baca..

ulang ulang sampai Abang Jamil Mampus tu laaaaaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2020 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi aku gelaran datuk ni kena betul2 layak.. Ni hamlau pelakon tak bergred jadi datuk sebab byr? Baik ko bagi semua saja kat rakyat malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2020 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Setuju ckp heols.. sptutnya dato ni bg yg btul2 bjasa utk ngara... ini artis pun nk bg dato apooooo
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2020 02:41 PM | Show all posts
gelaran tu takde nilai pun bagi heolsss... sebab sajat pun boleh dapat datuk
rasa terhina sungguh bila pelakon veteran dapat gelaran tersebut lagi2 pondan yang dapat dulu dari theyolssss...
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2020 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada ke org nak bagi
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2020 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 22-1-2020 02:38 PM
ulang ulang sampai Abang Jamil Mampus tu laaaaaaa

Hahaha.. Aku kat kecemasan.. Tido pulak tak cukup.. Tu otak slow..
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2020 02:49 PM | Show all posts
dia pun sedar diri dia sapa
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2020 02:49 PM | Show all posts
iols pernh nmpk dlm fb (bukan friendlist iols) anak dato siap letak nama bapaknya yg bergelar dato...like seriusly?
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2020 03:10 PM | Show all posts
negeri boksit tu mmg ada quota gelaran utk artis kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2020 03:10 PM | Show all posts
Bijok Pak Badul. Malangnya askar-askar gaji pun sedeh jah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2020 04:07 PM | Show all posts
tapi die pun tak layak pun dapat datuk.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2020 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Statement pkck Badul menampakkan dia xkemaruk dgn pangkat, status, kuasa dan duit wlpun pkck Badul ni lyk ja nk dpt pangkat Datuk tu atas prjlnan kja seni beliau....

Moga pkck Badul sntiasa dilimpahi rezek dan dikurniakan ksihatan yg baik
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2020 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tanak bagi bam sajat title tug. Datuk ajat ajat in da haus aummm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:59 AM GMT+8 , Processed in 0.070764 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list