CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Lailerthee

Sepahtu reunion tanpa pakya?

  [Copy link]
Post time 26-1-2020 08:41 AM | Show all posts

Dah Dua Minggu Tak Nampak Bayang Dalam Sepahtu Reunion, Pak Ya Kena Gam Ke?


Kredit Foto: Instagram Ilya Buang/Instagram Sepahtu Reunion



Ilya atau lebih dikenali sebagai Pak Ya mendakwa dihalang daripada membuat rakaman program Sepahtu Reunion Live yang sepatutnya berlangsung di Auditorium Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Jumaat lalu.


Sepahtu Reunion Live 2020 adalah sitkom yang menampilkan kumpulan pelawak terkenal, Sepahtu dibarisi oleh Jep, Shuib, Pak Ya dan juga Rahim.




  



Dua minggu Pak Ya tak ada walaupun sebelum ini dia bersama kumpula Rare (Ajak Shiro dan Ropie) menyertai MLM2019.



Katanya, insiden itu dipercayai berpunca daripada sindiran dalam persembahannya pada malam final Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM 2019) bersama kumpulan Rare sebelum ini.


"Ya, betul saya disekat daripada beraksi oleh orang-orang tertentu di Shah Alam. Ia mungkin berkaitan dengan Maharaja Lawak Mega yang saya buat masa final hari tu kerana mereka sendiri (pihak berkenaan) yang maklumkan kepada Astro.

"Memang ada sikit sindiran, cuma ia dibuat untuk tujuan melawak saja. Tak sangka pula mereka ambil serius," ujarnya yang dipetik dari mStar.


Pada malam final Maharaja Lawak Mega 2019 lalu, kumpulan Rare yang dianggotai Ajak, Ropie dan Ilya muncul dengan lawak sindiran apabila melakonkan babak komedi, di mana Ropie menggunakan penapis air kononnya untuk menapis kadar neutral dan kadar kandungan pH (air).




  



Pak Ya menjelaskan Ropie turut dihalang daripada membuat persembahan di Shah Alam.


"Sebenarnya, kalau mereka juga ada persembahan di Shah Alam, semuanya akan kena (banned), termasuklah Ropie. Dia juga sepatutnya ada persembahan dengan Datuk Awie untuk konsert Romantika, tapi dia pun kena.

Rakaman Sepahtu Reunion Al-Puasa yang dijadualkan dibuat pada 26 Januari 2020 turut ditangguhkan atas sebab ketiadaaan Pak Ya. Perkara tersebut dimaklumkan sendiri di Instagram ahli-ahli kumpulan Sepahtu.


  



"Bukan saya seorang saja, tapi satu kumpulan. Ajak pula kerjanya semua di luar Shah Alam, sebab tu dia tiada masalah. Apa yang saya boleh katakan setakat ini saya tak lepas untuk apa-apa rakaman termasuk Sepahtu Al-Puasa dan pihak produksi mengambil keputusan membatalkan recording itu esok sebab saya tak ada.

"Apa-apa pun saya berterima kasih dan memohon maaf kepada pihak Astro kalau saya penyebab masalah ini sehingga ia mengganggu pihak produksi. InsyaAllah minggu depan saya harap perkara ini boleh selesai," ujarnya lagi.


Walau bagaimanapun, setakat ini belum ada sebarang kenyataan rasmi mengesahkan perkara tersebut. Pihak Sepahtu cuma memaklumkan ketiadaan Pak Ya membuatkan urusan rakaman sitkom mereka ditangguhkan ke satu tarikh lain.


Semoga ada penyelesaian yang boleh memberi peluang kepada Pak Ya untuk terus berkarya di kaca televisyen. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2020 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Apapun kita mestilah bersikap neutral

Utk artis artis dan yg byk keluar dalam tv dan karier apapun
Kita jgn camporkan hal politik atau menghentam sesiapa pun

Byk lagi idea dan karya karya yg boleh diketengahkan anggap
ni kerjaya dlm mencari rezeki jgn campur adukan politik




Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2020 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Teloq x da PH ni... demokrasi kannn
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2020 10:29 PM | Show all posts
aku tak tengok sangat MHRJ LAWAK tapi kalau dari video2 yang orang share rasanya Ropie tu yang selalu buat lawak sarcasm gov. apsal dia yang kena gam?
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2020 06:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Hek eleh. Cibainya.... maksum sgt tak boleh tegur. Puikkk
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2020 06:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Shahrol ni bukan takde job sebab masalah disiplin ke? Masa kat Suria buat hal, masa kat Best pon sama.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2020 06:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Begitulah politik. Masa pihak sana di atas, Queen Aisyah pon kena ban. Sedangkan kelibat toktie pon tak nampak dan Asyraf Khalid (anak tok K) pon ada hint2 seolah makiti kena ban. Bila pihak sini pulak yg berkuasa, sama je la.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2020 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
MLM sendiri dh ada garis panduan x boelh melawak pasal AGAMA, KAUM, POLITIK, SEKS & MENYENTUH SENSITIVITI MANA2 VIP.

