CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1340|Reply: 14

[Tempatan] Pesakit kanser payudara enggan jalani rawatan takut ‘hilang’ suami.

  [Copy link]
Post time 25-1-2020 07:38 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 24-1-2020 03:41 PM

Pesakit kanser payudara enggan jalani rawatan takut ‘hilang’ suamiNur Hasliza Mohd Salleh -

January 25, 2020 7:30 AM


Ramai pesakit kanser payudara berdepan kemurungan sehingga ada yang disahkan mendapat penyakit lain.


PETALING JAYA: Kebanyakan pesakit wanita yang menghidap kander payudara di Malaysia enggan menerima rawatan kerana khuatir mereka akan “kehilangan” suami.

Seorang jururawat yang hanya mahu dikenali sebagai Neesa mendakwa penghidap kanser payudara sering menganggap suami tidak akan suka fizikal mereka selepas menjalani kimoterapi dan radioterapi yang berterusan.

“Mereka risau, mereka tidak dapat ‘melayani’ suami di tempat tidur dengan baik.
“Namun, apa yang mereka tidak sedar, jika mengabaikan rawatan, kanser akan terus merebak dan payudara berisiko dibuang,” katanya kepada FMT.

Neesa, 58, sudah berkhidmat selama 40 tahun sebagai jururawat bermula sebagai sukarelawan dalam khidmat kaunseling khas kepada penjaga pesakit kanser.
Kini, beliau merupakan jururawat veteran di salah sebuah pusat kanser di ibu negara.

Neesa menambah, sepanjang berkhidmat, beliau berdepan dengan pesakit kanser yang terganggu emosi dan psikologi dalam tempoh menerima rawatan kerana mereka syak suami masing-masing curang kerana menjauhkan diri.

Katanya, isteri yang bertarung dengan kanser mengakui suami mereka ada hubungan intim dengan wanita lain dan keadaan menjadi lebih parah apabila suami menceraikan mereka.

Beliau berkata, disebabkan itu, isteri mereka mula putus asa dan tidak mahu meneruskan lagi rawatan yang ditetapkan oleh hospital.
“Terutama sekali, para isteri yang tidak bekerja. Mereka seolah-olah hilang terus daya upaya untuk ke hospital bagi menyambung rawatan.”

Neesa juga tidak menafikan terdapat suami penghidap kanser menghina keadaan fizikal isteri sebelum meninggalkan mereka.
“Mereka menyamakan keadaan payudara isteri seperti brokoli busuk.

“Disebabkan kata-kata seperti itu, ramai pesakit berdepan tekanan, kemurungan dan masalah emosi sehingga ada yang disahkan mendapat penyakit yang lain pula,” katanya.

Dis lalu, Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad dilaporkan berkata kanser payudara terus menjadi penyumbang tertinggi dalam kalangan wanita di negara ini dengan 31.1 kes daripada 100,000 penduduk.
Malangnya, kata Dzulkefly, 43% penghidapp penyakit itu dikesan atau diagnosis di tahap yang lewat iaitu tahap 3 atau 4.

Jaga payudara demi suami
Seorang lagi pegawai perubatan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur berkongsi pengalaman yang sama mengenai dilema yang dihadapi pesakit kanser wanita.

Dr Ida yang sudah 11 tahun berkhidmat sebagai doktor pakar dan beliau juga sukarelawan di pusat kanser yang sama dengan Neesa.
Sepanjang karier, katanya, beliau dapat merasakan pesakit kanser payu dara tidak memahami tujuan mereka mendapatkan rawatan.
“Sebab apa? Sebabnya, setiap kali para doktor bertanya, kenapa puan kena jaga kesihatan, kenapa kena jaga payudara?

“Tahu apa mereka jawab? Untuk suami, ini yang buatkan rata-rata doktor kesal dengan jawapan mereka,” katanya sambil menambah bukan sahaja wanita, malah doktor lelaki turut bersimpati dengan jawapan tersebut.
Jelasnya, pesakit tidak seharusnya memikirkan kepuasan suami semata-mata, sebaliknya mengutamakan kesihatan mereka sendiri.

“Pesakit saya yang dah kahwin ni, fikiran mereka, suami sahaja. Mereka lupa mereka juga seorang insan yang perlu diberikan perhatian dan menyayangi diri sendiri.”
Oleh itu, katanya, beliau dan rakan-rakan sentiasa memastikan pesakit kander payudara yang baru diagnosis memahami setiap tujuan, kesan dan peruntukan dalam rawatan yang diterima.

