CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3693|Reply: 38

[Tempatan] Dr MAZA - janganlah tertipu dengan propaganda kononnya China hanya memberikan ke

  [Copy link]
Post time 25-1-2020 07:47 AM | Show all posts |Read mode
Menerima kunjungan dari pemimpin masyarakat Uighur di kediaman saya. Mereka ialah al-Syeikh Abdul Waris Abdul Khaliq dan Nur Muhammad mewakili masyarakat mereka untuk menceritakan kepada saya kekejaman yang dilakukan oleh China terhadap masyarakat mereka. Berjuta juta Umat Islam Uighur dalam tahanan penyeksaan. Dirogol, diseksa, disekat zuriat, dirampas harta, dihalang beragama, dipaksa wanita bersuamikan lelaki cina yang bukan muslim dan pelbagai lagi kezaliman yang sangat menakutkan. Nasib mereka sangat menyayatkan hati.

Harap kita janganlah tertipu dengan propaganda kononnya China hanya memberikan kemahiran hidup dan masyarakat Uighur tidak diseksa. Mereka yang sanggup membuat cerita dusta seperti itu benar-benar mengkhianati masyarakat muslim di sana. Di manakah nilai iman atau sekurang-kurangnya kemanusiaan dalam diri?

Dengan perkenan Yang DiPertua MAIPs DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibn Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, saya memaklumkan bahawa MAIPs memberikan kepada mereka 10 kerusi pengajian di KUIPs (Kolej Universiti Islam Perlis) dengan pembiayaan MAIPs. Jumlah itu akan ditambah dari masa ke semasa. Harap zakat Umat Islam di MAIPs dapat membantu mereka. Mereka begitu gembira sekali dengan berita itu.

Pihak MAIPs juga merancang untuk mengadakan ceramah khas AIRMATA UIGHUR di Masjid Alwi pada Khamis akan datang selepas Maghrib (30 Januari). Kedua tokoh Uighur ini in sha Allah akan berucap. Semua Umat Islam di seluruh Malaysia dijemput hadir.

Marilah tunjukkan nilai ukhuwwah islamiyyah kita terhadap mereka.
https://www.facebook.com/pg/DrMAZA/posts/?ref=page_internal


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-1-2020 07:49 AM | Show all posts
namun Dr Mujahid Yusof Rawa berkata Uighyur bukan penindasan, hanya pembelajaran amali sahaja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2020 07:51 AM | Show all posts
Menteri Hal Ehwal Islam Malaysia Dibidas Berhubung Kenyataan Mengenai Lawatan ke Kem Uyghur


Menteri Hal Ehwal Islam Malaysia menjadi sasaran kritikan pedas selepas beliau mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan kem tahanan Uyghur yang dikunjunginya di China sebagai "pusat latihan dan vokasional," sedangkan kumpulan hak asasi manusia dan pegawai Amerika Syarikat menyamakan pusat itu seperti kem tahanan.

Kontroversi itu tercetus semasa lawatan lapan hari Mujahid Yusof Rawa ke China apabila, pada 26 Jun lalu, beliau memuat naik foto di laman Facebook rasminya yang menunjukkan beberapa orang dewasa duduk di meja kuning di dalam sebuah bilik yang dikelilingi bunga tiruan.

Menteri berkenaan pada Selasa menolak untuk mendedahkan lokasi kem itu yang dikatakan menahan minoriti Uyghur Muslim atau menjawab soalan lain BeritaBenar mengenai kunjungannya ke negara itu.

"Pusat ini menjalankan aktiviti latihan industri dengan memberi pelbagai kemahiran seperti menjahit, perundangan, seni, susunan bunga dan sebagainya," menurut kapsyen gambar yang dimuat naik itu, dan menyatakan Mujahid sedang melawat "pusat latihan dan vokasional komuniti Uyghur. "

Catatan itu tidak menyatakan sama ada "pusat" tersebut berada di wilayah Xinjiang, di mana para pegawai dan kumpulan hak asasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkata bahawa kira-kira 1.5 juta etnik Uyghur dan minoriti berketurunan Turki Muslim ditahan di kem-kem tahanan sejak April 2017.

