CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3317|Reply: 52

[Tempatan] PH tak sekat pelancong China: Jabatan Kesihatan terpaksa check 1,000 pelancong C

[Copy link]
Post time 26-1-2020 11:36 PM | Show all posts |Read mode
Pelancong China tiba di Pulau Pinang dari Singapura - Exco Pelancongan
januari 26, 2020 20:00 MYT

GEORGE TOWN: Susulan tular gambar yang mendakwa 1,000 pelancong dari China memasuki Pulau Pinang pada Ahad sehingga mencetuskan suasana panik dalam kalangan orang ramai, Pengerusi Pelancongan, Warisan, Kebudayaan dan Kesenian Pulau Pinang, Yeoh Soon Hin memaklumkan kesemua mereka berada di negeri itu untuk tempoh tujuh jam sebelum meneruskan perjalanan ke Phuket, Thailand.

Menurut Yeoh, saringan kesihatan telah dilakukan pihak Jabatan Kesihatan negeri sebaik pelancong asing berkenaan turun dari kapal persiaran mewah yang berlabuh di Swettenham Pier.
"Kapal tersebut datang dari Singapura dan kita percaya kesemua mereka sudah menjalani saringan kesihatan di sana, sebelum dibenarkan berlayar dan mereka juga akan menjalani saringan kesihatan yang sama di pintu masuk ke negeri ini," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Tambahnya, Jabatan Kesihatan Negeri sebagai pihak yang bertanggungjawab telah mengambil langkah semakan terhadap pelawat di setiap pintu masuk.



Sementara itu, Pengarah Jabatan Imigresen Pulau Pinang, Muhamad Husni Mahmud memaklumkan seramai 1,209 warganegara China telah memasuki Pelabuhan Pulau Pinang di Jeti Swettenham dengan menaiki kapal Persiaran pada jam 6.15 pagi Ahad.

Muhammad Husni berkata kapal persiaran itu dalam perjalanan dari Singapura ke Pelabuhan Klang, Selangor sebelum singgah di Pulau Pinang dan meneruskan perjalanan ke Phuket,Thailand pada jam 5 petang Ahad.

Katanya, pegawai dari Jabatan Kesihatan Negeri telah membuat pemeriksaan tahap kesihatan kesemua penumpang dan kru sebaik mereka tiba di negeri ini pagi tadi.

"Tiada seorang pelancong dari China itu yang dikesan atau dirujuk oleh petugas Jabatan Kesihatan kepada pihak Imigresen. Ertinya, tiada yang disyaki pembawa virus berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bagi mengulas isu kemasukan pelancong dari Negara China yang  tular di media sosial dan mencetuskan suasana panik berikutan kes penularan wabak koronavirus dari Wuhan, China.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2020 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Saka bodoh punya angkara

Semua orang susah dibuatnya
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2020 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
dizekni replied at 26-1-2020 11:40 PM
Saka bodoh punya angkara

Semua orang susah dibuatnya

Bukan kerja Tun M saja.. Tapi bangsat DAPig la ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2020 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 26-1-2020 11:41 PM
Bukan kerja Tun M saja.. Tapi bangsat DAPig la ni

Darjah kebencian orang ramai makin meningkat terhadap saka dan dapig
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2020 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
dizekni replied at 26-1-2020 11:48 PM
Darjah kebencian orang ramai makin meningkat terhadap saka dan dapig

Depa patutnya sedar.. Mati tu lagi depa byk duit nak pakai.. Dah depa mengundang.. Maka siap duit la nak tanam nanti
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2020 12:30 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2020 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Kerajaan PH terlampau bodoh sampai sanggup gadaikan keselamatan rakyat

Virus ni sangat2 bahaya sampaikan kerajaan cina pon halang rakyat depa dari travel.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2020 12:44 AM | Show all posts
kalau virus tu start dari penang pun ok jah... lesson untuk kerajaan situ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2020 12:56 AM From the mobile phone | Show all posts
dizekni replied at 26-1-2020 11:40 PM
Saka bodoh punya angkara

Semua orang susah dibuatnya

Tu memang tugas penjawat awam. Takkan makan gaji buta je.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2020 12:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Coronavirus - Jadilah warga yang berfikir dan tenang.

Dilarang baca tajuk sahaja. Baca sampai habis!

