CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7719|Reply: 153

[Tempatan] Mustahil Untuk Kuarantin Semua Pelancong China Di Malaysia - Tun M

[Copy link]
Post time 26-1-2020 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Firdaus Azil, Astro Awani |  Published Januari 26, 2020 13:44 MYT

Mengenai pelancong yang datang terus dari Wuhan, tempat bermulanya wabak itu, Perdana Menteri berkata, buat masa kini sukar untuk mengenal pasti kesemua mereka kerana masih bergerak dalam negara ini.

KLANG: : Mustahil bagi kerajaan untuk kuarantin kesemua pelancong China di Malaysia buat masa ini kerana jumlahnya yang terlampau tinggi, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, tegas Perdana Menteri, jika golongan pelancong ini mengalami gejala, walaupun sedikit, mereka akan terus dikuarantin dan diperiksa bagi memastikan sama ada mereka terjangkit dengan wabak koronavirus atau tidak.

“Pelancong dari China ada masanya meningkat sehingga dua million (juta). Kita nak simpan di mana? Letak dalam kandang lembu? Takkan macam tu... tetapi ada simptom sikit pun kita akan kuarantin mereka,” katanya kepada sidang media selepas menghadiri Majlis Tahun Baharu Cina anjuran Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Klang (KCCCI), di sini hari ini.


Mengenai pelancong yang datang terus dari Wuhan, tempat bermulanya wabak itu, Perdana Menteri berkata, buat masa kini sukar untuk mengenal pasti kesemua mereka kerana masih bergerak dalam negara ini.

Bagaimanapun, beliau berterima kasih kepada kerajaan China kerana mengambil langkah drastik dengan menutup sementara beberapa bandar utama negara itu dalam usaha mengekang penyebaran koronavirus ke luar.

“Ia merupakan satu tindakan yang cukup drastik, dan sekali gus menunjukkan kesungguhan kerajaan China untuk mengawal penyakit itu,” katanya lagi.

Dalam masa sama, Perdana Menteri berharap pada masa akan datang, dunia dapat menyaksikan sistem yang boleh mengasingkan kelompok individu yang besar dalam masa yang lebih pantas, di samping penghasilan vaksin yang lebih berkesan untuk penyakit seperti ini.

  
PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2020 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kuarantin kat.rumah atok.boleh
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2020 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab tu la.. Jangan benar masuk....
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2020 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 26-1-2020 02:44 PM
Kuarantin kat.rumah atok.boleh

Kuarantin kat rumah atuk dan semua menteliii.. aku setujukkk...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2020 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 26-1-2020 02:49 PM
Kuarantin kat rumah atuk dan semua menteliii.. aku setujukkk...

Kan
Sambil minum minum teh
Makan scones
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2020 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 26-1-2020 02:44 PM
Kuarantin kat.rumah atok.boleh

atuk ni nyanyok.. org suh hold dulu free visa tu.

tp biasalah org tua kutuk tu makin kelaut
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-1-2020 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Susah nak sekat. U all have no idea betapa sukar. This is china tau. Bukan sierra leone.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2020 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_acura replied at 26-1-2020 02:48 PM
Sebab tu la.. Jangan benar masuk....

Tu lah kan. Bukan suruh kuarantin tapi suruh halang dari masuk Malaysia. Itu pun nak kena ajar.... Alahai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2020 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 26-1-2020 02:54 PM
Kan
Sambil minum minum teh
Makan scones

Panggang kelawo sekali pun boleh.. rumah wan jijah leh psg tanglung smbil bakar ular..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2020 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Letak dalam kandang lembu? Letak dalam kandang babilah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2020 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
MelahJanda replied at 26-1-2020 02:58 PM
Susah nak sekat. U all have no idea betapa sukar. This is china tau. Bukan sierra leone.

china sendiri dah bg statement rakyat die jgn ke luar negara

yg pm atuk tua tu plak kata takde keperluan tak kritikal.

bkn org suruh kuarantin mcm dlm
movie, ni singapored tolak pun kite p kutip. singapore bgtau nama hotel mangsa kena kuarantin, kat msia sorok hbis

tu level atuk kertu tua tak mampus2
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2020 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
dino replied at 26-1-2020 03:17 PM
china sendiri dah bg statement rakyat die jgn ke luar negara

yg pm atuk tua tu plak kata takde  ...

Ko ni ahli pas kan or something related. Mana agama ko dik, mengutuk tak ingat ingat mcm tu.

Pm ada decision yg sangat kukuh dan utuh utk tidak melarang mana2 negara dari masuk dan keluar dari negara ni..terutamanya yang ada pasport.