Sebelum ini, pihak berkuasa China menafikan kewujudan kem-kem tahanan itu tetapi menyatakan bahawa pesalah jenayah kecil dihantar ke "pusat latihan pekerjaan."

Pada 27 Jun, Amnesty International Malaysia menyuarakan rasa kecewa terhadap gambaran kem tersebut oleh menteri berkenaan.

"Amnesty International mempunyai pengetahuan langsung bahawa pihak berkuasa China telah menahan etnik Uyghur dan mereka yang berketurunan Turki Muslim - di luar proses undang-undang - di kem ‘pendidikan politik' kerana dianggap tidak setia kepada kerajaan dan Parti Komunis China," kata kenyataan itu.

"Pihak berkuasa melabelkan kem-kem tersebut sebagai pusat untuk ‘transformasi melalui pendidikan’ tetapi kebanyakan orang merujuknya sebagai "kem pendidikan semula’," kata Amnesty.

Di kem-kem tersebut, etnik Uyghur dipaksa mengikuti pendoktrinasi politik, meninggalkan kepercayaan mereka, dilayani dengan buruk dan, dalam beberapa kes, turut diseksa, kata kumpulan pemerhati hak asasi itu.

Pada Mei lalu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo, dalam rujukan yang jelas mengenai dasar-dasar pemerintahan Hitler di Jerman dan Stalin di Kesatuan Soviet, menyatakan tentang "pencabulan  hak asasi manusia yang dilakukan secara meluas di Xinjiang di mana lebih sejuta orang terlibat dalam krisis kemanusiaan dalam skala seperti apa yang berlaku pada 1930-an. "

Pada Isnin, pejabat Menteri Hal Ehwal Islam Malaysia itu telah mengeluarkan satu kenyataan yang menyatakan bahawa lawatan Mujahid ke China telah diluluskan Kabinet dan "diberi panduan oleh Kementerian Luar untuk memastikan hubungan diplomatik antara Malaysia dan China tidak terjejas."

Mujahid bukan sahaja pergi ke China untuk melawat kumpulan etnik Uyghur tetapi turut saling bertukar pandangan dan pendapat mengenai keamanan dan agama, kata kenyataan media itu.

Pada 27 Jun, menteri Malaysia itu mengadakan pertemuan dengan Wang Zuoan, naib menteri Jabatan Kerja Barisan Bersatu - unit ideologi Parti Komunis China. Semasa perbincangan mereka, Mujahid menekankan pentingnya "kebebasan beragama dan menghormati hak rakyat untuk mengamalkan agama pilihan mereka," menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Mujahid pada Isnin, di mana beliau menangkis kritikan terhadapnya berhubung gambaran yang diberinya mengenai kem itu.

Kerajaan Malaysia dan negara jirannya, Indonesia, dua negara majoriti Muslim terbesar di Asia Tenggara, telah lantang bersuara mengenai penindasan yang dilakukan terhadap penduduk Palestin dan penganiayaan terhadap umat Islam Rohingya namun dilihat kurang memperkatakan tentang dasar China terhadap etnik Uyghur.

Bulan lalu, sebuah badan pemikir Jakarta membidas Indonesia kerana gagal mempertahankan etnik Uyghur yang terkurung dalam kem-kem tahanan di Xinjiang.

"Penindasan secara sistematik etnik Uyghur Muslim China di Wilayah Autonomi Xinjiang membangkitkan sedikit kebimbangan di Indonesia, negara yang mempunyai penduduk Islam paling ramai di dunia," kata Institut Analisis Dasar Konflik (IPAC) dalam satu laporan.

"Kerajaan Indonesia secara umumnya melihat tindakan keras terhadap Uyghur sebagai respon yang sah terhadap tindakan pemisah ...," kata institut itu.

IPAC turut merujuk kepada China sebagai rakan dagang terbesar dan pelabur kedua terbesar di Indonesia, dan menyatakan ini menyebabkan Jakarta enggan lantang bersuara mengenai isu Uyghur.