Coronavirus telah pun menghinggapi 4 kes di Malaysia. Ramai bimbang. Dan memang WAJIB bimbang.

Namun jangan sampai kebimbangan itu menyebabkan kita termasuk dalam perangkap sentimen politik dan menghukum.

"China seksa Muslim Ughyur. Padan muka Allah hantar Coronavirus!"

"Patut menteri kena virus nie. Baru cepat bertindak!"

"Sekat pelancong China masuk Malaysia!"

"Negara lain dan bertindak. Malaysia lambat!"

"Kerajaan takut sebab China menyumbang kepada ekonomi pelancongan."

"Ini semua strategi DAP nak lumpuhkan melayu Islam!"

Saudara, coronavirus ialah isu kemanusiaan sejagat. Bukan isu politik, balas dendam dan padan muka. Biarlah pihak berautoriti bertindak. Kita warga marhaein ni sokonglah dengan kemampuan kita. Berdoa, share info yang benar dan tepat, bukan bermain sentimen kebimbangan yang tidak berasas.

Pihak KKM pasti telah melakukan sedaya mungkin usaha untuk mengekang hal ini. Bahkan Malaysia telah pun bertindak sama seperti negara-negara lain dalam menghadapi wabak ini. Kita suka mengulas berdasarkan sentimen dan baca tajuk. Kemudian tak melihat fakta sebenar. Rujuklah web KKM untuk mengetahui semua tindakan. Kebimbangan di FB ini wajar diluahkan tapi lakukanlah dengan waras tanpa menghukum dan menyalahkan orang lain yang sedang bertungkus lumus menyelamatkan kita dan kita pula menjadi keyboard warrior menembak ke sana sini!

Sila baca kasi habis beserta bukti (link)
================================

a) Mengenai komen yang penuh cacian dan berunsur fitnah mengenai "Kenapa Malaysia tidak menghalang kesemua pelancong dari China secara total, sedangkan negara-negara lain sudah menghalang??".

b) Sebelum dikupas lebih lanjut, netizen perlu tahu bahawa Malaysia antara yang terawal berhentikan operasi penerbangan dari Wuhan [1] dan meningkatkan kawalan saringan di kesemua pintu masuk negara [2].

c) Serentak dengan itu, pihak berkuasa China telah menghalang (locked down) semua pintu keluar masuk dari Wuhan [3].

d) Mengenai negara lain yang telah menghalang kesemua penerbangan dari China seperti yang telah diwar-warkan oleh netizen : Philippines [4], Korea Selatan [5], Taiwan [6], dan Russia [7].

e) Kesemua pihak berkuasa negara-negara ini telah memberhentikan penerbangan dari Wuhan sahaja (untuk setakat ini)
DAN
mempertingkatkan kawalan saringan untuk penerbangan dari China yang lain (pelancong China yang lain masih boleh masuk). Sila baca link berita yang berkaitan jika masih ragu-ragu.

f) Ini bermakna, langkah negara-negara tersebut adalah sama seperti pihak berkuasa Malaysia yang telah lakukan. Malah, ada negara tersebut yang sedikit lewat menghalang penerbangan dari Wuhan.

g) Sesuatu yang amat janggal bila netizen telah salah tafsir ayat berita ataupun hanya membaca tajuk berita sahaja. Tak pasal-pasal jadi bahan politk.

h) Cuma yang tak dapat disangkal adalah Korea Utara [8] yang telah meghalang sementara waktu untuk kesemua pelancong luar (satu dunia) untuk menghalang penyebaran virus ini kerana kekurangan infrastruktur perubatan di sana jika berlaku apa-apa yang tidak diingini, seperti langkah mereka ketika Ebola sebelum ini.

i) Kebanyakan negara sedang menunggu keputusan WHO dalam hal ini sebelum pihak berkuasa masing-masing menentukan larangan secara menyeluruh.

j) Diharapkan WHO sepakat untuk declare darurat untuk kes ini dan larangan penerbangan dari kesemua bandar di China pasti akan berlaku nanti.

k) Tidak kira Kerajaan BN atau PH  pasti akan lakukan perkara yang sama seperti sekarang. Namun apabila diselitkan dengan politik, halal haram fitnah sudah tidak dihiraukan. Tak kisah la siapa-siapa yang berkuasa, BN atau PH, kita perlu support apa-apa SOP kerajaan dalam hal ini.