Kalo tak, apa beza msia dan myanmar. Myanmar dikutuk seluruh dunia bila tak bagi rohingya masuk. US dikutuk bila tak bg negara2 timur tengah mcm afganistan masuk. Tiba tiba kita pulak nak jadi mcm tu? Kita ni siapa. Kebergantungan kita kpd sebuah negara gergasi spt china agak tinggi. Ko tak tau betapa byk import brg medical dari situ?

Menyekat secara melulu, bukanla dpt selesaikan masalah pun. Penyakit ni pun dah merata dunia. Mcmana dgn hong kong or negara lain berdekatan. Mereka pun boleh jadi pembawa virus yg tidak menunjukkan simptom. Adakah nak ban semua negara dlm dunia yg ada kes?

Its not possible for now.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2020 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
MelahJanda replied at 26-1-2020 02:58 PM
Susah nak sekat. U all have no idea betapa sukar. This is china tau. Bukan sierra leone.

Kannnn...konsep nak menyalak suruh hold dulu program evisa tu pun tak tepat sangat...tak semestinya apply minggu ni, minggu depan diorang nak fly terus ke malaysia...
Boleh jadi pelancong China tu nak datang 3 bulan depan ka...

Kalau ikutkan rakyat singapore jelas terdedah sebab org Wuhan ni dtg masuk melalui JB, takkan kerajaan nak ikut suara2 sumbang netizen ni gi tutup tambak johor plak? Org JB yg ulang alik kerja tu nak makan apa? Pasir?
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2020 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 26-1-2020 03:14 PM
Letak dalam kandang lembu? Letak dalam kandang babilah.

Abis lembu sakitkan.. patut letak kandang kinzir
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2020 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Zeatyisaac replied at 26-1-2020 03:06 PM
Tu lah kan. Bukan suruh kuarantin tapi suruh halang dari masuk Malaysia. Itu pun nak kena ajar.... ...

Sis...konsep evisa ni nak mudahkan diorang tak perlu gi kedutaan kita yg takat 4-5 buah aje serving satu China yg beribu kali ganda luas dari negara kita...dari segi tu dah pun selamatkan nyawa pegawai kedutaan kita dari sebarang contact dengan warga sana.

Lpas tu pulak...konon2 kalau lulus, it could be holiday plan diorang 3 atau 4 bulan yg akan datang....bukan sekarang. Jadinya, kalau wabak tu dah surut, should not be a problem right?

Lagi 1, ramai pekerja warga China yg bekerja dan menetap di Asean macam di Brunei, Indonesia yg nak sgt bercuti ujung minggu di Malaysia...jadi kita permudahkan urusan visa tu..itu salah satu matlamat Tourism Malaysia nak tap this market....so sbb diorang warga China aje, kita ban masuk? Betulka cara camtu???
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2020 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
MelahJanda replied at 26-1-2020 07:25 AM
Ko ni ahli pas kan or something related. Mana agama ko dik, mengutuk tak ingat ingat mcm tu.

Pm ...

Kita jgn bagi masuk sememtara je, bhai. Sampai kes virus ni ada penyesaian. Kau cakap apa pasal nak samakan kita dgn myanmar tak bg US masuk?  Kau ingat senang  nak kekang kalau jangkitan berleluasa. Cer cakap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2020 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
pembawa virus dengan kes refugee pun tak boleh beza...baguslah, dah 4 kes positif dekat Malaysia, tunggu seminggu dua ni angka makin meningkat ke tak...

rakyat malaysia elok quarantine diri sendiri dekat rumah, tak payah keluar bekerja kalau dah 'panas' sangat...boleh pilih untuk tidak melayani pelancong2 dari china kalau yang bekerja di tempat2 tarikan pelancong. simbah diorang dengan air dettol hahaha



Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2020 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagipun kelmarin WHO kata penyakit ni belumla PHEIC, sbb bilangannya tidak begitu dramatic di negara negara luar China.

Selagi belum PHEIC, tak bolehla negara kita melarang warga negara dia.

So setakat ni kena tunggula apa lagi kata WHO. bila dia declare public health emergency of international je baru dibenarkan sekat. Tu pun ada risiko
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2020 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
MelahJanda replied at 26-1-2020 03:25 PM
Ko ni ahli pas kan or something related. Mana agama ko dik, mengutuk tak ingat ingat mcm tu.

Pm ...

paham ke tak statemen org tu ek?
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2020 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
GincuPurple replied at 26-1-2020 03:44 PM
Kita jgn bagi masuk sememtara je, bhai. Sampai kes virus ni ada penyesaian. Kau cakap apa pasal na ...

ni mcm mengalu2 kan bagai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:32 PM GMT+8 , Processed in 0.099157 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list