'Paling dungu’

China, sebaliknya, telah menolak dakwaan panel PBB pada Ogos 2019 bahawa pihak berkuasa negaranya membina "kem pengasingan besar" di wilayah Xinjiang yang bergolak, di mana Beijing berusaha menindas sentimen pro-kemerdekaan sejak beberapa dekad lalu.

Walaupun pada mulanya Beijing menafikan kewujudan kem tahanan itu, pihak berkuasa China cuba mengubah persepsi orang awam terhadap pusat kemudahan itu dengan menggambarkannya sebagai "sekolah berasrama" yang menyediakan latihan vokasional dan menolak radikalisasi.

P. Ramasamy, pemimpin kanan dalam Parti Tindakan Demokratik (DAP), satu daripada rakan parti dalam gabungan Pakatan Harapan Malaysia, adalah antara mereka yang mengkritik Mujahid kerana  menggambarkan kem tersebut sebagai "pusat latihan".

"Nampaknya, Malaysia bersedia untuk mengubah dasar terhadap umat Islam secara umumnya demi menyesuaikannya dengan tujuan politik dan strategiknya," kata Ramasamy, timbalan ketua menteri negeri Pulau Pinang, kepada akhbar Straits Times minggu lalu.

Dalam reaksinya terhadap catatan Facebook menteri itu tentang lawatannya ke kem Uyghur, Ahmad Farouk Musa, pengasas badan pemikir Front Renaissance Islam (IRF) yang berpejabat di Kuala Lumpur, menyifatkan Mujahid sebagai "mangsa propaganda komunis China."

"Inilah kenyataan paling dungu yang dibuat oleh menteri kita dalam kerajaan baru ini," lapor portal berita Free Malaysia Today (FMT) yang memetik Ahmad sebagai berkata dalam satu temu bual.

Mujahid, dalam kenyataan medianya pada Isnin, menyangkal tuduhan bahawa beliau mempromosikan propaganda Beijing.

Laporan berita mengenai kunjungannya ke China “amat mengelirukan, tidak tepat dan tidak menggambarkan keseluruhan ucapan beliau", kata kenyataan yang dikeluarkan pejabat Mujahid, yang merujuk kepada FTM yang menyiarkan laporan itu.

Kenyataan media pada Isnin itu, turut mempertahankan ucapan Mujahid di Universiti Pengajian Asing Beijing pada 28 Jun, di mana FMT memetik Mujahid sebagai berkata bahawa "berita palsu" mengenai umat Islam yang ditindas di China "boleh mencetuskan gelombang simpati terhadap mereka yang ditindas dan menjejaskan hubungan."

"Dalam teks ucapannya, menteri itu tidak menggunakan perkataan Xinjiang atau Uyghur seperti yang dinyatakan. Perkataan 'berita palsu' digunakan untuk menggambarkan bagaimana berita palsu boleh menjejaskan hubungan dua hala antara negara dan masyarakat," kata kenyataan dari pejabat Mujahid.

"Untuk rekod, China mempunyai kira-kira 20 juta umat Islam dari pelbagai kumpulan etnik serta mempunyai 30,000 masjid dan beribu-ribu imam," katanya.

Pada Selasa, Mujahid melalui jurucakapnya menolak untuk menjawab beberapa soalan daripada BeritaBenar mengenai lawatannya ke China, termasuk sama ada beliau membincangkan dengan pegawai-pegawai China mengenai kebimbangan antarabangsa berhubung berhubung penahanan beramai-ramai etnik Uyghur di kem tahanan itu dan sama ada beliau juga mengunjungi Xinjiang.

Sehingga September 2018, nasib etnik Uyghur di kem-kem tahanan di Xinjiang masih tidak diketahui dan sebahagian besar keluarga tahanan itu juga tidak tahu apa yang berlaku kepada mereka, menurut kumpulan hak asasi.

"China telah memperhebat kempen pengasingan beramai-ramai, melakukan pengawasan yang mengganggu, indoktrinasi politik dan asimilasi budaya secara paksa terhadap etnik Uyghur, Kazakhstan dan kumpulan etnik Islam yang lain," kata Amnesty dalam kenyataannya pada minggu lalu.