Tp as usual deols dh xde idea la tu.. sbb melawak ni plg senang bile ko sentuh isu2 di atas tu lah.. especially lawak2 lucah n politik..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2020 07:50 AM | Show all posts
RatuDunia94 replied at 27-1-2020 08:56 PM
MLM sendiri dh ada garis panduan x boelh melawak pasal AGAMA, KAUM, POLITIK, SEKS & MENYENTUH SENSIT ...

tak silap dulu ada je kumpulan sindir Najib.. xde ape pn
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 08:07 AM | Show all posts
Atiesha replied at 25-1-2020 04:07 PM
https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2020/01/25/pak-ya-sepah-reunion

Bkn pakya sja...ropie  ...

wowww xleh buat area shah alam shj
shah alam tu buka kaw carsled samad ke?


Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 08:14 AM | Show all posts
zaman dulu siap ade lawak ala2 bini pokjib lg
afdlin shauki & the gang x silap
byk jer....
yg terang2 kena banned aisyah la kot sbb dia mmg calon ke ape tah....siap kempen lg

so, zaman skrg & dulu sama jer lah
xde beza pon mungkin lg teruk lg

cuma i stuju bla pak ya cakap content semua dah present depan penilai & lulus utk live tu
so, should be xde isu lah
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Jihan pernah je sindir gomen dulu masa mlm.. masa tu dividen asb pon jatuh.. rilek je jihan x kena pa pe?
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 09:20 AM | Show all posts
Tudungpink replied at 25-1-2020 10:42 AM
Kumpulan rare yg banyak guna isu politik atas pentas MLM hari tu..mula2 ok lama2 penonton pun bosan, ...

rasanya kumpulan khir rahman, joey dgn vicha tu lagi hentam ph kaw kaw..
siap gelak2 masa mazlee letak jawatan... ke diorg pun dah kena banned gak?

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 10:20 AM | Show all posts
Kalau pak ya kena gam oleh ahli politik, adakah pak kodie dengan ajak pun terlibat sama sekali. Makin ramai lah tolak PH sepenggal ni.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 10:42 AM | Show all posts
ala pakya..tak dapat show kat mbsa..kat tv boleh je masuk lagi kan..

baru je tgk drama pakya malam cny hari tu.. rilek2 dah la..
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 11:56 AM | Show all posts
org2 atas yg bising. butthurt tak tentu hala. padahal kau x puas hati bende lain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2020 12:04 PM | Show all posts
kadang2 tertanya jgk, org2 yg merempan pakya kena banned ni sbb minat kat pakya @ sbb PH yg memerintah? sbb tgk artis yg byk bunyi ni semua yg macam dulu kaki jilat kerajaan..

Maaf yer..bukan sbb penyokong mana2 parti..cakap random je..

Ajak kira selamat la..bila tgk pakya ckp dia byk job luar dari shah alam kira okay la klu dia kena banned kat Shah Alam..dia byk job tempat lain..

tp sepahtu baru ni mmg xbest la..si shuib tu xhabis2 dgn lawak chia,chia dia & lawak terbalik dia la yg buat org jemu je..klu tgk mmg xda rasa nk gelak pun..hambar gileerrrrr..klu boleh xyh buat dh la...aku xfaham mcm mna penonton kt auditorium tu boleh gelak kaw2..mmg mudah terhibur kot.

bagi aku klu tgk maharaja lawak yg lama, aku suka lawak nabil..lawak dia bijak dan xda nk perli2 org lain..cuma bila jd hos sekarang je merapu sikit..hehehhe..

jadilah pelawak yg bijak, bukan gunakan isu semasa, seks, fizikal org utk jadi bahan lawak korg..
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 12:25 PM | Show all posts
Dulu sepahtu reunion musim yang awal awal memang i layan jugak. Yang puasa raya semua pon best. Musim yang lepas dan yang baru ni macam dah takde nafsu nak layan. Sebab da kurang best kot. Ke sebab faktor umur dah makin meningkat tak kosser nak layan benda benda hambar camtu. Tapi still jadi pebret husband dengan anak anak bila jumaat malam. Walau dah tak berapa best dan macam ulang lawak yang sama i tetap lah tak setuju bab pakya kene gam. Menyekat periuk nasi orang. Kesian kan. So kalo ade petition kembalikan pak ya i nak sign.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Best ke Sepahtu Reunion? Tak pernah tengok full, tengok klip2 je kat YouTube.

Astro patut buat Karoot Komedia X balik tapi mestilah dengan cast original - Johan, Ebbie Yus, Shuib & Jep (sayang arwah Yus dah tak ada ). Nak cari full episod Karoot Komedia dulu-dulu sampai sekarang tak jumpa. Episod puasa tu best sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Sepahtu reunion makin bosan..banyak buat lawak tapi gelak sendiri..bocey live lagi best
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 03:44 PM GMT+8 , Processed in 0.083011 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list