CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4122|Reply: 53

[Tempatan] Pesara transfer RM618,302 secara berperingkat dari 13 - 26 Disember

  [Copy link]
Post time 23-1-2020 08:42 PM | Show all posts |Read mode
Macau Scam perdaya pesara kilang, rugi lebih setengah juta


BUKIT MERTAJAM: Taktik sindiket Macau Scam menyamar sebagai kakitangan pos dan pegawai polis berjaya memperdaya seorang pesara kilang hingga menyerahkan wang lebih setengah juta miliknya, Disember lalu.

Bagaimanapun, mangsa berusia 61 tahun hanya menyedari ditipu selepas sindiket yang berjanji mahu menghubunginya tiga minggu kemudian, gagal berbuat demikian.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid, berkata mangsa sebelum itu dihubungi seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai Rohani dari Poslaju Kuala Lumpur kira-kira jam 9 pagi, 11 Disember lalu.

Wanita itu menanyakan sama ada mangsa membuat penghantaran barang Poslaju dari Kuantan, Pahang ke Miri, Sarawak.

Katanya, suspek kemudian memberitahu menemui kad pengenalan dan sekeping kad kredit dipercayai milik mangsa ketika imbasan dibuat pada bungkusan yang dihantar itu.

“Mangsa seterusnya disambungkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di Kuantan, Pahang dan bercakap dengan seorang anggota polis yang memperkenalkan diri sebagai Sarjan Cheong.

“Sarjan itu meminta mangsa memberikan maklumat peribadi dan semakan yang dibuat selepas itu kononnya mendapati, mangsa terbabit dengan satu kes penggubahan wang haram.

“Panggilan kemudian disambungkan pula kepada seorang lagi anggota dikenali sebagai Sarjan Ang bagi tujuan membuat laporan dan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Nik Ros Azhan berkata, suspek seterusnya meminta mangsa mengeluarkan semua wang simpanannya dan memasukkan ke dalam satu akaun lain miliknya bagi tujuan siasatan oleh pihak audit Bank Negara.

Percaya dengan helah suspek, mangsa memasukkan wang berkenaan secara berperingkat bermula dari 13 hingga 26 Disember lalu.

“Sarjan Ang turut meminta mangsa membuat Kad ATM bagi akaun terbabit dan memberikan semua maklumat akaun itu kepadanya bagi tujuan siasatan Bukit Aman dan akan menghubunginya semula selepas tiga minggu.

“Tanpa ragu, mangsa menyerahkan semua maklumat terbabit namun, selepas tempoh itu, tiada panggilan diterima,” katanya.

Katanya, mangsa kemudian membuat semakan ke atas akaunnya dan mendapati semua wang miliknya berjumlah RM618,302 lesap.

Mangsa yang menyedari ditipu kemudian membuat laporan polis untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2020 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin menjadi2 scammer nih...jadik takut plak aku (walaupun aku xde duit)..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2020 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
7 menteri hanya sibuk isu tanglung
Isu lain, lantak la !
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2020 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku hr tu bila die ckp je nk tansfer call ke polis terus otomatik teringat scammer
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2020 08:57 PM | Show all posts
macam mana ler depa ni senang2 jer tranfer berpuluh ribu ringgit
tak terpikir ker
kalau derma tu 7 kali pikir....nak kasi seringgit ker nak kasi 5 ringgit
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2020 09:04 PM | Show all posts
“Mangsa seterusnya disambungkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di Kuantan, Pahang dan bercakap dengan seorang anggota polis yang memperkenalkan diri sebagai Sarjan Cheong.

“Panggilan kemudian disambungkan pula kepada seorang lagi anggota dikenali sebagai Sarjan Ang bagi tujuan membuat laporan dan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-1-2020 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu ada org islam yg buat scam ni...aku doakn Allah laknat dia....

Penat org tu kerja seumur hidup kau senang senang je amik duit org
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2020 09:11 PM | Show all posts
buat gempak kat scammer ni...kalo derang kata nak pindahkan call pada polis..kata kat derang...nanti saya check dengan sedara saya...sedara saya kerja polis di balai polis gombak atau mana2 balai polis...pasti scammer letakkan talipon...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2020 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Sampai sekarang tak selesai fishy sangat. Aku rasa berkomplot besar punya rangkaian ni. Bukan macau sorang2 je.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2020 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Lps ni kalau terima call and then dis ckp nk transfer call ke polis
Kita meratib je nama 7 menteri tu
tgk scammer tu takut ke tidak
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2020 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah dpt jugak call.
Tp yg bodohnya scammer ni diorg call pakai no HP. Lps tu yg ckp masa awal-awal tu bukan orang tapi mesin suara.bingai punya scammer bazir masa aku 3 saat
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2020 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekelip mata scammer kaya hasil seumur hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2020 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedih pakcik tu dah terlalu tua, jangan2 terpaksa cari kerja/jual rumah

Sama kisah penyewa rumah iols dulu. Bagi duit kat anak sedara suruh tolong buat rumah. Anak sedara kelabu mata lesapkan duit
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2020 01:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Sial punya scamMer,  pesal polis tak boleh tumpaskan boss besar ek,? asyik2 ikan bilis dorang je kena tangkap.

Nasib mak ayah aku jenis tak layan talipon.  Kau ada promo ke ape ke dorang tanya aku,  aku cakap tak payah layan kalau tak reti dan tak faham apa dorng cakap.

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2020 03:39 AM From the mobile phone | Show all posts
munchkin replied at 23-1-2020 09:25 PM
Sampai sekarang tak selesai fishy sangat. Aku rasa berkomplot besar punya rangkaian ni. Bukan macau  ...

Betul, satu office yang run sindiket ni. Entah2 sekarang dah sewa bangunan dah. Sindiket yang tipu rakyat China haritu pun satu bangunan sewa 200 ribu sebulan. Terkicit2 lari scammer2 ni kena terjah imigresen.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2020 07:50 AM | Show all posts
Hiya....pakcik!

Daripada bagi wang ringgit pada scammer...lebih baik enjoy wang ringgit pada diri sendiri!


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2020 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku setuju jika hukuman mati dikenakan ke atas scammer.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2020 08:18 AM | Show all posts
enam ratus ribu saving seumur hidup. habis mcm tu sj. sian pakcik ni. dah ramai rakyat yang aware pasal benda ni tapi tetap ada jg yg tak sebab itu masih ada mangsa.

scammer2 ni tinggal dimalaysia tapi susah nak trace.  pasukan keselamatan kena up apa2 yg patut untuk lawan scammer2 ni.  kerajaan klau perlu kena bg peruntukan lebih untuk lawan scammer2 ni


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2020 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Hari tu polis serbu ratusan scammer China pun DAP dah bising
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2020 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
ade hanky panky ke smpi sukar nk detect pot scammer ni kesian mangsa smpi abg jamil mampos x dpt pembelaan n duit tu balik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:06 PM GMT+8 , Processed in 0.479156 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list