Kontroversi berhubung kenyataan Mujahid meletus kira-kira sembilan bulan selepas Malaysia membebaskan 11 orang etnik Uyghur daripada tahanan dan menghantar mereka ke Turki, setelah menolak permintaan Beijing supaya Kuala Lumpur menyerahkan mereka kepada pihak berkuasa China. Mereka melarikan diri ke negara Asia Tenggara itu setelah dibebaskan dari penjara di negara jiran, Thailand, pada 2017.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2020 07:54 AM | Show all posts
Edited by harizs at 25-1-2020 08:37 AM

Bekas duta turut bidas Mujahid selepas lawatan beliau ke pusat tahanan Xinjiang


PETALING JAYA: Diplomat veteran dan bekas duta Dennis Ignatius menyelar sikap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa selepas kenyataan dan ucapannya yang dilihat seolah-olah menghalalkan tindakan Beijing menahan ribuan umat Islam Uighur di dalam kem yang kononnya menjadi “pusat latihan dan vokasional”.

Dennis, bekas duta besar Malaysia ke Kanada, berkata tindakan Mujahid itu menghina rakyat Malaysia yang prihatin terhadap hak asasi dan maruah manusia.

Menurutnya, apa yang berlaku di Xinjiang adalah jenayah terhadap kemanusiaan.

“Tetapi seorang menteri Malaysia Baru membenarkan dirinya digunakan dalam usaha China menutup jenayah mereka,” tulisnya dalam kolum terkini di FMT.



“Selepas melakukan ‘lawatan berpandu’ di mana tetamu melihat dan mendengar apa yang tuan rumah mahu dia lihat dan dengar, dia (Mujahid) beria-ia memuji ‘pusat latihan dan vokasional’ China terhadap Uighur.

“Dan bagaimana mereka menjalankan aktiviti ‘latihan perindustrian’ dan mengajar pelbagai kemahiran seperti menjahit, kelas undang-undang, seni dan gubahan bunga. Bolehkah seseorang itu menjadi terlalu lurus?” soalnya.

Mujahid sebelum ini berkongsi di Facebook tentang lawatannya ke sebuah kem yang menurut Beijing adalah “pusat latihan dan vokasional bagi masyarakat Uighur”, penduduk Islam di wilayah Xinjiang yang berdepan pelbagai sekatan terhadap kebebasan budaya dan agama yang dikenakan parti komunis China.

Mujahid mengulang istilah “pusat latihan” itu sambil mengakhiri kenyataannya dengan “#RahmatanLilAlamin”. Ia mengundang pelbagai reaksi mengkritiknya di Facebook.

Antara yang mempertikaikan Mujahid ialah Amnesty International dan aktivis Islam Dr Ahmad Farouk Musa.

Farouk berkata Mujahid perlu sedar apa-apa yang dinamakan “kem pendidikan semula” itu sebenarnya adalah kem tahanan dan ia bukanlah rekaan Barat semata-mata.


Sementara itu, Naib Presiden Umno, Khaled Nordin mendakwa tindakan Mujahid menggunakan istilah “pusat latihan” terhadap kem itu memalukan umat Islam dan negara.


Dennis Ignatius.
Dennis turut mempertikaikan ucapan Mujahid di sebuah universiti di Beijing, di mana menteri tersebut menyentuh apa yang disifatkannya “berita palsu” mengenai nasib umat Islam China.

Menurut Dennis, pendirian Mujahid hanya akan memperkasa penindasan terhadap masyarakat Uighur.

“Tidak syak lagi, mereka kini akan menggunakan lawatan tersebut untuk terus membenarkan penindasan mereka terhadap Uighur yang bernasib malang,” katanya.

Mujahid dalam ucapan yang disampaikan di Universiti Pengajian Luar Beijing semalam, berkata: “Berita palsu di China mengenai umat Islam ditindas boleh mencetuskan gelombang simpati pada orang yang ditindas dan menjejaskan hubungan.”

Dennis menjelaskan, pelbagai sumber sudah mengesahkan lebih sejuta penduduk di Xinjiang dimasukkan ke dalam kem tahanan di wilayah itu.