Copy paste dan edit

Ted Aziz

[1] https://www.nst.com.my/news/nation/2020/01/559132/airasia-temporarily-cancels-all-flights-and-wuhan-china

[2] https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/01/644516/sars-saringan-di-pintu-masuk-antarabangsa-dikuatkuasa-serta-merta

[3] https://www.bbc.co.uk/news/amp/world-asia-china-51217455

[4] https://www.philstar.com/headlines/2020/01/24/1987460/passengers-wuhan-be-sent-back-civil-aeronautics-board-say

[5] http://www.koreaherald.com/view.php?ud=20200124000031

[6] https://focustaiwan.tw/society/202001230011

[7] https://www.themoscowtimes.com/2020/01/24/flights-to-moscow-from-chinas-wuhan-suspended-over-coronavirus-fears-a69032

[8] https://www.telegraph.co.uk/news/2020/01/22/coronavirus-outbreak-north-korea-set-ban-tourists-keep-virus/
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2020 01:03 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 26-1-2020 11:53 PM
Depa patutnya sedar.. Mati tu lagi depa byk duit nak pakai.. Dah depa mengundang.. Maka siap duit  ...

Biorlah cina yg kena perabih duit. Yg lu sebok ngapa?
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2020 01:04 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 26-1-2020 11:41 PM
Bukan kerja Tun M saja.. Tapi bangsat DAPig la ni

Yesss .... Dapat juga ratib Dapig yesss
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2020 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 27-1-2020 01:03 AM
Biorlah cina yg kena perabih duit. Yg lu sebok ngapa?

Laa.. Kalau yg mampos tu hanya cina tak kisah aku.. Tapi bangsa lain yg kena mcm mana pulak?
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2020 01:10 AM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 27-1-2020 01:04 AM
Yesss .... Dapat juga ratib Dapig yesss

Ohhh.. Aku lupa Dapig bukan kompenan dlm kerajaan PH.. Baru aku tau
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2020 01:14 AM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 27-1-2020 12:30 AM

No worries.. Aku nak tengok sapa sebenar dpt virus bodoh.. Kelmarin ada bangsat ckp aku tak faham tentang visa dan health screening kat airport.. Nah sekali terlepas 4 pesakit dari pelancong china + 2 pesakit pelancong china kat Langkawi

Kelmarin 3 org dah kena virus bodoh.. Aku nak tgk sapa pulak lepas ni kena virus bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2020 01:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Siapa tanggung kos perubatan dorang. Kena charge lebih sebab foreigner. Mana boleh free, Malaysia kan dah kurang duit sekarang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2020 01:37 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 27-1-2020 01:09 AM
Laa.. Kalau yg mampos tu hanya cina tak kisah aku.. Tapi bangsa lain yg kena mcm mana pulak?

Siapa kau nak menidakkan kehendak Dia?
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2020 01:40 AM From the mobile phone | Show all posts
xy_daen replied at 27-1-2020 01:37 AM
Siapa kau nak menidakkan kehendak Dia?

La bila aku menidakkan? Ada aku ckp? Takkan? Skrg ni aku tanya ang.. Adakah Allah suruh hanya bertawakal tanpa usaha? Menghalang kemasukan adalah usaha utk menghalang wabak kepada rakyat sendiri.. Jadi aku menidakkan kat mana?
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2020 02:06 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 27-1-2020 01:09 AM
Laa.. Kalau yg mampos tu hanya cina tak kisah aku.. Tapi bangsa lain yg kena mcm mana pulak?

Napa lak cina je yg harus mampos?
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2020 02:11 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 27-1-2020 01:14 AM
No worries.. Aku nak tengok sapa sebenar dpt virus bodoh.. Kelmarin ada bangsat ckp aku tak faham  ...

Bab ni pun ko tak tau. Ada kategorinya lah:
- yg ada simptom
- yg disyaki
- yg diobservasi
- yg dikuarantin
- yg positif
- yg negatif.
....yg 3 org kemudian tu baru sekadar Simptom dan dalam observasi lah. Belum tentu poditif lag. Doii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:01 PM GMT+8 , Processed in 0.288696 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list