Katanya, beliau sendiri mengambil jalan untuk mencari pusat rawatan dan NGO yang menawarkan kelas kaunseling atau sesi ramah mesra antara pesakit dan penjaga.

“Ini bagi memberi ruang kepada mereka membuang segala pemikiran yang negatif dan menjauhkan diri daripada hubungan toksik yang melihat pasangan mempunyai penyakit sebagai masalah.

“Sebaliknya, sebagai satu cara untuk terus sama-sama berusaha mendapatkan semua kehidupan yang sihat,” katanya.
Ida menambah, sehingga kini, beliau masih berdepan dengan skrip yang sama setiap kali mengajukan soalan seperti di atas.
Bagaimanapun, beliau memasang harapan yang tinggi supaya keluarga, media dan masyarakat dapat mengubah persepsi tersebut.


https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/01/25/pesakit-kanser-payudara-enggan-jalani-rawatan-takut-hilang-suami/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2020 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Alahaii
Lantakkan je lah suami2 hanat camtu
Utamakanlah diri sendri pi buat rawatan
Knapa nak takut hilang suami bagai
ishh

Ramai je jantan yg jd pondan berjaya buat fake boobs besar2, knapa acik yg sakit nak risau psl boobs semata nk puaskan suami lahanat yg x syg acik seadanya tu

Rawat diri sendri
Klu mati sbb kanser tu pun hilang semua nya bukan setakat suami hanat je

Apalah
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2020 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan takat hilang suami..nyawa pun hilang.. Laki pun kawin lain..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2020 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Banyak yang dah masuk palliative care tu, suami dah takde melawat dan jaga. Sibuk mencari isteri kedua. Banyak je jantan lahanat di dunia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2020 08:59 AM | Show all posts
hilang suami xpe, jangan hilang nyawa kerana xrawat sakit..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2020 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Erm...
Lepas operate buang tu..
Mmg doc ada offer utk buat palsu punya..
Cm mak iols..doc sendiri isikan borang makna dan jkm
Jadi akan dpt bantuan.lah mcm tu
Makna tu ..utk dptkan nasihat atau pengalaman survivor lah..

Tapi mak.iols cakap..xpe la...apa yang ada je lah...
Sampai skang mak iols pakai bra yang biasa.aje...
Iols xtanya lanjut lah...haha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2020 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodohnya sanggup mati sbb laki. Nnti kau mampos x sampai sebulan laki kau kawen lain dah
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2020 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
MissVixen replied at 25-1-2020 08:52 AM
Banyak yang dah masuk palliative care tu, suami dah takde melawat dan jaga. Sibuk mencari isteri ked ...

Bila kita kutuk jantan gini katanya kita pukul rata. Pdhl.. Kebanyakkan jantan x guna ni yg tinggal bini hatta bini masih sehat lagi pon
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2020 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Hmmm. Suami yang baik mesti sama2 cari jalan nak sembuhkan. Mak mertua iols gemuk, perut geleber jangan cakaplah. Penyakit pon banyak. Tapi pak mertua masih setia walau pak mertua sihat, maintain dan gagah bekerja lagi. Hope my husbnd also setia dan sama2 susah senang sampai mati.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2020 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Lelaki mcm ni x layak jd suami. Full stop.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2020 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
hilang tetek hilang suami?
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2020 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
tobby replied at 25-1-2020 11:08 AM
hilang tetek hilang suami?

bini kau tak hilang tetek pun kau akan tetap ceraikan..hanya kerna dia staunch supporter of PH kheuun teletubbies?

kah lah kah

Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2020 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada kes mutawwif cite ada jemaah sanggup tak bagitau dia ada breast cancer semata2 nak pegi haji. Bila tak menerima rawatan, area breast tu akan terjejas dan keluarkan bau kurg enak.

Maybe nak sgt pegi haji sampai ketepikan benda yg lbh penting.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2020 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Pi mai pi mai tang tu lah  kalau hidup bertuhankn laki..
Kak...laki klu nak kawin lain dia tak tunggu tetek/ovari bini kena kanser...dia nak gatal anu gatal jugak kak...
Hmmmm...why..why.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2020 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
sayangla diri sendiri sebelum sayang org lain kak... ikhlas aku nasihat ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:02 AM GMT+8 , Processed in 0.066853 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list