“Di bawah nama memerangi keganasan, kerajaan China memulakan program intimidasi, penangkapan dan penyeksaan penduduk Uighur secara sistematik.

“Agama, bahasa dan budaya mereka ditindas sementara tanah mereka dikuasai pendatang dari bahagian lain di China.”





https://www.freemalaysiatoday.co ... t-tahanan-xinjiang/
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2020 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Kan aku dah kata.. Mujahid tu hanya serve tuan dia...angpa ingat mujahid tu berjuang utk rakyat dan agama? Tak.. Hanya utk tuan DAP dia.. Sebab tu dia yg paling kuat menyalak bila berkaitan dgn DAPig.. Tapi jadi pondan lorong bila aset2 Tabung haji dilelong
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2020 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Ala bila ada lawatan rasmi tunjuk la kt tempat elok, ada ke klu delegasi melawat malaysia kita bwk g bukit tagar kwsn pelupusan sampah, g lorong haji taib malam2,mstila bwk sightseeing tmpat lawa2. Tp klu betulla kerajaan china ada beri tekanan kt uighyur, ak rs virus wuhan tu karma la. Tiberh.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2020 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Skng cina dilanda viruss.. Satu2 ummah dorg tumbang.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2020 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
sekarang Allah SWT turunkan bala besar iaitu coronavirus terhadap hampir keseluruhan negara  China
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2020 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
sambaldurian replied at 25-1-2020 08:07 AM
Ala bila ada lawatan rasmi tunjuk la kt tempat elok, ada ke klu delegasi melawat malaysia kita bwk g ...

Betul... Virus tu adalah bala utk kekejaman china
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2020 08:39 AM | Show all posts
sambaldurian replied at 25-1-2020 08:07 AM
Ala bila ada lawatan rasmi tunjuk la kt tempat elok, ada ke klu delegasi melawat malaysia kita bwk g ...

aktivis Islam Dr Ahmad Farouk Musa berkata Mujahid perlu sedar apa-apa yang dinamakan “kem pendidikan semula” itu sebenarnya adalah kem tahanan.  

x sangka menteri kita x berapa cerdik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2020 08:40 AM | Show all posts
ikankeringmurah replied at 25-1-2020 08:12 AM
sekarang Allah SWT turunkan bala besar iaitu coronavirus terhadap hampir keseluruhan negara  China

dan bala itu akan masuk Msia sempena Visit Msia 2020.  
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2020 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Mujahid ni tak de pula kena virus tu. Bagi dia terus mereput masa lawatan ke china tu. Kuburkan sekali dekat sana.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2020 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
harizs replied at 25-1-2020 07:49 AM
namun Dr Mujahid Yusof Rawa berkata Uighyur bukan penindasan, hanya pembelajaran amali sahaja.

Apa yg boleh dipakai mujahid tu???
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2020 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
kat forum cari pun ramai yg percaya propaganda komunis...  semoga x kena bala virus
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2020 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
harizs replied at 25-1-2020 07:49 AM
namun Dr Mujahid Yusof Rawa berkata Uighyur bukan penindasan, hanya pembelajaran amali sahaja.

Pi tanye mujahid buat hape.. baik aku tanye ular yg kena rotavirus tuuu.. hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2020 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
tomatome replied at 25-1-2020 10:12 AM
Apa yg boleh dipakai mujahid tu???

Kote aje kot yg boleh pakaikot..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2020 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
She Yall nya Moo Jahat......

Semuga Allah bg kau bala.....dah lah tanak tlg org islam uyghur...kau blh pusing fakta....P.Ramasamy lebih berakal dari kau....
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2020 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 25-1-2020 11:47 AM
Kote aje kot yg boleh pakaikot..

Masih boleh pakai lg ke dah lanjut camtu huhu..barang seminit dua bolehla kut haha
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2020 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
tomatome replied at 25-1-2020 11:50 AM
Masih boleh pakai lg ke dah lanjut camtu huhu..barang seminit dua bolehla kut haha

Kira boleh pakai lg laa tuu
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2020 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Teruk nya menteri kita.....hrp tersubngkur tidak lama lg..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 12:01 PM GMT+8 , Processed in 0.089031 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list